Mengunyah
sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat
bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian
menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan
kolesterol yang tidak baik.
Berikut ialah kelebihan dan khasiat
epal hijau yang perlu kita ketahui:
1 - Membantu
mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2 -
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3 - Membantu
kesihatan membran paru-paru.
4 - Membantu
kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron)
pada mineral tulang.
5 - Membantu
kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6 - Membantu
mengekalkan berat badan.
7 -
Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8 -
Mengurangkan risiko barah.
9 - Adalah
digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan
vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10 - Untuk
mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman.
~ kisarkan
epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat
membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan.
Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11 - Untuk
kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu
selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan
selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan
selalu boleh melicinkan kulit muka.
## EPAL HIJAU.. mengandungi banyak
khasiat
## Jus epal hijau bagus untuk membersihkan saluran ususRujukan Lain :
# http://drrozmey.wordpress.com/2010/03/17/epal-sebagai-sajian-diet/
# http://ddhasnidar.blogspot.com/2010/06/pregnant-vs-epal-hijau.html
# http://mamasihat-babyceria.blogspot.com/2012/11/epal-hijau-teman-diet-terbaik.html
# http://mamasihat-babyceria.blogspot.com/2012/11/epal-hijau-teman-diet-terbaik.html
No comments:
Post a Comment