Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam lindungan dan RahmatNya...
Sumber:- https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil
Kafein, Bolehkan diambil ketika hamil?
Ramai yg
masih keliru tentang pengambilan kafein sepanjang waktu kehamilan. Bagi mereka
yg ketagih teh, kopi & minuman bergas, tentu akan berasa sukar utk meninggalkan
minuman ini. Ada yg mengatakan minuman itu boleh diambil sepanjang kehamilan,
tetapi memadai satu cawan satu hari. Ada kajian yg mengatakan mereka yg kerap
mengambil kafein sehingga melebihi 300mg sehari, mempunyai risiko mengalami
keguguran, kemungkinan lahir tdk cukup bulan atau bayi mengalami masalah kurang
berat badan.
Sebab2
mengapa anda perlu menghindari minuman yg mengandungi kafein adalah:
a) Kafein akan meningkatkan degupan jantung serta metabolisma
anda,
b) Sukar tidur
c) Anda akan sentiasa berasa cemas
d) Sakit kepala
e) Pedih ulu hati
f) Kafein yg bersifat diuretic akan menyebabkan
anda lebih kerap membuang air kecil
g) Anda akan kehilangan kalsium
h) Kafein yg berlebihan akan menyebabkan tubuh
sukar menyerap zat besi. (zat besi amat diperlukan semasa kehamilan)
Perkara2 di atas amat jelas bagi membuatkan anda mengambil kafein dlm
jumlah yg berlebihan. Selain teh kopi dan minuman bergas, kafein juga boleh
didapati dalam coklat juga beberapa jenis ubat sakit kepala, selsema dan
alergi. Tentu sekali makanan2 ini tidak mempunyai khasiat yg baik bg anda juga
kandungan anda. Elakkan mengambil minuman berkafein & berubahlah kepada
minuman seperti air suam, susu & jus buah2an, kerana minuman sebegini amat
berkhasiat utk anda & bayi.
No comments:
Post a Comment