Sekadar gambar google dahulu sebagai hiasan.
** Pic akan dimasukkan kemudian.. (Asyik tak sempat snap...).
Bahan :
2 Biji Betik Muda (disagat)
1/4 Kilo Kacang Tanah (digoreng dan buang kulitnya)
1/2 Kilo Nisan Putih (Ala2 gula melaka tetapi dia lembik sikit - susah gak nak dapat).
1 Paket Udang Kering
Perahan Lemon / Limau Nipis
2 Sudu Besar Sos Sotong
2 - 5 Ulas Bawang Putih (Jangan banyak, nanti tak sedap)
Tomato (Potong panjang2)
Kacang Panjang (Potong 2 Inci Panjang)
Cili Padi (Hijau)
Cara :
- Tumbuk 5 ulas bawang putih.
(bahan banyak, tak boleh ditumbuk sekali terus, jadi tumbuk sikit2 dan masuk dalam bekas)
- Masukkan cili padi dan kacang panjang yang telah di potong.
- Kemudian masukkan pula "nisan putih" dan diikuti dengan tomato.
- Kemudian masukkan pula jus limau nipis/lemon dan juga sos sotong.
- Bila semua dah siap... tumbuk lagi sekali (tumbuk manja) dan kacau adunan agar mesra...
- Bila cukup masam manisnya, bolehlah dihidangkan... SELAMAT MENCUBA...
** Contoh nisan/gula putih yang digunakan dalam menyediakan som tam..
No comments:
Post a Comment