Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Dahsyatnya Surah Al-Kautsar.

Assalamualaikum... Harini nak kongsi sikit tentang kehebatan suran Al- Kautsar. Jom kita hayati dan amalkan apa yang terbaik. Moga kita dapat kebaikan dari perkongsian ini... Kita buat, kita dapat... :)



DAHSYATNYA AL-KAUTSAR

Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam Al Qur'an, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal dari sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari pada batu permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis dari pada madu, warnanya pula lebih putih dari pada susu dan lebih wangi dari pada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW, karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya, yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan, diantaranya ialah :

1) Ketika hujan, bacalah surah ini dan berdo'a. Insya Allah, do'a kita dikabulkan oleh Allah SWT.

2) Ketika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya Allah hilangkan rasa dahaga.

3) Ketika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak. Sapukan air tawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Ketika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10x. Insya Allah, Allah SWT memberi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika kita membaca surah ini 1000x. Insya Allah rezeki kita akan bertambah.

6) Jika kita rajin membaca surah ini. Insya Allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan shalat.

7) Jika ada orang teraniaya dan terpenjara, bacalah surah ini sebanyak 71x. Insya Allah, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizhalimi.

Rasulallah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari).

Subhanallah.


Sunday, October 19, 2014

Tuesday, July 1, 2014

Ayat Kursi Sebagai Pendinding

Assalamualaikum... Ayat Al-Quran adalah senjata dan ubat segala penyakit. Insya Allah sentiasa dekat denganNya... Moga hidup kita lebih tenang dan ceria dalam melalui hari-hari kehidupan seharian kita...



Sumber:- https://www.facebook.com/anugerahquran

Anda boleh mengamalkan ayat kursi sebagai pendinding untuk melindungi kediaman dan harta anda. Kaedah ini diambil dari salah seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayyub al-Ansari r.a.

Kaedahnya ialah :-

1) Mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah.

2) Hadapkan badan ke pintu utama rumah sambil membaca Ayat Kursi dengan 9 waqaf (tempat berhenti), selepas itu mula keliling dari sebelah kanan rumah.

3) Lakukan sebanyak mana yang mungkin dalam bilangan pusingan ganjil (1, 3, 5, atau 7). Bilangan maksimum adalah 7. Cukup sekali sekiranya kawasan rumah adalah sangat luas.

4) Perlu terus membaca Ayat Kursi semasa berjalan mengelilingi rumah sehingga habis pusingan dengan niat untuk melindungi kediaman.

5) Jika anda ingin meletakkan pendinding untuk kenderaan dengan Ayat Kursi, bacaAyat Kursi dengan bermula daripada sebelah kanan kenderaan.

6) Jika anda ingin memagari dusun atau kebun, baca Ayat Kursi dengan niat untuk memagari dengan hanya berdiri di tengah-tengah dusun itu.

# Perlu diingatkan, penggunaan tangkal, azimat, wafak dan seumpama dengannya untuk tujuan pendinding dan pertahanan diri adalah ditegah sama sekali. Kita memohon kepada Allah semata-mata

Amalan dengan menggunakan ayat-ayat Quran adalah wasilah untuk mencapai keinginan dan sudah semestinya kita dianjurkan berbuat demikian.

Mudah-mudahan Allah SWT  menjauhkan kita daripada perkara yang boleh membatalkan iman dan kekufuran. Yang terbaik hanya dari Allah. Selamat beramal...

## Jika rumah teres atau pangsa, anda boleh membacanya sekadar berdiri di depan rumah dengan berniat untuk memagar kawasan rumah...



Sunday, August 4, 2013

Ayat Kursi Dan Kebaikannya

Assalamualaikum... hari ini nak berkongsi tentang kelebihan ayatul kursi... Amalkan la bacanya dalam harian kita ya... Banyak kebaikannya..






Saturday, July 6, 2013

Surah Al-Mulk

Assalamualaikum....
Hidup adalah pinjaman... Jadi disamping kita mengejar kesempurnaan dunia, jangan sesekali dilupakan bekalan akhirat, dunia abadi kita... Jom baca surah Al-Mulk untuk keselamatan dan pertolongan kita di alam kubur nanti...


Wednesday, May 8, 2013

22 Adab Dan Petua Membaca Al-Quran

Assalamualaikum dan salam ceria... Jom baca Quran...





Sumber:- http://mirlme.com/22-adab-petua-membaca-al-quran/

22 Adab & Petua Membaca Al-Quran

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.

Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:

1 - Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
2 - Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
3 - Membaca dalam keadaan berwuduk.
4 - Mengadap ke arah kiblat.
5 - Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
6 - Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
7 - Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
8 - Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
9 - Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
10 - Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
11 - Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
12 - Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
13 - Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.”? (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
14 - Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
15 - Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
16 - Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
17 - Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
18 - Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
19 - Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
20 - Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
21 - Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
22 - Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Marilah sama2 kita amalkan

Tuesday, April 30, 2013

Misteri Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum... Perkongsian tentang Surah Al-Fatihah...



Sumber:- https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil

Misteri Surah Al-Fatihah

1 - Al-Fatihah Baca 14 kali sebelum tidur ~ Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2 - Al-Fatihah Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian ~ Melepaskan rasa sakit dalamam.

3 - Al-Fatihah Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur ~ Kepada orang berpenyakit mental.

4 - Al-Fatihah Baca 3 kali tiup dalam segelas air ~ Minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit . Sakit yang keterlaluan.

5 - Al-Fatihah Baca 7 kali ~ Baca dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.

6 - Al-Fatihah Baca 3 atau 7 kali ~ Gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit (Mulut). Kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
** Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu...

Suka Diingatkan :
~ Bacalah dalam keadaan Khusyuk, Tawakkal kepada Allah dan Niatkan dengan jujur. In Syaa Allah ianya merupakan penawar yang terbaik kepada semua...

Thursday, April 18, 2013

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58

Assalamualaikum semua.. Rahsia surah Yassin ayat 58..




Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar...

Misteri Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... Hari ini nak share kelebihan surah Al-Fatihah...



Sumber:- https://www.facebook.com/SoalJawabJomHamil

Misteri Surah Al-Fatihah

1- AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air - minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

SUKA DIINGATKAN : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKKAL KEPADA ALLAH DAN NIATKAN DENGAN JUJUR. IN SYA ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Rujukan lain :
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm
http://www.idhamlim.com/2009/07/fadhilat-surah-al-fatihah.html
http://kongsibersamanora.blogspot.com/2011/12/kelebihan-surah-al-fatihah.html

Monday, April 15, 2013

Kelebihan Ayat 1000 Dinar

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua...



Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1 - Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2 - Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3 - Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,
kezaliman dan bencana alam.
4 - Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5 - Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Tuesday, March 12, 2013

Tazkirah : Rahsia Surah Al-Kautsar

Assalamualaikum... Sedikit perkongsian ilmu untuk hari ini...



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Friday, March 1, 2013

Surah Al-Mulk bacaan Mishari Al Afasy - Dengan Tafsir B.Melayu dan Ejaan Rumi

Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua...
Perkongsian hari ini adalah Surah Al-Mulk dengan adanya ejaan rumi sebagai panduan bagi mereka yang masih dalam proses "pembelajaran". Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama beroleh kebaikan dan pahala...
Amalkan lah baca surah ini setiap hari seeloknya selepas solat maghrib atau bila-bila masa sahaja... Surah penyelamat kita... Jadikan membaca surah ini sebagai rutin dan istiqomah...



Thursday, February 21, 2013

Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat... Jom baca Al-Kahfi... banyak kebaikannya jika diamalkan... moga kita semua mendapat rahmatnya... Amin...


Surah Al-Kahf ayat 1-15.

Surah Al-Kahfi bacaan oleh Sheikh Abdur Rahman As Sudais.


Surah Al-Kahfi bacaan oleh Sheikh Saad Al-Ghamdi.

JANGAN TAK KLIK