Sumber:- http://mirlme.com/22-adab-petua-membaca-al-quran/
22 Adab & Petua Membaca Al-Quran
Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu
memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam
membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan
rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu
, berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
Kita usahakan program rutin membaca Alquran
menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar
Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan
saat membacanya.
Berikut adalah adab membaca al-Quran dari
kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat
senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:
1 - Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
2 - Menggosok gigi atau bersiwak sebelum
membaca al-Quran.
3 - Membaca dalam keadaan berwuduk.
4 - Mengadap ke arah kiblat.
5 - Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
6 - Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari
membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan
membaca dari hafazan tanpa melihat.
7 - Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar
dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada
menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,
maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga
daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara
yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
8 - Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat
yang dibacakan.
9 - Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara
adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang
menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh
orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah
dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa
Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang
difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
10 - Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca
al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang
amat penting.
11 - Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam
tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
12 - Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
13 - Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu
pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam
al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari
kalangan orang yang lalai.”? (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
14 - Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan
mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
15 - Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran
itu.
16 - Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran
kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
17 - Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak
sewajarnya seperti di dalam tandas.
18 - Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan
mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
19 - Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan
wangian pada Hajar al-Aswad.
20 - Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
21 - Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran
hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
22 - Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang
membaca al-Quran.
No comments:
Post a Comment