DOA
KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL
Salam kepada para pembaca terutama kaum wanita yang
sudah berkahwin,
Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya
mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata.
Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu
penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum
sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT
supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana
masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah
lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.
Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain
bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa
sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau
sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus
"hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja
ataupun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.
Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang
kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah
dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari
yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang
penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1 - Istighfar 10x.
2 - Shalawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.
4 - Ayatul Kursi 1x.
5 - Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas
solat)
6 - Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x
Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali
habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air
tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke
turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa
Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan
izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.
terima kasih. sharing is caring (:
ReplyDelete