Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more
Showing posts with label Ibadah Puasa. Show all posts
Showing posts with label Ibadah Puasa. Show all posts

Sunday, November 2, 2014

Puasa Hari Asyura

Assalamualaikum... Selamat berpuasa bagi yang berpuasa... Anda buat anda dapat... Teringat kata-kata ustaz dalam "Tanyalah Ustaz" kelmarin (Lupa nama ustaz itu). Katanya rugi kalau tak puasa... Bulan asyura ni bukan kacau bubur asyura sahaja... Nak buat boleh, kacau pagi, nanti boleh buat bukak puasa... Apa pun terpulang pada kita... Dalam ibadah ni tiada paksaan...

Tapi tak rugi pun jika kita paksa diri... Nak ke syurga tiada yang senang... Yang beramal ibadah ni pun belum tau dapat masuk syurga atau tidak... Apatah lagi Kita yang kurang beribadah... Fikir2 kan sendiri...

Dalam beribadah ni (bagi saya sendiri)... Dari memaksa diri inilah kita secara sendirinya akan berjaya jadikan ia kebiasaan... Benda yang kita tak biasa buat, tapi kita paksa buat (ibadah terutamanya), kalau kita tak buat kta akan terasa sesuatu pengisian yang kosong...

Sebab itu saya selalu ingatkan diri sendiri, buat lah amal walau sedikit... yang penting Istiqomah melakukannya kerana Allah...














Friday, October 3, 2014

Doa Sewaktu Wukuf Di Padang Arafah

Assalamualaikum... Jom doa semasa wukuf di padang Arafah esok... Moga kita semua mendapat keberkatan darinya...


Sumber ;- http://shafiqolbu.wordpress.com/2014/10/02/doa-sewaktu-wukuf-di-padang-arafah/

Doa Arafah ini elok dibaca oleh para Jemaah Haji sewaktu berwukuf di Padang Arafah atau boleh diberikan kepada ahli keluarga, saudara mara dan para sahabat yang akan pergi menunaikan haji.

A’UUDZU BILLAAHI MINASY-SYAITHOONIR-ROJIIM.

BISMILLAAHIR-ROHMAANIR-ROHIIM.

Daku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

ALHAMDU LILLAAHI ROBBIL-‘AALAMIIN. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LAILAHA ILALLAHU WALLAHUAKBAR.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah, Allah Maha Besar.

LAA ILAAHA ILLALLAHU WALLAAHU AKBARU, LAA ILLAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKA LAHU, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALAA KULLI SYAI-IN QODIIR. LAA ILAAHA ILLALLAAHU WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH.

Tiada yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, untuk-Nyalah segala kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas segala sesuatu. Tiada Tuhan selain Allah dan tiada daya dan upaya serta aka da kekuatan selain dengan Allah jua.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah ﷺ, dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah dimita perlindungan oleh Rasulullah ﷺ.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Kami pohonkan syurga tanpa hisab, dan berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami ke arahnya, selamatkan kami ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYUL’AZIM.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Dikau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki kelemahan diri kami ya Allah.

Tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Kami pohonkan kepadaMu iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Dikau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Dikau, sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYUL AZIM.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Jadikanlah hati kami yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaanMu dan masa depan kami di akhirat nanti.

Ya Allah! Jadikanlah kami ini hambaMu yang hanya mengabdikan diri kepadaMu dengan sebaik-sebaiknya, berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami lakukan apa-apa yang diperintahkan olehMu dan meninggalkan segala apa yang dilarang olehMu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas kematian kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang akhir nanti.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Selamatkanlah kami semasa berada dalam kubur, jadikanlah kubur kami satu taman dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan Dikau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkanlah kami ya Allah, semasa berada di padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan arasyMu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Selamatkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami Muhammad ﷺ.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Jadikanlah kami orang yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.

Ya Allah! Berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami ‘al-Kauthar’. Selamatkan kami semasa menyeberangi titian sirital mustaqim dan masukkanlah kami ke syurgaMu bersama-sama orang-orang yang mulia di sisiMu ya Allah.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILAHIL ALIYYUL AZIM

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Apakah agaknya yang Dikau akan lakukan pada petang, saat dan ketika ini kepada seorang hambaMu yang hina yang mengaku berdosa dan bersalah, yang merayu kepadaMu di atas kejahatan, yang bertaubat kepadaMu kerana dosanya, yang memohon keampunan kepadaMu kerana kezalimannya, yang mengharap kemaafanMu kerana kesilapannya, yang merayu kepadamu supaya tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan limpahan rahmatMu pada tempat wuquf ini, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih di lautan.

Ya Allah! Kami sekelian keluar menuju kepadaMu dan berhenti di perkarangan rumahMu, kepadaMulah kami meletakkan segala harapan kami, kepadaMulah kami memohon kemurahan rahmat, kami takut kepada dosa kami, oleh itu kepadaMulah kami berlindung dari bencana dosa kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Dikaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon, yang mengetahui seluruh kandungan hati orang-orang yang tidak merayu.

Ya Allah! Dikau telah sediakan sajian kepada setiap tetamu dan kami sekelian adalah tetamu kepadaMu, oleh itu kurniakanlah syurga sebagai sajianMu kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Setiap rombongan dikurniakan hadiah, setiap pelawat dikurniakan cenderahati, setiap pemohon dikurniakan pemberian, setiap yang berharap dikurniakan habuan, setiap yang memohon rahmat mendapat rahmatMu, maka kami sekelian datang berkunjung ke rumahMu yang mulia ini dan berada di tempat ibadah yang agong ini dengan harapan mendapat rahmat dan keampunanMu, oleh itu janganlah hampakan harapan kami semua ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami! Perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlahdoa kami ini ya Allah, dengan berkat nabi kami Muhammad ﷺ. Dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas kepadaMu ya Allah.

Allahhumma Ya Allah! Wahai yang maha mendengar
Tidak mungkin kaki kami mampu melangkah ke tempat ini kecuali Dikau yang menguatkan
Tidak mungkin tergerak di hati kami ingin menunaikan haji kecuali Dikau yang menggerakkan
Tidak mungkin seringgit pun kami miliki kecuali Dikau yang memberikan
Tidak mungkin kami sihat kecuali Dikau yang menyihatkan
Tidak mungkin kami dapat membantu tubuh ini berwuduk kecuali Dikau yang mengajarkan
Tidak mungkin lidah ini dapat menyebut namamu kecuali Dikau yang membimbing ya Allah

Betapa ramai makhluk yang Dikau ciptakan
Betapa sedikit yang berada di Arafah ini ya Allah

Ya Rabbi!
Dengan apa kami mensyukuri nikmat haji ini ya Allah kecuali berharap kepadaMu
Terimalah haji kami ini ya Allah
Terimalah haji kami ini ya Allah
Terimalah haji kami ini ya Allah

ALLAHUMMAJ’ALHAJJAN MABRURAA, WA SA’YAN MASYKUURA WA DZANBAN MAGHFUURA.

RABBANA ZOLAMNA ANFUSANAA WA ILLAM TAGHFIRLANAA WA TARHAMNA LANA KUUNANNA MINAL KHOSIRIN.

Ya Allah! Ampuni seluruh dosa-dosa kami
Dikau menjanjikan haji yang mabrur
Bersih dari dosa seperti bayi yang baru dilahirkan
Alangkah indahnya jika kami Dikau pilih demikian ya Allah

Ya Allah! Dikau Maha Mengetahui betapa menderitanya diri kami dengan lumuran dosa
Betapa sengsaranya hidup kami dengan menutupi aib
Betapa hinanya diri kami dengan maksiat.
Bersihkan kami ya Allah
Bersihkan dosa kami ya Allah.

Ampuni dosa kami kepada orang tua kami
Ampuni jikalau mereka menyesal melahirkan kami
Ampuni dosa kami kepada keluarga kami ya Allah,
Kepada anak-anak kami, jangan biarkan mereka menuntut kami di akhirat
Berikan  kesempatan bagi kami memperbaiki segalanya.

RABBANA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYATINA QURROTA A’YUN, WAJ’ALNAA LILMUTTAQIINA IMAMA.

Ampuni Ya Allah! Jika di sekujur tubuh kami ada harta haram, di rumah kami banyak barang haram
Padahal Dikau mengharamkan ke syurga bagi yang ditubuhnya ada daging haram
Berikan kesempatan kami untuk menyucikan diri dari harta haram ya Allah
Jauhkan sejauh-jauhnya ya Allah
Cukupi diri kami dengan rezekiMu yang halal

Ya Allah! Ampuni jikalau kami sering menzalimi hamba-hambaMu yang lemah
Berikan kesanggupan bagi kami untuk terpelihara dari kezaliman.

YA SAMIUL ALIM!

Wahai Yang Maha Mendengar!
Hanya Dikaulah tumpuan harapan kami
Jadikan kaum muslimin ini menjadi suami yang benar
Menjadi ayah yang jujur
Menjadi lelaki yang soleh
Jadikan kaum muslimah ini menjadi isteri yang solehah
Menjadi ibu yang solehah
Menjadi muslimah yang terpelihara

Kurniakan kepada kami ya Allah, keturunan yang lebih baik dari kami
Lindungi dari kederhakaan dan kehinaan dunia dan akhirat

Ya Allah! Berkatilah sisa umur kami
Berkatilah rezeki yang Dikau kurniakan kepada kami
Berkatilah ilmu yang Dikau kurniakan
Berkatilah sisa umur ini

ALLAHUMMAGHFIR LILMU’MININ WAL MU’MINAT MUSLIMIN WAL MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT..

Ya Allah! Selamatkan umat Islam ya Allah
Selamatkan umat Islam ya Allah
Jangan biarkan Dikau saksikan kami terhina seperti ini
Persatukan hati kami ya Allah

Bangkitkan para pemimpin yang mencintaiMu dan mencintai umatMu
Tolonglah saudara kami yang teraniaya di penjuru mana pun ya Allah
Jangan biarkan kaum zalimin erjaya atas kaum beriman ya Allah
Jangan biarkan kaum yang ingkar kepadaMu menzalimi kaum yang bersujud kepadaMu

Bantulah saudara kami pejuang-pejuang Islam dan umat Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh pejuang agamaMu.
Ya Allah! Mereka dalam genggamanMu ya Allah
Ya Allah! Cegahlah kezaliman ke atas umatMu ya Allah.

Ya Allah! Selamatkan negara kami ya Allah
Dikaulah Yang Maha Mengetahui keadaan negara kami
Jangan biarkan umatMu seramai ini ditindas dan dihina
Bangkitkan ya Allah
Jadikan negara kami negara yang memancarkan cahaya Islam
Menjadi negara yang rahmatan lil’alamin

Ya Allah! Kurniakan kepada kami pemimpin yang soleh
Para pemimpin yang mencintai umatMu
Para pemimpin yang teguh hidup di jalanMu
Para pemimpin yang benar-benar menjadi suri tauladan bagi kami.

Ya Allah Yang Maha Agung!
Undanglah kami, keluarga kami dan keturunan kami,
Dengan orang-orang yang berbuat baik kepada kami.

Ya Allah! Izinkan kelak kami bertemu denganMu Ya Allah
Bertemu dengan RasulMu
Bertemu dengan kekasih-kekasihMu.

RABBANA AATINA FIDDUNYA HASNAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINA A’ZABANNAR.

RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIUL’ALIM WATUB ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN WALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN.

Doa hari Arafah adalah lebih disyariatkan untuk orang yang mengerjakan haji sebab mereka sedang melaksanakan pelbagai manasik dan kerana mereka berada pada masa dan di tempat yang agung lagi mulia.
Keutamaan tempat (wuquf di Padang Arafah) dan batas waktu (Hari Arafah) lebih khusus untuk jemaah haji di Tanah Suci.

Semoga Doa pada hari Arafah ini dapat memberi sesuatu yang bermanfaat yang besar untuk diri antum dan orang lain.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Puasa Hari Arafah

Assalamualaikum... Esok adalah hari wukuf di Arafah. Alhamdulillah, untungnya bagi mereka yang diberi ruang dan izin oleh allah untuk mengerjakan ibadah haji... Insya Allah moga giliran kita pula menyusul nanti.

Esok kita di Malaysia akan berpuasa (bagi yang berkeinginan... tiada paksaan...). Untung bagi yang dapat membuat ibadah...

Bagi yang nak puasa esok, jangan lupa niat ya... Dan ambil lah peluang untuk perbanyakkan doa... Mohon moga Allah merahmati kita semua...









Jom ambil kesempatan di waktu jemaah haji melakukan ibadah wukuf ini dengan memperbanyakkan doa... Moga doa2 kita akan dimakbulkan Allah... Ameen...

Rujukan Lain :- http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/10/13/niat-puasa-hari-arafah/#more-7772

Thursday, August 7, 2014

Puasa Sunat Syawal

Assalamualaikum dan selamat Hari Raya...
Raya, raya jugak... Jangan lupa dapatkan kelebihan puasa sunat Syawal ya kawan2 yang kukasihi sakalian...





Wednesday, July 23, 2014

Salam Lebaran

Assalamualaikum... Dikesempatan ini, walau terlalu awal saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat, kenalan, pengunjung blog dan seluruh umat islam walau dimana jua anda berada.

Andai ada terlebih atau terkurang apa yang ada dalam blog ini mohon kemaafan dari semua...

# Jika ada kelapangan dan tak membebankan jom la joint follower sebagai tanda sokongan anda kepada blog yang tak seberapa ini... 


Ramadhan Bakal Berakhir

Assalamualaikum... Sayu hati bila mengenangkan bulan ramadhan bakal sampai ke penghujungnya... Allah, adakah masih ada peluang untuk ku Ramadhan seterusnya???

Banyak suka duka sepanjang Ramadhan ini... Datang dan pergi itu adalah kehendak Allah... Bergitu juga ajal maut, rezeki dll... Moga kita akan diberi kesempatan untuk berjumpa lagi Ramadhan tahun depan...Ameen...




Tuesday, July 1, 2014

Munajat Ramadhan

Assalamualaikum... Jom aminkan doa ini...


Sumber:- Whattsap : Md Fadli Ishak (1:15AM / 1 JULY 2014)

Doa dlm Program Bangi Perdana mlm tadi.

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa.

Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri.
Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN

Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah… Takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui... Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil…
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik… Supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah… Ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua... Justeru ya Allah... Ampunilah semua dosa kami… Berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami... Setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami... kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah... Ya Rahman... Pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami... Kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…

Ya Allah…
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh… Golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai… Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU… Maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2… Dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram… Hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid… Ya Rahman… Ya Rahim...
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah… Agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti… Sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak… Ya fattahu Ya Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. Dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu… Sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah…
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya... Jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang...

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah… Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg… Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah… Jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami… Ya Allah… Temukanlah kami dgn lailatul qadr… Pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr… Ya Allah… Terimalah amalan kami… Terimalah taubah kami… Ampunkanlah segala dosa kami... Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya…

JANGAN TAK KLIK