Assalamualaikum... Moga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang bahagia di dunia dan akhirat... Moga syurga milik kita semua... Amin...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

visit twitterbackgrounds.org for more
visit twitterbackgrounds.org for more
Showing posts with label Isteri Solehah. Show all posts
Showing posts with label Isteri Solehah. Show all posts
Friday, May 15, 2015
Sunday, March 15, 2015
Sunday, November 9, 2014
Wirid Untuk Wanita Yang Uzur Syarie
Assalamualaikum... Ada terjumpa info ni di fb member. Jadi rasa nak kongsi untuk rujukan diri sendiri dan teman-teman semua...
Sumber:- https://www.facebook.com/roslina.abutalib
Alhamdulillah walhamdulillah
Bagi yang tidak solat atau uzur syarie, amalkan wirid untuk wanita-wanita uzur sebanyak (70 kali)
Setiap kali waktu solat (Atau semampu mungkin)
"Alhamdulillahi 'alaa kulli haal,
Astagfirullah hamin kulli zambin."
Segala puji bagi Allah didalam segala keadaan.
Aku minta ampun dari segala dosa.
Allahumma aamiin...
## Moga hati kita tak lah terlalu laghra kalau tak solat.
** Peringatan sebenar memang untuk diriku.
In Sha Allah biiznillah
Wallahua'lam n wassalam.
Jazakillahukhair ustazah
~ Tulisan arab beliau sendiri.
Alhamdulillah walhamdulillah
Bagi yang tidak solat atau uzur syarie, amalkan wirid untuk wanita-wanita uzur sebanyak (70 kali)
Setiap kali waktu solat (Atau semampu mungkin)
"Alhamdulillahi 'alaa kulli haal,
Astagfirullah hamin kulli zambin."
Segala puji bagi Allah didalam segala keadaan.
Aku minta ampun dari segala dosa.
Allahumma aamiin...
## Moga hati kita tak lah terlalu laghra kalau tak solat.
** Peringatan sebenar memang untuk diriku.
In Sha Allah biiznillah
Wallahua'lam n wassalam.
Jazakillahukhair ustazah
~ Tulisan arab beliau sendiri.
Saturday, April 19, 2014
Mandi Wajib. Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Assalamualaikum... Lagi tentang mandi wajib... Jangan pandang mudah...
Wanita Permata HATI
MANDI WAJIB
| Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab
ni...
Assalamualaikum, Berkongsi
sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi
wajib yg betul… Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi
jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak
sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk
melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan
hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti
dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke
seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong
Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji
Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai
bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak
umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,
mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi
wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi
wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau
ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi
wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan
oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi
rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi
wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau” Sahaja aku mandi
wajib kerana Allah Taala.”
Niat
itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
”Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan
yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ”Sahaja aku mengangkat hadas nifas
kerana Allah Taala”.
Niat
itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah
membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.
Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan
air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai
rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,
menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,
najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis
dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara
rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang
zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang
jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya
tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2
dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi
sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai
kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke
badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang
kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang
rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika
rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib
seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan
pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna
pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya
tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang
menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah
kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke
rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi
dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.
Dalam
hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib
seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak
mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai
sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,
sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan
iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan
mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu
keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).
Mandi
wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air
telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang
bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi
diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas
bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi
wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :
1
- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2
- Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu
berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3
- Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir
tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta
Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah
kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4
- Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5
- Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.
6
- Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita
akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia
13. Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu…
1
- Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2
- Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam
kubur.
3
- Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam
kubur.
4
- Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5
- Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6
- I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur.
7
- Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8
- Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9
- Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10
- Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar
& Nankir di dalam kubur.
11
- Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12
- Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13
- Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari
Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W. bersabda : “Senarai di atas adalah
salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram
sekali iaitu ”FRIDAY the 13th” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa’at kepada manusia lain…
Ramai Wanita Yang SALAH MANDI WAJIB
Assalamualaikum... Sedikit perkongsian sebagai ingatan untuk diri saya sendiri... Moga perkongsian ini mendapat keberkatan dan manafaat untuk kita semua...Aminnn..
Ramai Wanita Yang SALAH MANDI WAJIB
(1) Kes 1:
Jika melahirkan anak tanpa darah nifas (eg: kadang kala tiada nifas jika
melalui operation) wajib mandi wiladah (mandi
wajib) dan solat seperti wanita suci pada kadar kemampuannya seperti duduk dan
baring. Bukan tunggu 60 hari. Jika tunggu 60 hari, wanita ini berdepan dengan
dosa besar iaitu tinggal solat selama 60 hari dan WAJIB QADAR kesemuanya.
##
Kes 2: Kalau keluar wiladah tanpa
nifas, kena mandi wajib wiladah dulu. tak lama selepas tu, selepas sehari ke
dua hari ke, baru keluar nifas, kena mandi wajib lepas habis nifas tu (tempoh
nifas maksimum 60 hari).
(2) Wanita yang melahirkan anak beserta darah nifas
hanya perlu mandi wajib sekali saja. TIADA istilah mandi dua kali seperti mandi
wiladah kemudian mandi nifas <-- Tiada qoul yang tepat mengatakan
sedemikian.
Contoh
diberi berdasarkan situasi begini seperti yang dijelaskan ulama:
##
Sifulan buang air kecil (hadas), kemudian terkentut (hadas), kemudian
bersentuhan dengan bukan muhrim (hadas) kemudian pengsan (hadas). Berlaku 4
kali hadas dalam satu masa, cukup sekali wuduk untuk mennunaikan solat, bukan 4
kali wuduk.
(3) Jika wanita mengalami nifas melebihi 60 hari,
darah yang keluar selepas 60 hari adalah ISTIHADHAH dan wajib baginya mandi
wajib untuk membolehkan solat seperti wanita suci.
(4) Cara mengenal ISTIHADHAH:
a)
Untuk mengenal istihadah dalam nifas adalah Selepas 60 hari daripada tempoh nifas
b)
Keluar darah kurang daripada sehari semalam (tempoh minimum keluar darah dan
dikira haid adalah sehari semalam)
c)
Qoul pertama mengatakan 15 hari tempoh haid, selebihnya adalah Istihadhah.
d)
Qoul yang kedua mengatakan tempoh haid antara 6-7 hari, selebihnya adalah
Istihadhah.
e)
Qoul yang ketiga paling senang iaitu melalui kaedah Tamyiz (perbezaan) iaitu
RASA, BAU dan WARNA. Kita gunakan situasi wanita mengalami 20 hari keluar
darah:
## Contoh Rasa:-
7
hari rasa sakit (dikira haid) 13 hari tidak sakit (istihadhah)
## Contoh Bau:-
7
hari berbau busuk (dikira haid) 13 hari tidak berbau (istihadhah)
## Contoh Warna:-
Warna
yang keluar pada mula yang lebih gelap adalah HAID,
Warna yang keluar lebih cerah dari asal adalah ISTIHADHAH.
(Contoh: 7 hari darah hitam adalah HAID, 13 hari darah merah gelap adalah ISTIHADHAH. Contoh lain: 7 hari darah merah cerah adalah HAID, 13 hari darah coklat adalah ISTIHADHAH)
Warna yang keluar lebih cerah dari asal adalah ISTIHADHAH.
(Contoh: 7 hari darah hitam adalah HAID, 13 hari darah merah gelap adalah ISTIHADHAH. Contoh lain: 7 hari darah merah cerah adalah HAID, 13 hari darah coklat adalah ISTIHADHAH)
@@ Warna ada 5 jenis iaitu HITAM, MERAH PEKAT, MERAH
CERAH, COKLAT & KUNING. Mazhab Hanafi lebih satu iaitu HIJAU.
(5) Bagi yang KALI PERTAMA mengalami HAID seawal umur
9 tahun.
(Guna contoh situasi 20 hari juga)
(Guna contoh situasi 20 hari juga)
a)
1 Qoul mengatakan 15 hari adalah haid, 5 hari selebihnya adalah Istihadhah.
b)
1 hari adalah HAID, 19 hari adalah ISTIHADHAH.
(6) Jika mengalami ISTIHADHAH, ada kaedah KHAS untuk
BERWUDUK kerana ia tidak sama seperti wuduk wanita yang bebas dari Istihadhah.
1
qoul mengatakan wanita yang mengalami Istihadhah hanya boleh berwuduk selepas
masuk waktu apabila azan dikumandangkan. 1 wuduk untuk 1 solat.
a)
Adapun jika darahnya keluar terus menerus, apabila masuk waktu solat
(kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada farajnya kemudian tampal dan
terus berwuduk walaupun darahnya tetap masih mengalir (dimaafkan syarak kerana
diluar keupayaan). Kemudian disegerakan solat. Sah 1 solat dengan 1 wuduk.
b)
Adapun jika darahnya keluar secara sekejap sekejap dan dia mengetahui bila
tempoh darah istihadhah seterusnya akan keluar (contoh berhenti sejam keluar
sejam), apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci
pada farajnya dan tidak perlu menampal pad jika tiada darah keluar pada waktu
itu, terus berwuduk kemudian disegerakan solat. Dalam tempoh istihadhah tidak
keluar, 1 qoul mengatakan boleh solat melebihi sekali (solat fardhu &
solat2 sunat yang lain) dalam 1 wuduk selagi tempoh tidak keluar istihadhah
seterusnya. Jika keluar, hukumnya menjadi semula seperti contoh diatas.
(7) BAB MANDI
WAJIB DARIPADA HAID YANG BIASA.
Cara
nak tahu haid itu sudah kering atau habis bukan sekadar tengok pada pad tetapi
kena memasukkan secebis kain @ cotton bud ke dalam faraj sedalam/seluas jari
(pandangan ulama sepanjang 2 bahagian tulang pada 1 jari). Sebelum memasukkan
perca kain atau cotton bud, perlu dibasuh faraj terlebih dahulu kerana khuatir
darah2 kering yg melekat di tepian faraj mengelirukan anda ketika memeriksa
haid. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh,
tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis walaupun pada pad sudah tidak
keluar, ia masih dalam haid. Jika tiada warna maka segeralah mandi junub/wajib.
Wanita
perlu tahu, jika tidak melakukan perkara sebegini, PAD tidak memenuhi kaedah
dalam syariat Islamiah untuk mengesan haid yang sudah habis tempoh. Jika hanya
percaya pada pad semata-mata, anda BERDEPAN dengan DOSA BESAR yakni
meninggalkan solat dengan sengaja.
P/S: Untuk nombor (4), "c, d dan e" kesemua Qoul boleh digunakan.
P/S: Untuk nombor (4), "c, d dan e" kesemua Qoul boleh digunakan.
Semoga
pencerahan ini jelas untuk difahami semua. Sekian dari saya, Listen Listen Original. Ada salah silap
tolong tegur.
Rujukan sumber:
Rujukan HR Imam
al-Bukhari dan Imam Malik Bab Haid, Hadis Saidatina Aisyah, Kuliah UAI dan
rujukan dari Ustaz2 lain.
Saturday, March 8, 2014
Bersuci Dari Hadas Besar
Assalamualaikum... Sedikit panduan dan info yang berguna untuk wanita terutama bagi anak gadis yang baru menjengah ke alam baru... Doa semasa haid atau nifas, cara mengetahui diri telah suci dari darah kotor dan cara mandi hadas/wajib. Moga ilmu ini berguna untuk kita semua. Anda buat, anda dapat. Selamat beramal...:)
Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Senggugut
Assalamualaikum... Ini ada sedikit info untuk dikongsi. Doa dan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang mengalami haid yang tidak teratur dan senggugut. Anda buat anda dapat. Saya hanya mampu membantu setakat yang termampu...
Sumber:- https://www.facebook.com/JimatMurahLadiesShoppe
Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Senggugut
Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami senggugut yang teruk. Msalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami senggugut yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin.
Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikatkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.
Cara-Caranya:-
1 - Baca selalu doa-doa ini selepas solat
2 - Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
3 - Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.
DOA 1 :
Maksudnya :-
"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)." (Surah Al Nahl : Ayat 65)
DOA 2 :
Maksudnya :-
(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha bijaksana. (Surah Ali Imran : Ayat 5,6)
## Cuba amalkal... Kita hanya mampu berusaha dan berdoa semoga Allah SWT memperkenankan... Aminnn...
Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Senggugut
Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami senggugut yang teruk. Msalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami senggugut yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin.
Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikatkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.
Cara-Caranya:-
1 - Baca selalu doa-doa ini selepas solat
2 - Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
3 - Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.
DOA 1 :
(Surah Al Nahl : Ayat 65)
Maksudnya :-
"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)." (Surah Al Nahl : Ayat 65)
DOA 2 :
(Surah Ali Imran : Ayat 5,6)
Maksudnya :-
(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha bijaksana. (Surah Ali Imran : Ayat 5,6)
## Cuba amalkal... Kita hanya mampu berusaha dan berdoa semoga Allah SWT memperkenankan... Aminnn...
Rujukan Lain:-
Hukum Potong Kuku Semasa Hadas Besar
Assalamualaikum...
Sebagai wanita muslim, kita sering dilanda persoalan tentang ini terutama ketika sedang berhadas. Rasanya info ini amat berguna untuk di kongsi dan menjawab segala persoalan yang bermain di minda wanita-wanita di luar sana tentang memotong kuku semasa sedang haid atau nifas.
Ini sebagai mana yang disebut dalam surah al-Waqiah
ayat 35 dan 36 iaitu: “Sesungguhnya Kami sudah ciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan yang istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang
tidak pernah disentuh)".
Sebagai wanita muslim, kita sering dilanda persoalan tentang ini terutama ketika sedang berhadas. Rasanya info ini amat berguna untuk di kongsi dan menjawab segala persoalan yang bermain di minda wanita-wanita di luar sana tentang memotong kuku semasa sedang haid atau nifas.
HUKUM POTONG KUKU SEMASA HADAS BESAR
Soalan:
Ustazah, apakah benar
seseorang yang datang haid atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong
kuku atau gunting rambut?
Saya mendengar seorang ahli
agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm
keadaan kotor jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil
yang demikian itu?
Jawapan:
Soalan ini selalu ditanya
pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba
menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman
kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum
ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.
Dalam surah al-Baqarah ayat
222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu
(Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu
jauhilah (jangan menggauli) isteri pada waktu haid...”
Dalam buku ‘al-Fiqh 'Ala
al-Mazahib al-Arba'ah (Fekah menurut Keempat Mazhab) mengemukakan: “Yang haram
bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk datang bulan) untuk dia
kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wuduk
seperti solat sunat dan wajib.”
Justeru, kita mengetahui
tidak disyaratkan adanya wuduk untuk memotong rambut atau kuku. Dengan
penjelasan di atas, dapat difahami bahawa tidak ada larangan (dalam erti kata
haram) untuk membuang rambut yang gugur dan memotong kuku seperti mana yang
saudari tanyakan.
Mungkin orang yang melarang
itu menduga bahawa badan manusia menjadi najis ketika ia dalam keadaan junub.
Dugaan ini agak mengelirukan. Nabi SAW tidak mewajibkan orang yang berjunub,
termasuk yang datang bulan untuk segera mandi. Ia diwajibkan mandi, ketika
hendak solat atau membaca al-Quran. Bahkan ada sebuah riwayat yang menyatakan
bahawa Nabi SAW pernah berdiri untuk solat berjemaah, tiba-tiba Baginda
teringat bahawa Baginda belum mandi dan segera pergi mandi kemudian
melaksanakan solat. Demikianlah yang diriwayatkan oleh keenam perawi hadis yang
utama (kecuali Imam al-Tirmizi) melalui sahabat Nabi, Abu Hurairah.
Boleh jadi juga, pandangan
itu diambil daripada kefahaman hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu
Daud melalui Ali bin Abi Talib yang menyatakan, “Sesiapa yang mengabaikan satu
bahagian dari tempat tumbuhnya rambut ketika mandi junub sehingga tidak terkena
air, maka Allah akan memperlakukan begini dan begini di neraka.”
Riwayat ini di samping
memiliki kelemahan dalam sanadnya, juga tidak menyebut mengenai rambut yang
dipotong. Pada hemat saya, pandangan yang seperti saudari tanyakan itu sangat
menyulitkan, sedangkan agama memberikan kemudahan-kemudahan termasuk dalam
persoalan mandi wajib.
Sekiranya hukum memotong
kuku atau menggunting rambut tidak haram, adakah larangan tersebut bermaksud
makruh?
Terdapat ulamak memakruhkan
kita memotong kuku, mencukur/menggunting bulu dan rambut, membuang darah
(berbekam) dan seumpamanya semasa sedang berjunub dan semasa haid dan nifas.
Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari
mazhab Hanbali). Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin; “Tidak
sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya
serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana
seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu
ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya
ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada
padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)” (Dinaqalkan dari kitab
al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91).
Mereka berdalilkan hadis
yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi;
لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر
لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر
“Janganlah sesiapa memotong
kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari
Saidina ‘Ali r.a.)
Namun jumhur ulamak tidak
bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi
s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari
melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah
munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah
(lihat; Syarah Sohih al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).
Berkata Imam ‘Atha’
(seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong
kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih
dahulu”(Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum
orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur
rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab; “Tidak
mengapa (yakni harus)”.
Syeikh Atiyah Saqar dalam
fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil
untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu
Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang
memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada
bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam;
ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن
ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن
“Buangkanlah darimu
rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir),
kemudian berkhatanlah” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a.
Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580).
Di dalam hadis di atas Nabi
s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan
membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia
melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan
berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi.
Dalam buku al-Fiqh
al-Islami wa Adillatuh, az-Zuhaili menulis, “Tidak makruh dalam pandangan mazhab
Hambali bagi seseorang yang junub, atau dalam keadaan haid, atau nifas
menggunting rambutnya, kukunya sebelum mandi.”
Pada hemat saya, pada hari
kemudian, walaupun manusia dibangkitkan secara jasmani, tetapi tubuh kita bukan
lagi sebagaimana keadaannya dalam kehidupan dunia.
Al-Quran menyatakan bahawa
wanita-wanita penghuni syurga (yang tua sekalipun) akan dijadikan Allah SWT
sebagai gadis-gadis remaja, penuh cinta dan sebaya dengan suami-suami mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)











































