Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Perubatan Al-Quran Untuk Menyembuhkan Masalah Kesuburan

Assalamualaikum dan Salam jumaat untuk semua...




Perubatan Al-Quran Untuk Menyembuhkan Masalah Kesuburan

Ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan jin-jin dan sihir adalah seperti berikut:

# Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118
# Surah Fussilat, ayat 25 hingga 44
# Surah Al-Baqarah, ayat 165 hingga 186
# Surah Al-A’raf, ayat 40 hingga 62

Manakala, untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan yang bersifat Medical iaitu yang tidak ada kena mengena dengan masalah gangguan seperti penyakit endometriosis, PCOS, dan lain-lain, ayat-ayat Al-Quran yang selalu diamalkan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah adalah seperti berikut:

# Surah Maryam , ayat 31 hingga48
# Surah Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89
# Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43
# Surah Maryam, ayat 75 hingga 98
# Surah An Nahli, ayat 66 hingga 74
# Surah An Nisaa', ayat 127 hingga 140

Thursday, June 6, 2013

Doa Untuk Wanita Agar Senang Hamil

Assalamualaikum... Lama tak update blog... Salam Jumaat untuk semua... hari ni nak kongsi sikit info dan ilmu tentang kesuburan wanita... Terutama bagi mereka yang berusaha memperolehi cahaya mata...




Home » DOA MUSTAJAB » DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL.

DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL

Salam kepada para pembaca terutama kaum wanita yang sudah berkahwin,

Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.

Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus "hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja ataupun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.

Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 
1 - Istighfar 10x.
2 - Shalawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.
4 - Ayatul Kursi 1x.
5 - Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)
6 - Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.



Saturday, April 20, 2013

Apa Itu GDM?.

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... Happy-happy kan hidup anda walau sebanyak manapun masalah melanda anda... In Sya Allah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar...




Apa itu GDM?

Gestational Diabetes Mellitus (Diabetis Semasa Hamil)

Apa itu Diabetis Semasa Hamil?

Berlaku hanya semasa hamil sahaja disebabkan hormon yang dikeluarkan oleh uri menganggu keberkesanan insulin. (InsyaAllah pas bersalin kencing manis ni akan hilang)

Faktor-faktor Risiko
1 - Berat badan lebih 80kg/ BMI >30
2 - Sejarah keluarga mempunyai kencing manis 
3 - Sejarah kandungan lalu mengalami GDM
4 - Umur >25 tahun 
5 - Mempunyai sejarah anak mati dalam kandungan, lahir mati dan keguguran berturutan (lebih 3 kali)
6 - Sejarah berat lahir bayi > 4kg
7 - Air mentuban banyak
8 - Jangkitan disaluran kencing yang berulang
9 - Kehadiran glukos dalam air kencing sebanyak 2 kali

Kesan Pada Bayi
1 - Meninggal dalam perut
2 - Macrosomia (berat > 4kg)
3 - Bahu tersangkut
4 - Respiratory Distress Syndrome
5 - Jaundis (kuning)
6 - Mengalami kencing manis II di kemudian hari
7 - Lewat perkembangan dan pembesaran

Kesan Pada Ibu

1 - Peningkatan insiden preklampsia (sawan)
2 - Peningkatan kelahiran dengan kaedah pembedahan
3 - Kecederaan di bahagian salur peranakan
4 - Peningkatan insiden jangkitan saluran kencing (UTI)
5 - Mengalami kencing manis di kemudian hari

Pemeriksaan MGTT
~ Ibu hamil tanpa faktor risiko disaring pada 24 minggu kehamilan
~ Ibu hamil dengan faktor risiko dilakukan secepat mungkin

# Sekiranya keputusan MGTT yang 1st normal, ujian MGTT akan diulang pada 20-24 minggu kehamilan, kalau normal, ulang sekali lagi pada 28-32 minggu kehamilan.

Keputusan MGTT

NORMAL
FBS : < 6 mmol/L
2HPP : < 7.8 mmol/L 

GDM
FBS : lebilh 6 mmol/L
2HPP : lebih 7.8 mmol/L

MGTT tak normal perlu lakukan BSP

Tanda-tanda HYPERGLYCEMIA (gula lebih dari 8.0mmol/L)

1 – Dahaga
2 - Kerap kencing (ini biasa kot untuk orang mengandung)
3 - Letih lesu
4 - Loya dan muntah
5 - Mata kabur
6 - Resah gelisah

Diabetes Semasa Mengandung (GDM On Diet Control)

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian untuk ibu-ibu hamil yang menghadapi cabaran dan ujian dengan kencing manis semasa mengandung...


Sumber:- http://sumijelly.com/2011/03/04/memahami-apa-itu-ujian-cabaran-glukos-gct-mgtt/


Senario :

Kandungan Linda masuk minggu ke-25. Semasa pemeriksaan kesihatan rutin, dia diminta mengambil Ujian Cabaran Glukos (GCT). Dia mengambil minuman yang mengandungi 50g glukosa dan sampel darah diperoleh daripada lengannya sejam kemudian.

Beberapa hari kemudian doktor memaklumkan bahawa paras glukosa dalam darahnya lebih tinggi dari paras normal. Linda mungkin mengalami diabetes kehamilan (Gestational Diabetes Mellitus, GDM).

Linda perlu kembali ke klinik untuk mengesahkannya dengan Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT). Tiga hari kemudian, selepas berpuasa selama 8 jam, Linda datang semula ke klinik pada awal pagi.

Dia diberi minuman glukosa yang lebih tinggi kepekatannya dan sampel darahnya diambil sebelum dan pada setiap jam untuk tempoh dua jam. Keputusan ujian itu mengesahkan bahawa Linda menghidap GDM.

Linda bingung. Dia sangat prihatin tentang pemakanannya. “Apakah GDM dan bagaimana ia dapat menjejaskan keadaan saya dan bayi saya?” Linda berfikir.

GDM

Diabetes Kehamilan atau biasanya dipanggil sebagai GDM merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah.
Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu.

GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.

GDM mungkin berlaku kerana anda sudah menghidap diabetes (paras glukosa darah yang tinggi) sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stres daripada kehamilan.

Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan.

Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan.

Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.

Lazimnya, pankreas anda akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa.

Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi.

GDM adalah berbahaya

GDM, jika tidak diurus dengan baik boleh membahayakan bayi anda.

Paras glukosa darah yang tinggi dalam aliran darah anda boleh memasuki plasenta, dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi.

Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.

Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).

Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran.

Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan, masalah pernafasan dan penyakit kuning (jaundis) yang berlarutan.

Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.

GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi anda besar, anda akan mengalami kerumitan ketika melahirkan bayi dan anda mungkin perlu menjalani pembedahan caesarean.

Anda juga berisiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan diri anda) semasa kehamilan.

Anda juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, wanita yang pernah mengalami GDM mempunyai 20 hingga 50 peratus kemungkinan untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas kehamilan.

Walau bagaimanapun, ini boleh dicegah – seperti yang telah dibuktikan dalam beberapa kajian ternama yang menunjukkan bahawa pengubahsuaian gaya hidup sahaja atau dengan penambahan ubat-ubatan oleh individu yang berisiko tinggi (termasuk wanita yang menghidap GDM) dapat mengurangkan sehingga 58 peratus risiko menghidap diabetes jenis 2.

Merawat GDM

Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana GDM boleh diurus dan dirawat.

Rawatan untuk GDM termasuklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa darah anda sentiasa berada di paras normal ketika mengandung.

Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan.

Anda juga perlu memantau paras glukosa darah anda dengan kerap (secara ideal, 4 hingga 6 kali sehari) bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di tahap yang normal.

Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.

Ubat antidiabetik secara amnya tidak disarankan ketika mengandung. Tetapi, terdapat kajian-kajian terkini yang menunjukkan bahawa sesetengah agen hipoglisemik oral (OHA) adalah selamat untuk digunakan ketika hamil.

Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan ini jika peningkatan paras glukosa darah anda tidak terlalu tinggi.

Berita baiknya, pemantauan paras glukosa darah yang kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi.

Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa anda sememangnya sudah tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil).

Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah kehamilan.

Adakah anda berisiko?

Anda berisiko tinggi menghidap GDM jika:
# Berumur 25 tahun atau lebih
# Ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik, menghidap diabetes jenis 2
# Anda menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
# Anda mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum anda hamil
# Anda pernah melahirkan bayi yang mati dalam kandungan atau melahirkan bayi yang mempunyai berat lebih 4kg ketika kehamilan terdahulu.

Doktor akan menjalankan ujian cabaran glukosa ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi.

Anda akan diberikan minuman berglukosa dan selepas itu (biasanya sejam kemudian), sampel darah akan diambil untuk menentukan paras glukosa darah.

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian cabaran glukosa ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.

Jika paras glukosa darah anda tidak dalam lingkungan normal, anda akan dikehendaki mengambil OGTT untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi GDM.

Prof. Mustaffa Embong ialah Pakar Perunding Diabetes, Institut Diabetes Negara (NADI).

Rujukan Lain :
http://leenirdina.blogspot.com/2012/02/diabetes-semasa-mengandung-gdm-on-diet.html
http://fiezaliesa.blogspot.com/2011/11/apa-itu-gdm.html
http://www.slideworld.org/slideshow.aspx/Kencing-Manis-Semasa-Mengandung-ppt-2846588

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum dan selamat pagi... Ini doa yang saya amalkan semasa mengandung ini... Sebagai langkah berjaga-jaga... Moga semuanya selamat hingga akhirnya... Aminnn...




Doa ini lebih kurang dengan doa dalam Buku Amalan Ibu Mengandung
– Tulisan Ustazah Siti Norbahyah...

Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

## Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Mendapat Zuriat..

Friday, April 19, 2013

Epal Hijau Sesuai Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum... Hari ini nak kongsi sikit info tentang epal hijau... Kebetulan kakak-kakak nurse cadangkan hamba banyakkan makan epal hijau ni lebih sikit banding buah-buah lain yang tinggi sikit gulanya... Banyak pantang larang untuk orang mengandung ni huhuhu...



Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1 - Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2 - Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3 - Membantu kesihatan membran paru-paru.
4 - Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5 - Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6 - Membantu mengekalkan berat badan.
7 - Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8 - Mengurangkan risiko barah.
9 - Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10 - Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman.
~ kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11 - Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

## EPAL HIJAU.. mengandungi banyak khasiat
## Jus epal hijau bagus untuk membersihkan saluran usus

Rujukan Lain :
http://drrozmey.wordpress.com/2010/03/17/epal-sebagai-sajian-diet/

Wednesday, April 10, 2013

Air Selusuh?

Assalamualaikum untuk ibu-ibu dan bakal ibu semua... Sedikit tips untuk perkongsian... Semoga segala urusan dipermudahkan... Amin...



Besarnya khasiat Surah Al-Fatihah... Boleh dijadikan sebagai cara / kaedah paling mujarab dalam perubatan dan segala penyakit... Yang penting... YAKIN padaNya...



JANGAN TAK KLIK