Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Sumber:- http://www.facebook.com/senanghamil
Merasa
tendangan pertama si kecil dan berfikir, “Adakah itu tendangan, atau cuma
angin?
Pengalaman
merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang
anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan
seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda.
Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan
kekerapan dia menendang.
Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3
bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas
dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi.
Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya.
Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi
sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.
Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya
menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu
kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan
pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau
mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti
angin atau kekejangan otot.
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai
kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti
gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang.
Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik
jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya
selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah
normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika
anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5,
pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau
keadaan bayi.
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6
bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan
tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda
mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di
waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila
kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain,
sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana
adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.
Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun,
bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin
kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda
ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah
berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan
wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.
Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan
membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin
berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan
berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan
lututnya.
Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang
menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda
daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah,
anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda.
Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.
Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam
mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai
seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.
Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama
bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi
bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali
sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar
untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi.
Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang
pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti
yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang
langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk
minggu ke-18 hingga ke-20.
Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa
“ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang
rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa
dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak
henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan
(dipengaruhi oleh posisi bayi).
Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan
bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi
sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama
setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya
terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda
dengan segera untuk mengetahui puncanya.
Sumber :- http://pama.karangkraf.com/mama/kenali-corak-pergerakan-bayi-1.10960
~ Senang Hamil (Page) ~
No comments:
Post a Comment