Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more

Sunday, March 31, 2013

Doa Untuk Suami Isteri Bahagia...

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... Hari ini nak kongsi sikit doa untuk pasangan suami isteri... Moga kita semua akan beroleh kebahagian dunia dan akhirat... Amin...


Doa Pengasih dan Awet Muda Untuk Wanita atau Lelaki...


Doa Bagi Mengelakkan Perkelahian Suami Isteri...


Rahsia - Doa Bahagia Suami Isteri...

Monday, March 25, 2013

Anda Stress??

Assalamualaikum... Anda stress?? Boleh cuba amalkan... Insya Allah dengan izinnya...






Doa Untuk Isteri Yang Bakal Jadi Seorang Ibu

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian untuk bakal-bakal ibu...


Doa-doa Untuk Isteri Yang Bakal Menjadi Seorang Ibu (BHG 2)


Doa-doa Untuk Isteri Yang Bakal Menjadi Seorang Ibu (BHG 1)

Doa Untuk Elak Keguguran

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua...



Just want to share... doa ni yang aku amalkan untuk pregnancy kali ni...

SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung)
Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

Terjemahannya:
Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

Thursday, March 21, 2013

Cara Perubatan Rasulullah

Assalamualaikum... Perubatan cara Rasulullah... Boleh diamalkan...
Kita hanya mampu berusaha, dengan izin Allah jua sembuhnya... Pahala pun kita dapat...


Apabila Rasulullah s.a.w sakit, baginda meletakkan tangannya di bahagian tubuhnya yang terasa perit, kemudian baginda membaca :


"Dengan menyebut nama Allah (3 kali),
aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan
penyakit yang aku deritai, dan yang aku gelisahkan (7 kali).

Selamat mencuba :)

Wednesday, March 20, 2013

Wanita Oh Wanita..

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian tentang 'Wanita'...

Memang diakui wanita ini seorang yang suka menyembunyikan perasaan. Sebolehnya apa yang ditanggung tak perlu dikongsi dengan orang lain dan dicanang satu dunia yang dia ada masalah. Kalau boleh biar orang pandangnya sebagai orang yang bahagia... Tapi harus diketahui wanita ini punya jiwa yang lembut dan mudah tersentuh.. Pasangan (Suami) perlu pandai mainkan peranan... Insya Allah segala masalah yang terpendam akan terluah jika suami pandai melaksanakan tanggungjawanya dengan baik..



"Mudahnya wanita masuk syurga"... Ustaz Kazim Elias


Istimewanya seorang wanita yang bergelar " Isteri "



Wahai wanita... Jagalah auratmu... Kasihanilah Suami / Bapa / saudara lelaki kita yang terpaksa menanggung dosa kita...


Petua untuk kesihatan Wanita...

Tips Untuk Suami Isteri

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Moga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa... Amin.
Sedikit perkongsian hari ini adalah tips untuk pasangan suami isteri... Moga kita semua beroleh kebaikan darinya...


Doa Bagi Mengelakkan Perkelahian Suami Isteri


Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri dari Ustaz Kazim Elias


Senyuman isteri ibarat lampu... tanpa lampu itu, suramlah rumahtangga... Jadi untuk suami-suami di luar sana, hargai dan sayangilah isteri anda... Jadikan isteri anda seorang yang bahagia dan membahagiakan...

Monday, March 18, 2013

Carpal Tunnel Syndrome (CTS)?

Assalamualaikum dan ceria-ceria selalu... Sedikit perkongsian pengetahuan untuk hari ini... Kebetulan bangun tidur pagi tadi jari jemari terasa kebas (mungkin silap tidur)... Risau yang amat... Sambil2 risau pun boleh bukak FB jugak (Siap je solat subuh terus online FB, ingat nak google pasal tangan kebas ni)... Rezeki saya gamaknya, ada pulak info pasal tangan kebas ni... Jadi kita kongsi pulak kat sini sebagai pengetahun sesiapa sahaja...


Bahaya Carpal Tunnel Syndrome (CTS) Kepada Pengguna Komputer!

Dari semasa ke semasa, pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun. Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain 

Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome (CTS)?

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan - Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.

# Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.

# Sering menjatuhkan barang

Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome (CTS) ini?

1) Penggunaan Tetikus (mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
2) Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
3) Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
4) Faktor genetik.

Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.

# Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.

# Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.

# Duduklah dengan tegak.

Jom Tag & Sebarkan.. Untuk dijadikan sebagai panduan....

Tuesday, March 12, 2013

Tazkirah : Rahsia Surah Al-Kautsar

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian ilmu untuk hari ini...



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Monday, March 11, 2013

Sifat2 Rasulullah SAW Yang Patut Kita Contohi

Assalamualaikum...




Sifat-Sifat Rasulullah SAW Yang Patut Kita Contohi

Sesiapa yang membaca dan meneliti sejarah kehidupan nama-nama besar dan para pemimpin yang meraih kemenangan setelah mengalami kekalahan, kita akan dapati pada diri mereka semua itu tidak terlepas dari satu sifat yang tidak dimiliki oleh para Nabi iaitu sifat membalasan dendam.

Di permulaan kenabian, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diusir dari Makkah dan ditahan semua harta benda dan dianiya oleh penduduk Makkah dengan penganiyaan yang sangat pedih, akan tetapi setelah Baginda meraih kemenangan, jiwanya yang agung dan akhlaknya yang mulia tidak membenarkan para sahabat membalas dendam, bahkan Baginda memaafkan setiap orang yang telah menzaliminya dan memaafkan mereka, walaupun Baginda mampu untuk membalas dendam kepada mereka dengan balasan yang pedih.

Di antara sikap dan sifat Rasulullah SAW adalah:-
# Paling penyabar
# Tidak sombong
# Tawaduk dan Tenang
# Tidak terganggu dengan urusan dunia
# Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
# Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
# Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
# Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
# Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
# Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
# Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
# Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
# Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
# Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
# Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
# Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
# Baginda tidak memakan harta sedekah.
# Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
# Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
# Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
# Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
# Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
# Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
# Menyukai kebersihan dan bau-bauan
# Menyukai jubah bulu/syamlah
# Berkenderaan kaldai dan unta
# Mengunjungi orang susah dan sakit
# Memuliakan orang-orang berakhlak
# Pembela golongan lemah dan wanita
# Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
# Suka menasihati dan member tunjuk ajar
# Berbuat baik dengan golongan bangsawan
# Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
# Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
# Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
# Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
# Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
# Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
# Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
# Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
# Baginda ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
# Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
# Berkinayah/berdiam diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
# Dan banyak lagi…

Ayuh sama2 kita contohi dan amalkan dalam kehidupan seharian kita

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan

Assalamualaikum semua....


Sumber:- http://www.facebook.com/kata2hikmah.new

Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan
Re-post by: GALERI MUSLIMAH MODERN (GMM)

1 - SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, shalat fardhu dan shalat Subuh secara berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara Subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2 - AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Kamis atau Jum'at, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
"Mandi pada hari Jum'at adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” ­ (HR. Muslim)

3 - TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4 - GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mau meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5 - TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikatkesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah yaitu dengan mengubah posisi ketika marah. Bila berdiri, maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz karena marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan shalat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6 - OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah SWT

7 - TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesehatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8 - PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justru, jadilah seorang yang pemaaf karena yang pasti badan sehat.
"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Semoga bermanfaat.

Sunday, March 10, 2013

Resepi Kuah Kacang Ayam Kelate

Assalamualaikum...Menu hari minggu... Permintaan my hubby...

Hidangan pertama...

Hidangan ke 2 selepas top up lagi ayam + air...

Baru masak top up ayam ke 2... hehehe...

Sumber:- Mak Mertua dan diri sendiri

Bahan :
½ Kilo Kacang Tanah – Goreng tanpa minyak dan ditumbuk (Jangan halus sangat, tak sedappp)
1 ½ Keping Gula Melaka/Nisan
1 Sudu Kecil Garam / Secukup rasa
2 Batang Serai – Dititik
Santan – 1 biji kelapa/ 1 kotak kecik santan segera
Jintan Manis – Tak letak sebab tak de stok
Jintan Putih - Tak letak sebab tak de stok
Kerangka Ayam – Kita letak ayam yang dipotong kecil2 ( Isi + tulang)
1 Senduk Cili Kisar (Kalau suka pedas boleh tambah)
Minyak Untuk Menumis

Bahan Kisar :
8 Biji Bawang Merah
4 Ulas Bawang Putih
½ -1 Inci Halia
½ -1 Inci Lengkuas
1 Sudu besar Udang Kering – Rendam sekejab
2 Batang Serai – Ambil yang putih je...

Cara Menyediakannya :-
- Tumiskan serai dan bahan Kisar hingga naik bau. Gunakan api sederhana sahaja.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga agak2 dah naik minyak.
- Masukkan Santan. Kacau2 kejab, masukkan ayam + garam + gula Melaka dan (jintan kalau nak)
- Kalau pekat, boleh tambah kan sikit air.
- Biarkan ia mereneh dan kacau sekali sekala untuk elak ia hangit bawahnya…

Nota : Lagi lama masak lagi sedap…
** Bos kat umah kata sedapppp!!! First time buat… Biasa tolong kacau mak mertua masak je..hehehe

Thursday, March 7, 2013

Menangkis Santau Pelaris / Santau Dalam Makanan

Assalamualaikum... Ini sikit perkongsian tentang santau pelaris...





Sumber:- http://www.anamarzablog.com/2012/07/doa-menangkis-santau-pelaris-santau.html

Doa menangkis santau pelaris / santau dalam makanan

Zaman sekrang ni masih ada kedai makan yang menggunakan santau / sihir pelaris untuk menarik pelanggan agar sentiasa berkunjung ke kedainya.

Bagaimana nak tahu ciri-ciri kedai makan yang mengamal kan santau pelaris?

Antara ciri kedai makan yang mungkin mengamalkan santau pelaris ialah :
# pelanggan yang datang makan di kedai makan tersebut luar biasa ramainya
# Menemui serangga (seperti lipas, lalat ulat) atau serpihan kuku, helaian rambut atau bulu (bulu mata atau bulu lainnya)
# Makanan cepat basi
# gerak geri pekerja yang mencurigakan
# Terdapat unsur mistik di dalam kedai/restoran tersebut seperti gantungan azimat, kain kuning atau seumpamanya.
# apabila kita menghampiri atau duduk di dalam kedai tersebut kita merasa berdebar-debar dan tak sedap hati

Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seeloknya kita mengamalkan :
# Membaca Bismillah sebelum melangkah masuk ke kedai dan sebelum makan
# Sekirannya menemui rambut, bulu atau serangga cuba buang dengan menggunakan sudu sambil membaca Ayat 23 dari Surah Al-Furqan.
# Sebaik sahaja makanan atau minuman yang di pesan diletakkan dihadap anda, Baca doa di bawah sebanyak 7 kali

Peringatan : Sekiranya memang terdapat santau pelaris dengan membaca doa di atas pinggan / gelas boleh pecah.

11 Jenis Manusia Yang Di Doa Malaikat

Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Sumber:- http://mirlme.com/11-jenis-manusia-yang-di-doa-malaikat/

11 Jenis Manusia Yang Di Doa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1 - Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2 - Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3 - Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4 - Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5 - Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca… (ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6 - Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7 - Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.” Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8 - Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9 - Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10 - Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11 - Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.” Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
JANGAN TAK KLIK