Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more
Showing posts with label Penyakit dan Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Penyakit dan Perubatan. Show all posts

Friday, July 29, 2016

Doa-Doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser.

Assalamualaikum dan selamat pagi... Ya Allah rindunya kat my blog... Tapi apa nak buat... Kita hanya mampu merancang, "Dia" yang tentukan :)

Hari ni nak kongsi sikit ayat2 quran untuk penyakit Barah...
Apa sahaja doa yang saya share adalah sebagai salah satu usaha kita... Jika Allah tak beri kesembuhan pun, terimalah dengan redha... Insya Allah, Allah dan rancangkan yang terbaikuntuk hambanya... Tak dapat didunia, Insya Allah diAkhirat kita dapat... Yang penting jangan lepaskan doa, usaha dan tawakkal...











Terima ujian dengan redha dan pasrah... Selalu yakin akan perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita insan2 yang terpilih...

Wednesday, January 13, 2016

Lemon Agen Pemusnah Kanser?

Assalamualaikum... Sekadar perkongsian ilmu... Ilmu yang baik, rugi kalau tak dikongsi... Berkesan atau tidak itu bergantung pada kemampuan diri dan keizinan dari Allah swt... Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha... Betul Tak?



Friday, January 9, 2015

Doa Merawat Penyakit Campak

Assalamualaikum... Doa untuk merawat penyakit campak yang biasanya dia alami oleh kanak2.



Sumber:- https://www.facebook.com/anugerahquran

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami demam campak, bolehlah amalkan kombinasi doa-doa ini untuk merawatnya :

1 - Surah Al-Fatihah
2 - Selawat Syifa'
3 - Dao demam campak ini.

Insya Allah, demam campak akan cepat sembuh.

Doa Merawat Kencing Manis

Assalamualaikum... Kita sebagai hamba Allah hanya mampu berusaha. Allah yang menentukan...



Sumber:- https://www.facebook.com/anugerahquran

Jika anda atau kenalan anda sedang mendapat rawatan penyakit kencing manis, bolehlah baca kombinasi doa-doa ini :

1 - Surah Al-Fatihah
2 - Surah Al-Hasyr ayat 24 hingga 24.
3 - Dan baca doa merawat kencing manis ini

Insya Allah, penyakit kencing manis yang dihadapi akan berkurangan beserta dengan rawtan yang diambil.




Doa Merawat Tulang Patah Dan Sakit Pinggang

Assalamualaikum... Doa bagi yang mengalami kepatahan tulang akibat kemalangan dan sebagainya...


Sumber:- https://www.facebook.com/anugerahquran

Cara untuk merawat tulang patah adalah dengan mengurut perlahan-lahan pada bahagian tulang yang patah dan baca kombinasi doa-doa ini :

1 - Baca Surah Al-Fatihah sekali
2 - Selawat Syifa' sekali
3 - Doa merawat tulang seperti berikut ( Surah Yaasin ayat 78 dan 79, Surah Al-Baqarah ayat 259 dan Surah Al-Anbiya' ayat 30)


Doa Merawat Fibroid

Assalamualaikum... Lagi perkongsian untuk rawatan masalah wanita...



Doa untuk merawat fibroid atau masalah yang melibatkan wanita

Kaedahnya ialah :

- Baca Surah Al-Fatihah dan Ayatul Kursi
-  Baca Surah An-Nahl ayat 69 dan jampi ayat tersebut pada madu
- Minum 1 sudu sehari

Wallahu'alam...

Amalan Untuk Wanita Yang Sering senggugut Dan Haid Tidak Menentu

Assalamualaikum... Perkongsian bagi wanita yang menghadapi masalah haid...


Sumber:- https://www.facebook.com/anugerahquran

Amalan untuk wanita yang sering senggugut dan haid yang tidak menentu. Insya Allah :

1 - Ambil 1 sudu madu asli (Contoh : Madu Queen Anugerah)
2 - Baca Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi
3 - Baca Surah An-Nahl ayat 69
4 - Buat solat hajat 2 rakaat (Dilakukan ketika tidak uzur)

Sunday, December 7, 2014

Selawat Munjiah

Assalamualaikum... Kelebihan solat munjiah.



Sumber:- https://www.facebook.com/PERUBATANSYIFAALIKHLAS

PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

SELAWAT MUNJIAH

PENJELASAN :

Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera. Segalanya dengan izinAllah dan diatas kehendak Allah.

Imam Dainuri menerangkan;
Pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan. Maka mereka akan membaca selawat ini.

Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setiap lepas sembahyang lima waktu.

Selawat Tafrijiyyah

Assalamualaikum... Kelebihan solat tafrijiyyah



Sumber:- https://www.facebook.com/PERUBATANSYIFAALIKHLAS

PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

SELAWAT TAFRIJIYYAH

(NOTA: Yang terbaik adalah dibaca seikhlas hati tanpa dikira bilangannya, bukan kerana hajat2 tetapi kerana kasih, rindu dan cinta kepada Rasulullah SAW.)

Antara Kebaikan Pengamal Selawat ini :-

1 - Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.

2 - Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.

3 - Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.

4 - Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.

5 - Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.

6 - Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.

7 - Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

8 - Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

@@ Imam Ad-Dainuri r.a.

11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.

41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.

100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam - Menyelesaikan masalah

@@ Imam Qurtubi r.a.

41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Sunday, November 9, 2014

Tips @ Doa Penyembuhan & Rawatan

Assalamualaikum... Tempoh hari ada tonton "Kalau Dah Jodoh". Rasanya doa yang dikongsikan oleh Ustaz Kazim amat berguna. Jadi saya panjangkan untuk dikongsikan. Moga apa jua pemasalahan kita dapat diatasi walau tidak 100%. Yang penting USAHA. Moga apa juga usaha kita akan mendapat keredhaan Allah swt...



Sumber:- KALAU DAH JODOH (USTAZ KAZIM ELIYAS)

Tengah ingat ni kita nak share apa Ustaz Mohd Kazim Elias cakap semalam dalam ceramah dia kat oasis 106 (Kalau Dah Jodoh).
Tips untuk kita amalkan. Untuk sembuhkan demam ke. Apa2 sakit atau masalah yang kita ada lah.
Boleh gak baca masa kita menyediakan menu keluarga. Masa cuci beras boleh baca ayat ini.
Dari surah yasin ayat 82.


Caranya:-
Baca diawal ayat tu hingga ditanda merah tu, "kun" berhenti...
Bila berhenti di kun tu... Baca doa memohon pada yang Esa.
Contoh - Andai kata tengah demam, Ambil sebiji/2 biji panadol, pegang ditangan.
Ya Allah sembuhkanlah demam aku ni...
Terus sambung habiskan bacaan ayat "fayakun". Nak cuci beras pun macam tu.

Berdoa lah. Moga kita mendapat menfaat dari perkongsian ini.

Doa Pelepas (Rawatan Penyakit, Gangguan Jin Dll)

Assalamualaikum... Tips doa ini saya peolehi dari fb seorang kenalan. Rasanya kalau ilmu yang baik dan tak bercangah dengan hukum islam tak salah untuk kita amalkan...



~ D0a PelepaZ ~

Sekadar perk0ngsian ilmu. Ingin saye k0ngsikan disini, inilah d0a pelepas,
# Dibaca ketika mandi, diniatkankan untuk melepaskan apa jua penyakit.
- Sebagai contohnya bagi melepaskan ganguan jin.
# Untuk lebih berkesan gunakan limau purut dan sint0k,
# Dan untuk lebih berkesan lagi usahakan mandi di arus yang mengalir seperti di sungai.
Tetapi kalau tak dapat mandi di sungai, mandi di bilik air biasa pun tidak mengapa.
Asalkan betul2 yakin Inn Syaa Allah, Allah akan melepaskan apa sahaja penyakit.

Inilah d0anya:-
~ Dimulai dengan selawat 3x
~ Dan salam pada Saidina khidir AlaihisSalam.
~ Dibaca 3 atau 7 kali sebelum mandi,

"YA MUFARRIJAL HUMUUM. YAAMUFARRIJU FARRIJ. YAA MUFARRIJU FARRIJ.
FARRIJ 'ANNAA HUMUUMANAA. YAA HAIYU YAA-QAIYUUM.
YAA ZALJALAALI WAL-IKRAAM"

~Aamiin~

Kredit Kepada :- Adam Suhardi 

Ikhtiar Rawat Stroke Dengan Ayat Al-Quran

Assalamualaikum... Kita hanya mampu merancang tapi Allah juga merangcang dengan cintaNya. Yang penting kita berusaha ikhtiar setakat yang mampu...


Sumber:- https://www.facebook.com/PERUBATANSYIFAALIKHLAS

Ikhtiar Rawat Stroke dengan Ayat Al-Quran.

Bahan Air hidup / mineral 1 botol
~ Dalam Keadaan suci dan berwudhuk

# Baca Al Fatihah ~ 1 kali
# Selawat ~ 11 kali
# Ayat Kursi ~ 7 kali
# Surah Al-Anbiyaa' (Ayat 30) ~ 11 kali


# Tiupkan pada air sehingga habis nafas.

~ Diminum sebelum sarapan pagi setiap hari, dan di sapu kebahagian yang lumpuh.

InsyaAllah ikhtiar.

# Sebelum Minum
~ Al-Fatihah 1 x kepada rasulullah saw, keluarga serta sahabat2 baginda.
~ Selawat 3 x 
~ Doa Moga Allah swt sembuhkan.

Kalau ada Almanna, boleh campurkan. Tetapi campur pada bekas yang hendak diminum sahaja.

Rawatan dan terapi dengan doktor jangan diabaikan.

Sapu Air:-
~ Al-fatihah 1 x kepada Rasulullah saw, keluarga serta sahabat2 baginda.
~ Sambil sapu air ke tubuh berselawatlah sebanyak-banyaknya & niatkan didalam hati agar Allah SWT sembuhkan penyakit lumpuh ini.

Tuesday, September 30, 2014

Membuat Air Ruqyah (Jampi) Sendiri.

Assalamualaikum... Lagi siaran ulangan... Membuat air rukyah (jampi) sendiri... Sebagai hambanya kita hanya mampu berusaha... Insya Allah dengan izinNya kita mampu merawatnya... Al-quran itu sendiri alah ubatnya...


Sumber:- https://www.facebook.com/PERUBATANSYIFAALIKHLAS

PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Membuat Air Rukyah (Jampi) Sendiri Dirumah

Dalam keadaan suci dan berwudhuk. Yang terbaik adalah selepas solat wajib atau solat-solat sunat.
Niatkan hendak membaca rukyah ini kerana Allah swt. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

# Letakkan sebotol air dihadapan anda, botol besar lebih bagus.
# Istighfar - 3 kali
# Baca Al Fatihah - 51 Kali
# baca 3 Qul (Al Ikhlas, Al falaq, An Nas)
# Selawat seikhlas hati

## Selesai baca, Tiupkan pada air tersebut
## Kemudian simpan dalam bilik
~ Dihari lain, Bila teringat baca lagi (51 Kali). Sentiasa topup bacaan Alfatihah.

Airnya Nak Guna Bila?
~ Guna disaat kecemasan.
~ Deman panas
~ Gangguan Jin
~ Anak menangis malam tak berhenti-henti
~ Dan Lain2

## Sebelum minum, baca AlFatihah (1 Kali) dan Selawat Nabi (3 Kali).
~ Dan berniat agar dengan ikhtiar ini menjadi asbab
Allah SWT beri kesembuhan ke atas penyakit rohani dan jasmani.

## Beri minum segelas dan sapukan sedikit kemuka.

Tuesday, September 2, 2014

Merawat Cara Islam - Bismillah Lima Dan Air Ruqyah

Assalamualaikum... Hidup adalah ujian. Ada yang sihat dan ada yang di uji dengan kesakitan. Ujian tidak mengenal siapa... Orang yang disayangi Allah pasti akan duji... Kita sebagai hambanya perlu terima dengan redha, dan pasrah... Bersabar dengan ujian Allah, pasti akan ada hikmahnya nanti... :)

Di sini saya kongsikan info untuk mengubati penyakit yang saya boleh share... Kita hanya mampu berusaha namun Allah yang tentukan...

AMALAN BISMILLAH LIMA (5)



MEMBUAT AIR RUQYAH SENDIRI






Saturday, March 8, 2014

Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Senggugut

Assalamualaikum... Ini ada sedikit info untuk dikongsi. Doa dan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami haid yang tidak teratur dan senggugut. Anda buat anda dapat. Saya hanya mampu membantu setakat yang termampu...

Sumber:- https://www.facebook.com/JimatMurahLadiesShoppe

Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Senggugut

Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami senggugut yang teruk. Msalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami senggugut  yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin.

Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikatkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.

Cara-Caranya:-
1 - Baca selalu doa-doa ini selepas solat
2 - Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
3 - Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.

DOA 1 :
(Surah Al Nahl : Ayat 65)

Maksudnya :-
"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)." (Surah Al Nahl : Ayat 65)

DOA 2 : 
(Surah Ali Imran : Ayat 5,6)

Maksudnya :-
(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha bijaksana. (Surah Ali Imran : Ayat 5,6)

## Cuba amalkal... Kita hanya mampu berusaha dan berdoa semoga Allah SWT memperkenankan... Aminnn...

Rujukan Lain:-
JANGAN TAK KLIK