Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri
1 - Bila
saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain
dan peluklah dia.
2 - Tanya
kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia
rancang untuk lakukan hari ini.
3 - Latihlah
diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4 - Bentengi
diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5 - Berikan padanya perhatian yang sebenar
tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6 - Bawakan kepadanya hadiah yang
mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan
yang bermakna.
7 - Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa
hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula
apakah yang hendak buat.
8 - Jika pada suatu malam, dia merasa letih
atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9 - Selalulah memujinya dari segi kecantikan
dan keanggunan rupa parasnya.
10 - Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11 - Tawarkan bantuan kepadanya bila dia
merasa letih dan penat.
12 - Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal
agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13 - Sekiranya anda terlewat, jangan lupa
untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14 - Bila dia mahukan sokongan anda dengan
bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan
dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15 - Semasa perasaannya tersinggung, berikan
padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak
tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda
memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa
tersinggungnya itu bukan salah anda.
16 - Bila anda perlukan masa untuk
bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan
sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17 - Sekiranya perasaan anda telah reda dan
anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda
dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia
tidak menyangka yang bukan-bukan.
18 - Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri
anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19 - Pada masa dia mahu berbincang dengan
anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV.
Berikan perhatian sepenuhnya.
20 - Sekiranya selalunya dia yang membasuh
pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia
letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21 - Pastikan bila dia letih atau marah, tanya
dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan
beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22 - Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia
adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23 - Beritahu padanya bila anda mahu tidur
atau mahu keluar.
24 - Berikan dia lima kali pelukan setiap
hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak
berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!
25 - Telefon dia semasa anda bekerja dan
bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku
cinta padamu'.
26 - Katakan 'Aku cinta padamu'
sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..
27 - Bantu dia untuk mengemaskan katil dan
membersihkan bilik tidur.
28 - Letakkan pakaian yang sudah patut di
basuh ke bakul yang dikhaskan.
29 - Selalulah periksa sama ada tong sampah
sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah
dalam tong tu.
30 - Bila anda hendak berjalan jauh, telefon
dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31 - Basuhkan kereta yang dipakainya.
32 - Bersihkan diri anda dan pakai
wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33 - Bila dia merasa marah kepada seseorang,
eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan
caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34 - Selalulah tawarkan diri anda untuk
mengurut belakang, tengkuk dan kakinya. Yeay!
35 - Jadikan tabiat merangkulnya dan
mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36 - Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat
dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat
jam.
37 - Tunjukkan kasih sayang anda ketika
bersamanya walau di khalayak ramai.
38 - Bila anda memegang tangannya, jangan pula
jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39 - Ambil tahu apakah makanan atau minuman
yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40 - Sarankan beberapa restoran yang baik,
jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41 - Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya
ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik
atau diharuskan.
42 - Wujudkan masa bila mana anda boleh
memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba
mahu menukar pakaiannya.
44 - Berikan perhatian yang lebih kepadanya
daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45 - Jadikan dia lebih penting dari anak-anak
anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda
yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46 - Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan
comel.
47 - Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda
tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau
anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
48 - Ambillah gambarnya pada waktu-waktu
keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49 - Luangkan masa bersendirian dengannya
untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50 - Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya
dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai
masanya.
51 - Biarlah anda yang memandu ketika berjalan
jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya
dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52 - Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan
berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira
hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda
tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53 - Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri
perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah
kepada anda.
54 - Solat bersama dan berdoa bersama.
55 - Kejutkan dia dengan puisi atau nota
cinta.
56 - Layanilah dia sebagaimana anda melayani
semasa awal-awal dahulu.
57 - Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di
rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri
melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah
pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong
gantikan lampu yang telah terbakar.
58 - Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan
akhbar yang menarik minatnya.
59 - Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan
untuknya yang anda terima melalui telefon.
60 - Pastikan bilik mandi bersih dan kering
bila anda sudah mandi.
61 - Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri
untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang
berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62 - Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63 - Sewaktu anda mendengar dia berkata,
pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul
kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda
berkata kepadanya.
64 - Tunjukkan minat anda pada apa yang dia
buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65 - Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan
masuklah ke kamar seiring dengannya.
66 - Berikan dia ciuman dan berikan salam atau
kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67 - Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68 - Katakan terima kasih bila dia buat
sesuatu untuk anda.
69 - Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70 - Berbincanglah dengan cara yang
menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan
anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71 - Bila anda berjauhan darinya, beritahu
padanya bahawa anda rindu padanya.
72 - Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73 - Minta pandangannya tentang sesuatu dan
hargai pandangannya.
74 - Ramai lelaki menganggap yang penting bila
bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya
yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk
membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75 - Dengan cara ini wanita akan merasa
dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa
berdolak-dalik.
76 - Anda juga akan dapati bahawa melakukan
kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda
akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri
anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
No comments:
Post a Comment