Jika isteri sikap-sikap seperti
di bawah, ia membuktikan bahawa cintanya terhadap suami sungguh mendalam :
1 - Isteri yang mencintai suami dengan sesungguh
hati &
sebaliknya, biasanya perasaannya tetap & stabil terhadap suami. Perasaan
isteri tidak berubah-ubah. Umpamanya minggu ini dia kelihatan sangat mencintai,
sedangkan pada masa yg lain, sikapnya berubah. Pasangan juga tidak menuntut
sesuatu daripada suami, sebaliknya menerima seadanya, sama seperti ketika baru
berkahwin.
2
- Pasangan yang bercinta iaitu suami & isteri saling memberi perhatian
khusus sesama mereka. Mereka selalu berbincang, berhumor serta selalu membuat
jenaka lucu yang dapat menggembirakan hati. Mereka juga saling mendorong untuk
menjaga badan & kesihatan.
3
- Suami & isteri yg saling mencintai akan menunjukkan cinta dengan tingkah
laku yg lemah lembut setiap hari. Ini termasuklah saling membantu menyiapkan
tugasan peribadi & rumah tangga secara bersama.
4
- Tidak selesa ketika berjauhan. Walaupun ketika berdua-duaan mungkin tidak ada
perkara yg ingin dibicarakan tetapi dengan adanya pasangan di sisi, sudah cukup
untuk membuatkan hati tenang.
5
- Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta & kasih sayang selalu
mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang @ I Love You ataupun
memanggil sesamanya nama panggilan yang manja lagi romantik.
6
- Jika seseorang isteri betul-betul mencintai suaminya, dia tidak akan melukai
atau menyakiti hati suaminya dan begitu juga sebaliknya. Dia juga tidak
mengungkapkan kata2 yg menyinggung perasaan pasangan sepert "Awak tidak
pandai jaga badan" @ "Awak terlalu gemuk @ kurus" serta
ungkapan2 lain yg boleh menyinggung perasaan pasangan.
7
- Pasangan yang saling mencintai akan selalu memberikan pujian yang sesuai,
sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.
8
- Suami isteri akan berhubungan & berbicara dengan baik, dan juga wajah
berseri2 serta sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk pinggang isteri
& pelukan itu disambut baik oleh isteri.
9
- Setiap kejayaan yg dikecap pasangan, selalunya akan mereka rasakan &
nikmati bersama. Hal itu misalnya diungkapkan dgn menepuk bahu isteri sambil
memeluk & menciumnya sebagai hadiah kejayaan.
10
- Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan
berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong
kata-kata pasangan. Dia hanya akan berbicara hanya apabila diminta untuk
memberi pendapat.
11
- Suami isteri sanggup menerima kekurangan antara mereka. Isteri yg sangat
mencintai suami sanggup menerima hakikat keperibadian si suami serta cara
percakapan suami. Dia bukan sekadar mencintai suami lantaran suami pandai
mencari harta & wang.
12
- Orang yang saling mencintai tidak akan berahsia sesama mereka. Sebaliknya,
mereka selalu berkongsi suka dan duka untuk diselesaikan bersama.
13
- Pasangan yg bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merosakkan perasaan
pasangan. Mereka mengerti perasaan masing2. Misalnya, isteri sedar jika dia
bercerita masalah rumah tangga ketika suami sedang letih, akan menimbulkan
kemarahan suami.
No comments:
Post a Comment