10 Petua Suami Isteri Atau Bakal Mendirikan Rumahtangga :
1 - Bila
saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara
lain dan peluklah dia.
2 - Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada
bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
3 - Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia
dan beritahu dia tentang hal itu.
4 - Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya
dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
5 - Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu
subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan
dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!
6 - Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau
kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
7 - Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan
tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam
tong tu.
8 - Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk
dan kakinya. Yeay!
9 - Perhatikan bagaimanakah perasaannya & berikan komen
yg menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak
nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
10 - Solat bersama dan berdoa bersama.
No comments:
Post a Comment