Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more

Wednesday, February 27, 2013

Tanyalah Ustazah - Bahagia Dunia dan Bahagia Akhirat

Assalamualaikum semua... Sedikit perkongsian makanan rohani / santapan  jiwa... dengarlah... Semoga sedikit sebanyak kita akan beroleh kebaikan dan manfaat dari "Tanyalah Ustazah" ini... Aminnnn...



Adakah anda "Bahagia"? Anda tanya anda jawab... Kalau kita fikir kita bahagia... bahagialah kita... Amin..

Biskut/Kek Batik Marie

Assalamualaikum dan salam rindu untuk semua... Sessi menambah gula pulak hahaha.. Sesekali layan tekak dengan manisan...


Som Tam

Assalamualaikum... Resepi ni ambil dari mak sedara. Dia Kecil-kecil dulu biasa bantu keluarga dia yang ramai berniaga di Rantau Panjang dan Thailand (resepi orang Thai). Sambil buat untuk makan, belajar sekali....

Sekadar gambar google dahulu sebagai hiasan.

** Pic akan dimasukkan kemudian.. (Asyik tak sempat snap...).

Bahan :
2 Biji Betik Muda (disagat)
1/4 Kilo Kacang Tanah (digoreng dan buang kulitnya)
1/2 Kilo Nisan Putih (Ala2 gula melaka tetapi dia lembik sikit -  susah gak nak dapat).
1 Paket Udang Kering
Perahan Lemon / Limau Nipis
2 Sudu Besar Sos Sotong
2 - 5 Ulas Bawang Putih (Jangan banyak, nanti tak sedap)
Tomato (Potong panjang2)
Kacang Panjang (Potong 2 Inci Panjang)
Cili Padi (Hijau)

Cara : 
- Tumbuk 5 ulas bawang putih.
(bahan banyak, tak boleh ditumbuk sekali terus, jadi tumbuk sikit2 dan masuk dalam bekas)
- Masukkan cili padi dan kacang panjang yang telah di potong.
- Kemudian masukkan pula "nisan putih" dan diikuti dengan tomato.
- Kemudian masukkan pula jus limau nipis/lemon dan juga sos sotong.
- Bila semua dah siap... tumbuk lagi sekali (tumbuk manja) dan kacau adunan agar mesra...
- Bila cukup masam manisnya, bolehlah dihidangkan... SELAMAT MENCUBA...

** Contoh nisan/gula putih yang digunakan dalam menyediakan som tam..



Tuesday, February 26, 2013

Petua Dan Doa Cepat Dapat Anak.

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian untuk pasangan suami isteri yang masih berusaha memiliki ZURIAT...
Kita hanya mampu berusaha... yang menentukan adalah ALLAH...



Be Strong... Usah Bersedih...

Assalamualaikum... salam ceria untuk semua...
Sedikit kata-kata motivasi dan semangat bagi mereka yang ada sedikit rasa "kecewa/stress" dll...











Thursday, February 21, 2013

Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat... Jom baca Al-Kahfi... banyak kebaikannya jika diamalkan... moga kita semua mendapat rahmatnya... Amin...


Surah Al-Kahf ayat 1-15.

Surah Al-Kahfi bacaan oleh Sheikh Abdur Rahman As Sudais.


Surah Al-Kahfi bacaan oleh Sheikh Saad Al-Ghamdi.

Zikir Setelah Solat Fardhu

Assalamualaikum.. Semoga perkongsian ilmu ini sama-sama kita beroleh kebaikan...

Sumber:- http://www.facebook.com/shamkamikaze

Tuesday, February 19, 2013

Punca Dan Penyebab Gusi Berdarah

Salam untuk semua... Assalamualaikum...

sumber goggle



Tahukah anda???
Masalah gusi berdarah biasa dialami sebagian besar orang. Umumnya masalah ini disedari ketika memberus gigi. Namun, mungkin belum semua orang tahu apa sebenarnya penyebab gusi berdarah dan bagaimana cara menangani yang tepat.

Punca-Punca...
Biasanya Gusi berdarah disebabkan kerana penghapusan plak gigi yang tidak betul pada garis gusi. Hal ini  menyebabkan gingivitis (gusi meradang). Bahayanya lagi jika plak tidak dihilangkan secara teratur atau dengan memberus gigi dengan teratur dan bersih, maka akan mengeras dan menjadi karang gigi. Sehingga akhirnya mengakibatkan pendarahan dan boleh menyebabkan periodontitis (penyakit rahang dan gusi).

Plak dapat dibersihkan dengan cara memberus gigi secara teratur dan benar. Frekuensi memberus gigi minimal dua kali tiap hari, pagi setelah makan pagi dan malam sebelum tidur. Arah memberus gigi yang betul adalah dari gusi ke arah gigi. Memberus gigi dalam arah horizontal tidak dibenarkan kerana akan menyebabkan abrasi leher gigi dan resesi gingiva (gusi rahang atas tampak naik, gusi rahang bawah tampak turun, sehingga permukaan akar gigi terlihat.. issh ngeri kan?).

Karang gigi tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi. Jadi apabila terdapat karang gigi maka perlu datang ke doktor gigi untuk dilakukan scaling (pembersihan karang gigi). Selanjutnya doktor gigi akan melihat sejauh mana kerosakan gigi yang terjadi. Apabila hanya terjadi gingivitis, maka tindakan scaling biasanya sudah mencukupi. Tapi bila sudah terjadi periodontitis, maka rawatan periodontal lebih lanjut adalah perlu.

Selain karang gigi dan plak, perdarahan gusi juga berhubungan dengan beberapa penyakit, antara lain kekurangan vitamin C. Kekurangan vitamin C terjadi pada orang yang tidak makan sayur atau buah dalam jangka waktu lama. Gusi mereka yang menderita kekurangan vitamin C akan menjadi bengkak, berwarna keunguan dan terjadi perdarahan. Keadaan kekurangan vitamin C ini dinamakan Scurvy. Cara menanganinya adalah dengan memberikan vitamin C.

Berikut antara beberapa penyebab gusi berdarah lagi...
1 - Infeksi bakteri atau virus.
2 - Adanya gangguang pendarahan lain
3 - Berus gigi terlalu keras
4 - Perubahan hormon selama kehamilan
5 - Idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP), yaitu penyakit darah yang tak cukup memiliki sel darah merah.
6 - Pemasangan gigi palsu yang tidak pas
7 - Flossing yang tidak sesuai
8 - Infeksi yang terjadi karena pada gigi dan gusi
9 - Leukemia
10 - Kekurangan vitamin K - menyebabkan Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.
11 - Kekurangan vitamin C

Berikut beberapa cara mengatasi saat gusi Anda berdarah, sbb:
- Makan banyak buah yang mengandung vitamin C dan juga makanan yang mengandung banyak kalsium. Kalsium dapat membantu dalam memperbaiki kerusakan gigi yang berkelanjutan karena cedera gusi.
- Kurangkan pengambilan gula. Kelebihan gula dalam makanan ringan, soda manis atau makanan olahan dapat menyebabkan kerusakan gigi dan memperparah pendarahan.
- Hindari penggunaan tembakau dan merokok yang dapat memperburuk gusi berdarah
- Jika Anda telah didiagnosa kekurangan vitamin, maka segeralah cukupi kekurangan vitamin anda.
- Kontrol perdarahan gusi dengan memberi tekanan langsung pada gusi dengan kain kasa yang direndam dalam air es.

Sebaiknya jumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh sehingga masalah anda dapat ditangani. Bila dah sakit, tak tahan wooo... semua kerja tak boleh buat...kan? siapa setuju angkat keyboard!!

Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri

Salam selasa... Assalamualaikum...



Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri

1 - Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2 - Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3 - Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4 - Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5 - Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6 - Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7 - Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8 - Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9 - Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10 - Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11 - Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12 - Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13 - Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14 - Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15 - Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16 - Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17 - Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18 - Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19 - Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20 - Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21 - Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22 - Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23 - Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24 - Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25 - Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26 - Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27 - Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28 - Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29 - Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30 - Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31 - Basuhkan kereta yang dipakainya.

32 - Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33 - Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34 - Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya. Yeay!

35 - Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36 - Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37 - Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38 - Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39 - Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40 - Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41 - Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42 - Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44 - Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45 - Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46 - Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47 - Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48 - Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49 - Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50 - Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51 - Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52 - Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53 - Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54 - Solat bersama dan berdoa bersama.

55 - Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56 - Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57 - Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58 - Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59 - Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60 - Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61 - Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62 - Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63 - Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64 - Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65 - Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66 - Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67 - Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68 - Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69 - Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70 - Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71 - Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72 - Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73 - Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74 - Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75 - Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76 - Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

12 Sikap Isteri Yang Menenteramkam Hati Suami

Assalamualaikum... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini...



12 Sikap Isteri Yang Menenteramkam Hati Suami

1 - Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.

2 - Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

3 - Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.

4 - Menerima sekecil apapun pemberian (materi) suami. Dan tidak sekali-kali mengeluhkan atau menyepelekannya.

5 - Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum bisa ia penuhi.

6 - Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.

7 - Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami sepanjang bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan.

8 - Suka menemani suami di saat makan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan kenikmatan dalam kebersamaan.

9 - Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.

10 - Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Karena rata-rata seorang suami tidak menyukainya.

11 - Suka menghibur hati suami ketika ia dalam suasana bersedih.

12 - Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.

Gambar : Irine Nadia Marcello Dot Blogspot bersama suami.

10 Tip Gembirakan Suami

Assalamualaikum...




10 Tip Gembirakan Suami

1 - Senyum dengan gaya mengoda pada suami anda. Senyuman boleh memecah suasana tertekan dan boleh beri perasaan senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman isteri adalah pengubat duka seorang suami. Buat hatinya tertanya kenapa anda senyum. Biasanya lelaki atau suami akan lebih memberi perhatian kepada anda sekiranya anda senyum kerana hal ini menunjukkan ada sesuatu pada anda dan biasanya juga ia akan berusaha untuk mengetahui rahsia disebalik senyuman itu. Senyuman rahsia gembirakan suami.

2 - Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus pada suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan Allah S.W.T. Setiap usahanya yang baik atau perkerjaan si suami mungkin sukar untuk si isteri membantu secara langsung yang mungkin terbatas disebabkan kemampuan dan kudrat. Oleh itu anda sebagai isteri haruslah sentiasa mendoakkanya beroleh kejayaan. Disebalik suami yang berjaya adalah isteri yang baik berada di belakangnya.

3 - Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan suami anda. Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan. Elakkan berbincang mengenainya kecuali untuk perkara – perkara tertentu. Hal ini ditekankan lebih-lebih lagi ketika situasi kewangan keluarga menghadapi masalah. Bila suami anda berada dalam keadaan tertekan, berusahala untuk membincangkan perkara lain yang boleh mengembirakan suami. Setelah keadaan reda, dan telah mempunyai situasi yang sesuai, barulah berceritakan soal kewangan.

4 - Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika anda berdua sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda beri perhatian pada suami anda. Bila berbual, selingkan dengan senyuman dan jenaka. Berkelakuan nakal juga boleh mewujudkan suasana manja yang pasti mengembirakan anda berdua namun jangan berlebih kerana ia boleh merubah perbualan menjadi bosan dan menjengkelkan. Berbuallah dengan sesuatu perkara yang baru dan tarik minatnya supaya dapat gembirakan suami.

5 - Jangan terlalu kisahkan hal – hal yang kecil. Jangan terlalu cepat merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang. Bergelar isteri adalah merupakan tanggungjawab. Berusahalah untuk memikul tanggunjawab itu dengan gembirakan suami anda. Jika anda beremosi dan selalu sensitif dengan perkara yang remeh temeh. Berperangai seperti itu akan membuatkan suami anda bosan dan rimas. Tarikan pada suami adalah seorang isteri yang ‘independent’ atau berdikari. Si suami akan mudah berasa gembira sekiranya isterinya tahu perkara yang patut dibuat dalam kebahagiaan rumah tangga. Sebagai contoh, memasakkan lauk kegemaraan atau mengemas rumah sebelum si suami pulang dari kerja sudah cukup membahagiakan dia.

6 - Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala nasihatnya jika nasihat itu betul dan mengikut lunas. Kadang-kadang, ada situasi arahan dari suami anda mungkin anda tidak setuju, namun sebelum membuat keputusan membidas arahan itu, fikir terlebih dahulu baik buruk keputusan arahan itu, jika kurang sesuai cuba senyum dan perkatakan cadangan anda untuk disesuaikan dengan arahan itu. Bila anda senyum dan mula berbincang dengan tolak ansur, “nasi yang keras akan lembut bila disiram dengan air”.

7 - Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila perlu. Suami anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter. Perasaan geram meluap-luap akan timbul bila anda kerap berleter. Hal ini adalah kerana berleter bukanlah sesuatu perkara yang seronok didengar. Ubahlah sikap suka berleter kepada bicara lembut dan penuh pengisian. Bercakap hanya kepada perkara perlu dan ringkas akan membuatkan suami anda senang dan berasa gembira.

8 - Jika suami anda baru pulang dari kerja, anda berikan dia ruang untuk berehat sebelum memulakan perbualan mengenai masalah rumah tangga. Jika anda lihat dia berehat, bagi masa dia berehat juga sebelum anda merapati dia. Tegur hanya ketika waktu perlu seperti makan atau solat.cara gembirakan suami

9 - Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat. Itu adalah merupakan nafkah zahir yang anda sebagai isteri perlu suapkan kepada suami. Sentiasa menyokong usahanya dengan memberikan sepenuh komitmen untuk anda tunjukkan kesungguhan anda. Tahukah anda, suami akan berasa ceria dan gembira apabila anda menunjukkan minat terhadap kerjanya seperti bercakap banyak tentang hal pekerjaanya itu, dan bertanyakaan soalan yang penuh dengan minat. Lelaki mempunyai sifat ego terhadap kerjayanya dan perkara yang anda perlu lakukan adalah ‘bodek’ suami anda untuk membuatkanya puas dan gembira.

10 - Berikan segalanya ketika melakukan hubungan seks. Jangan hanya duduk diam sahaja, anda juga perlu beraksi. Suami pastinya suka pada aksi isteri yang melayannya dengan bersungguh. Anda tidak perlu segan, dan perbuatan diam atau malu adalah sebenarnya perkara yang tidak bertanggungjawab. Isteri yang aktif dan kreatif mampu membuatkan si suami gembira dan bertambah sayang.

Tuesday, February 5, 2013

Begedil Kentang Mudah

Harini rasa teringin nak makan begedil pulak... Lagipun tengok ubi kentang yang dah lama tak terusik, kesian kat dia heheheh... Tengok kat dapur bahan yang diperlukan tak berapa nak ada, jadi bila dah teringin gak nak makan tu, kerjakan lah jugak dengan bahan-bahan yang ada...


BEGEDIL KENTANG MUDAH.
Bahan
4 Biji Ubi Kentang
1 Sudu Besar Bawang Goreng
2 Biji Cili Padi
1 Sudu Serbuk Pati Ayam "Knorr".
1 Biji Telur
Minyak (Untuk Mengoreng)
** Nak sedap, boleh tambah bahan - Daun Sup, Ayam/Daging Kisar, Lada Sulah dll.

Cara
- Kupas kentang dan hiris nipis-nipis (Supaya bila digoreng senang masak). Cuci dan toskan.
- Goreng kentang hingga kekuningan, angkat dan toskan.
- Tumbuk kentang itu panas-panas hingga semuanya hancur.
- Masukkan cili padi dan tumbuk lagi sehingga lumat.
- Masukkan serbuk pati ayam dan tumbuk lagi hingga sekata dengan semua bahan
- Masukkan dalam bekas dan gaulkan dengan bawang goreng dan gaul rata.
- Bentukkan dan celup dalam telur dan goreng hingga kekuningan...

Selawat Maulidur Rasul

Assalamualaikum... Jom Selawat... Bulan maulud pun dah semakin ke penghujung...



Mulakan Dengan Selawat...

Assalamualaikum dan selamat pagi... Mulakan hari kita dengan berselawat atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.








Saturday, February 2, 2013

Kata-Kata Inilah Yang Ingin Suami Dengar Dari Isterinya..

Assalamualaikum dan salam pagi sabtu..


Sumber:- http://www.facebook.com/SudahTahukahAnda.New

Bismillahir-Rahmanir-Rahim..

Ya Allah... Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar Ash-Siddiq, sebijak Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid r.a. Amiin ya Rabbal'alamin.

Layaknya wanita, lelaki juga merasa bahagia jika mendengar kata-kata manis dari pasangannya. Berikut beberapa hal yang diucapkan wanita, yang dapat membuatkan para lelaki bahagia...

1 - "Aku bangga padamu".
Mengungkapkan kebanggaan anda terhadap pasangan, akan membuatkannya merasa menjadi seseorang yang berharga bagi anda. Selain bahagia, anda juga membangkitkan kepercayaan dirinya.

2 - "Aku cinta padamu"
Jangan bosan untuk mengungkapkan kata cinta. Ingatkan terus padanya, betapa anda mencintainya. Kata-kata itu akan membuatkan harinya lebih bermakna.

3 -  "Kamu sangat menarik"
Lelaki juga perlu dibesarkan hatinya. Terkadang, ia juga merasa tidak percaya diri mengenai penampilannya. Pujian tulus dari anda akan membesarkan hatinya. Ia akan merasa menjadi orang paling menarik di dunia.

4 -  "Kamu cerdas"
Otak dan fikiran logik adalah hal yang paling diangungkan oleh para lelaki. salah satu yang membuat mereka merasa 'lebih' dari wanita adalah pendapat, bahawa lelaki lebih logik dari wanita. Memuji kecerdasannya adalah hal yang paling ingin didengari para lelaki.

5 - "Terima kasih"
Kata terima kasih yang tulus akan membuat para lelaki memiliki nilai yang lebih. Perasaan dapat membuat para wanitanya senang akan membuatkan lelaki bahagia.

6 - "Aku menghargai usahamu"
Lelaki kadang kala pernah merasa gagal. Saat ini yang ia perlukan adalah ucapan yang membuatkannya merasa dihargai. Bukan kerana hasil yang ia dapatkan, melainkan untuk semua usaha yang telah is lakukan.

7 -  "Kamu tang terbaik"
Lelaki juga perlu tahu bahawa tak ada lelaki lain yang mampu mengambil hati anda. Jangan bosan-bosan untuk menyakinkannya.

8 - "Kau membuatkanku merasa aman@selamat"
Merasa layaknya seorang pahlawan di mata pasangan membuat rasa percaya diri lelaki meningkat. Menjadi pelindung pasangan adalah hal yang paling ia inginkan.

9 - "Aku memerlukanmu"
Merasa diperlukan juga merupakan hal yang paling diinginkan seorang lelaki. Jangan pernah merasa sangsi untuk mengatakannya.

10 -  "Kau tak akan terganti"
Mengetahui bahawa ia satu-satunya lelaki terbaik di hidup anda, akan membuatnya 'melambung tinggi'. Ia pun akan merasa sangat dicintai.

### SEMOGA BERMANFAAT ###

Mudahnya Seorang Wanita Untuk Masuk SYURGA..

Assalamualaikum dan semoga semua dalam keadaan sihat dan dalam limpah rahmat Allah sentiasa...


Sumber:- http://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim

Mudahnya Seorang Wanita Untuk Masuk Syurga...

1 - Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2 - Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3 -  Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap satu titik susu yang diberikannya.

4 -  Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5 -  Seorang Isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anggota keluarga yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6 - Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t akan pandang dengan penuh hormat.

7 - Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8 - Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah s.w.t akan memberikannya 12 tahun pahala ibadat.

9 - Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10 -  Wanita yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah s.w.t akan berkatkan rezekinya.

11 -  Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti penyapu lantai Baitullah.

12 -  Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

13 - Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14 - Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah s.w.t akan beri satu pahala haji.

15 - Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16 - Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembanyang dan puasa.

17 -  Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18 - Kalau isteri layan suami tanpa khianat, akan dapat pahala 12 tahun solat.

19 - Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20 - Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suami, dia akan masuk syurga.

21 -  Seorang wanita  solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22 -  Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23 - Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat tetapi Allah s.w.t sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24 - Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah s.w.t akan beri kepadanya setengah pahala jihad.

25 -  Allah s.w.t berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir "Bismillah".

26 - Allah s.w.t akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Sumber : myibrah.com

19 Tips Cinta Suami Isteri

Assalamualaikum..


1 - Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2 - Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3 - Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4 - Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5 - Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6 - Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7 - Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8 - Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9 - Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10 - Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11 - Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12 - Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13 - Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14 - Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15 - Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16 - Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17 - Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18 - Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19 - Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
JANGAN TAK KLIK