Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more

Saturday, April 19, 2014

Peluklah Isterimu Di Saat Dia Menangis.

Assalamualaikum... Peluklah isterimu di saat dia menangis. Pelukan kasih sayang adalah ubat yang terbaik untuk wanita dari suaminya... Suami pun kenalah faham, jangan buat tak tau atau "wat dek" je... Fahamilah permintaan naluri isterimu...


Sumber:- https://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim

PELUKLAH ISTERIMU DISAAT DIA MENANGIS

# Apabila isteri menangis di hadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluk dia dengan erat. Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah rasa lebih selesa dan damai selain menangis dalam pelukanmu!

# Apabila isteri mengatakan tentang kesalahanmu, tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itu semua kerana dia peduli padamu!

# Apabila isteri sedang susah hati dan mengabaikanmu, jangan ikutinya tidak peduli, ini adalah masa untuk kamu melayannya dengan baik. Buang ego kamu wahai suami.

# Apabila isteri tidak mahu bercakap dan memalingkan tubuhnya meninggalkanmua, kejarlah dia. Jika betul kamu sungguh mencintainya, adakah kamu rela meninggalkannya sendirian?

# Apabila isteri berkata, " Kamu pergi saja, aku tidak mahu bercakap denganmu." Jangan percaya begitu sahaja, mungkin itu hnaya di bibir saja, sedangkan dalam hatinya tidak bermaksud demikian. Sebenarnyaitu adalah saat di mana dia paling memerlukanmu!

# Apabila isteri marah, hatinya dalam keadaan tidak tenang dan tidak mahu makan, jangan bertanya mahu makan apa, dia pasti berkata tidak mahu makan. Belilah makanan kesukaannya, tunggu saat hatinya sejuk sikit dan hulurkan makanan padanya. Jangan memberikan ugutan bahawa kamu juga tidak mahu makan!

Hargai isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamaya!

Kadang-kadang, berkompromi bukanlah bererti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami!

Memaafkan bukan bererti lemah, malinkan sebuah kelembutan dan menghargai!

Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia
Kredit : Abu Huzaifah Mohamed

Mandi Wajib. Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Assalamualaikum... Lagi tentang mandi wajib... Jangan pandang mudah...



MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni...

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul… Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ”Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ”Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1 - Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2 - Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3 - Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4 - Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5 - Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6 - Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…

1 - Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ”FRIDAY the 13th” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wanita Permata HATI 

Ramai Wanita Yang SALAH MANDI WAJIB

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian sebagai ingatan untuk diri saya sendiri... Moga perkongsian ini mendapat keberkatan dan manafaat untuk kita semua...Aminnn..




Ramai Wanita Yang SALAH MANDI WAJIB

(1) Kes 1: Jika melahirkan anak tanpa darah nifas (eg: kadang kala tiada nifas jika melalui operation) wajib mandi wiladah (mandi wajib) dan solat seperti wanita suci pada kadar kemampuannya seperti duduk dan baring. Bukan tunggu 60 hari. Jika tunggu 60 hari, wanita ini berdepan dengan dosa besar iaitu tinggal solat selama 60 hari dan WAJIB QADAR kesemuanya.

## Kes 2: Kalau keluar wiladah tanpa nifas, kena mandi wajib wiladah dulu. tak lama selepas tu, selepas sehari ke dua hari ke, baru keluar nifas, kena mandi wajib lepas habis nifas tu (tempoh nifas maksimum 60 hari).

(2) Wanita yang melahirkan anak beserta darah nifas hanya perlu mandi wajib sekali saja. TIADA istilah mandi dua kali seperti mandi wiladah kemudian mandi nifas <-- Tiada qoul yang tepat mengatakan sedemikian.

Contoh diberi berdasarkan situasi begini seperti yang dijelaskan ulama:

## Sifulan buang air kecil (hadas), kemudian terkentut (hadas), kemudian bersentuhan dengan bukan muhrim (hadas) kemudian pengsan (hadas). Berlaku 4 kali hadas dalam satu masa, cukup sekali wuduk untuk mennunaikan solat, bukan 4 kali wuduk.

(3) Jika wanita mengalami nifas melebihi 60 hari, darah yang keluar selepas 60 hari adalah ISTIHADHAH dan wajib baginya mandi wajib untuk membolehkan solat seperti wanita suci.

(4) Cara mengenal ISTIHADHAH:

a) Untuk mengenal istihadah dalam nifas adalah Selepas 60 hari daripada tempoh nifas

b) Keluar darah kurang daripada sehari semalam (tempoh minimum keluar darah dan dikira haid adalah sehari semalam)

c) Qoul pertama mengatakan 15 hari tempoh haid, selebihnya adalah Istihadhah.

d) Qoul yang kedua mengatakan tempoh haid antara 6-7 hari, selebihnya adalah Istihadhah.

e) Qoul yang ketiga paling senang iaitu melalui kaedah Tamyiz (perbezaan) iaitu RASA, BAU dan WARNA. Kita gunakan situasi wanita mengalami 20 hari keluar darah:

## Contoh Rasa:-
7 hari rasa sakit (dikira haid) 13 hari tidak sakit (istihadhah)

## Contoh Bau:-
7 hari berbau busuk (dikira haid) 13 hari tidak berbau (istihadhah)

## Contoh Warna:-
Warna yang keluar pada mula yang lebih gelap adalah HAID,
Warna yang keluar lebih cerah dari asal adalah ISTIHADHAH.
 
(Contoh: 7 hari darah hitam adalah HAID, 13 hari darah merah gelap adalah ISTIHADHAH. Contoh lain: 7 hari darah merah cerah adalah HAID, 13 hari darah coklat adalah ISTIHADHAH)

@@ Warna ada 5 jenis iaitu HITAM, MERAH PEKAT, MERAH CERAH, COKLAT & KUNING. Mazhab Hanafi lebih satu iaitu HIJAU.

(5) Bagi yang KALI PERTAMA mengalami HAID seawal umur 9 tahun. 
(Guna contoh situasi 20 hari juga)

a) 1 Qoul mengatakan 15 hari adalah haid, 5 hari selebihnya adalah Istihadhah.
b) 1 hari adalah HAID, 19 hari adalah ISTIHADHAH.

(6) Jika mengalami ISTIHADHAH, ada kaedah KHAS untuk BERWUDUK kerana ia tidak sama seperti wuduk wanita yang bebas dari Istihadhah.

1 qoul mengatakan wanita yang mengalami Istihadhah hanya boleh berwuduk selepas masuk waktu apabila azan dikumandangkan. 1 wuduk untuk 1 solat.

a) Adapun jika darahnya keluar terus menerus, apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada farajnya kemudian tampal dan terus berwuduk walaupun darahnya tetap masih mengalir (dimaafkan syarak kerana diluar keupayaan). Kemudian disegerakan solat. Sah 1 solat dengan 1 wuduk.

b) Adapun jika darahnya keluar secara sekejap sekejap dan dia mengetahui bila tempoh darah istihadhah seterusnya akan keluar (contoh berhenti sejam keluar sejam), apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada farajnya dan tidak perlu menampal pad jika tiada darah keluar pada waktu itu, terus berwuduk kemudian disegerakan solat. Dalam tempoh istihadhah tidak keluar, 1 qoul mengatakan boleh solat melebihi sekali (solat fardhu & solat2 sunat yang lain) dalam 1 wuduk selagi tempoh tidak keluar istihadhah seterusnya. Jika keluar, hukumnya menjadi semula seperti contoh diatas.

(7) BAB MANDI WAJIB DARIPADA HAID YANG BIASA.

Cara nak tahu haid itu sudah kering atau habis bukan sekadar tengok pada pad tetapi kena memasukkan secebis kain @ cotton bud ke dalam faraj sedalam/seluas jari (pandangan ulama sepanjang 2 bahagian tulang pada 1 jari). Sebelum memasukkan perca kain atau cotton bud, perlu dibasuh faraj terlebih dahulu kerana khuatir darah2 kering yg melekat di tepian faraj mengelirukan anda ketika memeriksa haid. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis walaupun pada pad sudah tidak keluar, ia masih dalam haid. Jika tiada warna maka segeralah mandi junub/wajib.

Wanita perlu tahu, jika tidak melakukan perkara sebegini, PAD tidak memenuhi kaedah dalam syariat Islamiah untuk mengesan haid yang sudah habis tempoh. Jika hanya percaya pada pad semata-mata, anda BERDEPAN dengan DOSA BESAR yakni meninggalkan solat dengan sengaja. 

P/S: Untuk nombor (4), "c, d dan e" kesemua Qoul boleh digunakan.

Semoga pencerahan ini jelas untuk difahami semua. Sekian dari saya, Listen Listen Original. Ada salah silap tolong tegur.

Rujukan sumber:
Rujukan HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik Bab Haid, Hadis Saidatina Aisyah, Kuliah UAI dan rujukan dari Ustaz2 lain.

Hidup Adalah Ujian

Assalamualaikum... Hidup adalah ujian.Setiap apa yang berlaku pada kita sama ada kita sedar atau tidak, kita suka atau tidak, itu semua adalah ujian yang telah Allah tentukan untuk kita. Ujian merupakan hadiah yang dikirimkan untuk kita melalui malaikat untuk melihat setakat mana kita menerima dan bersabar atas apa yang ditentukan untuk kita...
























Doa Agar Suami/Isteri Berubah Ke Arah Kebaikan.

Assalamualaikum w.a.t... Lama menyepi...
Hari ni nak kongsi sikit ilmu atau doa yang boleh kita praktikkan dalam hubungan suami isteri agar terus mekar mewangi...


Kita semua boleh amalkan doa ini untuk mengubah perangai suami atau isteri ke arah kebaikan.

Cara-caranya ialah:-

1 - Baca surah Yusuf ayat 4 sebanyak 3 kali ketika pasangan sedang tidur. Lebih baik jika dia baru mula tidur. Tiupkan pada mukanya supaya apabila dia menarik nafas, hembusan kita akan disedut olehnya.

2 - Baca juga doa ini ketika menyediakan air minum untuknya. Tiup ke air sebelum disedut olehnya.

3 - Amalkan selalu sehingga menampakkan kesan. Insya Allah...

Moga dengan perkongsian ilmu kekeluargaan ini mendapat manafaat untuk kita semua...

Saturday, March 8, 2014

Bersuci Dari Hadas Besar

Assalamualaikum... Sedikit panduan dan info yang berguna untuk wanita terutama bagi anak gadis yang baru menjengah ke alam baru... Doa semasa haid atau nifas, cara mengetahui diri telah suci dari darah kotor dan cara mandi hadas/wajib. Moga ilmu ini berguna untuk kita semua. Anda buat, anda dapat. Selamat beramal...:)






Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Senggugut

Assalamualaikum... Ini ada sedikit info untuk dikongsi. Doa dan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami haid yang tidak teratur dan senggugut. Anda buat anda dapat. Saya hanya mampu membantu setakat yang termampu...

Sumber:- https://www.facebook.com/JimatMurahLadiesShoppe

Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Senggugut

Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami senggugut yang teruk. Msalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami senggugut  yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin.

Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikatkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.

Cara-Caranya:-
1 - Baca selalu doa-doa ini selepas solat
2 - Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
3 - Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.

DOA 1 :
(Surah Al Nahl : Ayat 65)

Maksudnya :-
"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)." (Surah Al Nahl : Ayat 65)

DOA 2 : 
(Surah Ali Imran : Ayat 5,6)

Maksudnya :-
(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha bijaksana. (Surah Ali Imran : Ayat 5,6)

## Cuba amalkal... Kita hanya mampu berusaha dan berdoa semoga Allah SWT memperkenankan... Aminnn...

Rujukan Lain:-
JANGAN TAK KLIK