Assalamualaikum warahmatullah ..
Hello! Ape khabar semua :) Mak selalu pesan.. kalau ada
waktu terluang siang hari.. sebelum pukul tengahari tu buat lah solat dhuha... thanks
mak sebab selalu pesan kat anak dia ni :) sayang nye pada anak anak dia kan...
Kata mak lagi, solat dhuha ni solat yang berat. Maksudnya tak ramai orang yang
nak buat solat ni sebab malas...
Marilah kita ringan ringankan diri buat solat dhuha ni
okay :) Benda lain kita boleh menghadap lama berjam jam... spend waktu dengan
Allah sekejap dua rakaat pun tak mau ke :( sekejap e tak lama pun kan... insyAllah...
sama-sama meperingati ok :)
Printscreen dari mesej my mom.. kalau pegi mana-mana
waktu siang tu memang akan dapat mesej dari mak.. love
you mak.. :)
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. Boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8, sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara Melakukan Solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha. Ertinya :
"Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
(surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;

Surah Ad-Dhuha :)
Surah As-syams :)
“Ya Allah, sesungguhnya
waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu
keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan
perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit,
turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha,
kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang
Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan
Solat Dhuha :
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah
Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan
Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR.
Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan
solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun
dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing
persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap
tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan
menyeru dalam kebaikan sedekah,
dan melarang dari perbuatan jahat
itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu,cukuplah dengan mengerjakan solat
Dhuha dua rakaat.”
boleh juga save image ni :)
No comments:
Post a Comment