1
- Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat
kerja masing-masing.
2
- Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah
rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3 - Walau sesibuk
mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya
sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4 - Sentiasa ucapkan
kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana,
menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5 - Sentiasa mencari
peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan
anak-anak jika pada hari berkerja.
6 - Amalkan bertanya
apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda
mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7 - Luangkan masa
untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa
sebelum tidur.
8 - Mudah berbaik
jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu
jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9 - Temani pasangan
semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya
kerana apa yang penting ada berada disisi.
10 - Jangan sesekali
berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat
kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11 - Amalkan
sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman
selepasnya.
12 - Biasakan bergilir
gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan
makanan atau minuman isteri atau suami.
13 - Sesekali buatlah
kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai
pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti
menyukainya.
14 - Senda gurau dalam
rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa
sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15 - Sentiasa kenang
pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami
yang berkerja keras menyara keluarga.
16 - Sesekali tukar
gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17 - Apa sahaja
masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk
menyelesaikannya.
18 - Sentiasa
menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia
kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
No comments:
Post a Comment