Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more
Showing posts with label Zuriat. Show all posts
Showing posts with label Zuriat. Show all posts

Friday, January 9, 2015

Doa Untuk Meperolehi Zuriat

Assalamualaikum... Bagi pasangan yang sedang diuji, bersabarlah. Namun jangan putus asa berusaha dan berdoa... Moga apa yang dihajati akan tercapai dengan izinNya...



Jika anda masih belum mendapat anak lagi, jangan risau. Mohon kepada Allah dengan membaca kombinasi doa-doa ini:

1 - Baca surah Al-Fatihah.
2 - Baca Surah Al-Anbiya' ayat 89, Surah Ali Imran ayat 38 dan Surah Al-Anbiya' ayat 30.
3 - Akhir sekali, baca doa ini sebanyak 7 kali.

Insya-Allah, dengan usaha dan tawakal, anda akan dikurniakan anak.













Sunday, December 7, 2014

Zikir Nama Allah Untuk Ikhtiar Zuriat.

Assalamualaikum... Hari ni nak kongsi sikit tips untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Bagi yang dalam kesusahan / kedukaan / ada impian, kita disarankan banyakkan istighfar dan zikir. Moga usaha kita dimakbulkan Allah.

Zikir ini adalah sebahagian dari usaha kita dengan Allah yang maha pencipta... Yang penting sabar, redha dan jangan stress ya... :)




Assalamualaikum…

Tips. Hari nie admin nak kongsi amalan zikir nama-nama
Allah untuk mendapatkan zuriat.

AL- BARI (MAHA MENGADAKAN)
AL- MUSAWWIR (MAHA PEMBENTUK)
AL- KHALIQ (MAHA PENCIPTA)

Sambil baca & gosok perut anda, amalkan waktu pagi & malam.
Semoga impian sis dipermudahkan Allah, Ameen.



Monday, August 26, 2013

Amalan Untuk Memperolehi Permata Hati (Zuriat)

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... Hari ini nak kongsi sedikit info untuk teman-teman yang masih diuji dan berusaha mendapat "Permata Hati". Jangan pernah ada putus asa dalam berusaha ok...

Kepada pembaca atau pengunjung sekalian, moga doakan mereka yang sedang berusaha/ikhtiar untuk mendapatkan zuriat ini berjaya hamil dan memperolehi zuriat sendiri. In Sya Allah, jika kita membantu memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita... Amin..





Sumber:- https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Amalan Pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
# Baca Bismillah 1 kali
# Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
# Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
# Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat)

Atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
# Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa.

Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan Kedua
Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
# Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
# Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
# Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


@ TIPS DARI SEORANG USTAZ @


Sumber:-  Info yang saya perolehi dari seorang sahabat yang sedang ttc (ICTRBA)

1) Surah Furqan  Ayat 54 ~ Baca dalam hati semasa keluar mani. (Suami).
2) Surah Al-Imran Ayat 38 ~ Baca dimulut 3x sebelum bersama. (Suami Isteri).
3) Surah Al-Anbiya' Ayat 89 ~ Baca dalam hati semasa sedang bersama. (Suami Isteri).






Thursday, August 22, 2013

Anak Adalah Anugerah, Amanah Dan Ujian Dari Allah.

Assalamualaikum... Anak adalah anugerah Allah, Anak adalah amanah dan anak juga adalah "Ujian"...


DOA DAN AMALAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT.








Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai... Anak juga adalah ujian dari Allah. Ada pasangan kawin je terus dikurniakan "Anak". Dan ada juga pasangan yang bertahun-tahun kawin dan selepas puas berusaha baru dikurniakan zuriat. Hanya Allah yang tahu segala perjalanan hidup kita... Bagi yang diuji, bersabarlah. Terima dengan redha dan teruskan berdoa pada Allah. Moga segala yang kita impikan akan TERMAKBUL...


Bagi yang telah dikurniakan zuriat, bila ada dikalangan kita yang sedang diuji Allah dengan ketiadaan zuriat, usahlah bertanya atau menunjuk-nunjuk yang kita ada zuriat. "Riak" jadinya. Tidak ada pasangan yang berumahtangga yang tidak ingin memiliki zuriat. Bila Allah kata belum masanya, maka kita akan terus diuji.

Keluarga terdekat, rakan atau orang sekeliling perlu menjaga perasaan orang yang sedang diuji... Usah tambahkan bebanan tekanan sebaliknya berikan semangat dan motivasi agar mereka yang diuji ini sabar dan yakin dengan kuasa Allah. Teruskan berusaha dan berdoa, In Syaa Allah cepat atau lambat pasti Allah izinkan hambanya yang diuji dengan berita yang "Gembira"...


Wednesday, July 31, 2013

Tips Kebahagiaan Anak

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua..




Tips Kebahagiaan Anak

Mari kita sama2 amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1 - Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2 - Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3 - Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4 - Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5 - Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6 - Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7 - Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8 - Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9 - Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10 - Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Thursday, June 6, 2013

Doa Untuk Wanita Agar Senang Hamil

Assalamualaikum... Lama tak update blog... Salam Jumaat untuk semua... hari ni nak kongsi sikit info dan ilmu tentang kesuburan wanita... Terutama bagi mereka yang berusaha memperolehi cahaya mata...




Home » DOA MUSTAJAB » DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL.

DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL

Salam kepada para pembaca terutama kaum wanita yang sudah berkahwin,

Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.

Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus "hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja ataupun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.

Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 
1 - Istighfar 10x.
2 - Shalawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.
4 - Ayatul Kursi 1x.
5 - Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)
6 - Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.



Tuesday, February 26, 2013

Petua Dan Doa Cepat Dapat Anak.

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian untuk pasangan suami isteri yang masih berusaha memiliki ZURIAT...
Kita hanya mampu berusaha... yang menentukan adalah ALLAH...



JANGAN TAK KLIK