Assalamualaikum... Tips untuk banguan awal sebelum solat subuh...
Sumber:- http://www.facebook.com/senanghamil
Tips Bangun Awal Sebelum Subuh
Tips ini
bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi
untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita
semua.
1 - Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana
ALLAH SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih
baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita
bangun. Contoh : “ esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.
2 - Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan
inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib,
tenang dan sesempurna mungkin.
3 - Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya,
solat sunat taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta
membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada ALLAH
SWT.
4 - Gunakan bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon
bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu,
setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
5 - Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang
secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
6 - Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan surah Al-Ikhlas,
Al-Falaq Dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke
seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada ALLAH SWT.
7 - Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan
zikir memuji dan memuja ALLAH SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
8 - Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat
awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa
dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
9 - Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun.
10 - Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada
ALLAH SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal
ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar ALLAH SWT sayang dan redha kepada
kita.
Sumber :- http://langitilahi.com/8933
No comments:
Post a Comment