9 Petua Awet Muda Cara Islam
Semua orang nak kekal cantik dan sihat….Awet muda bukan tujuan
menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia
semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah,
tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha
Pencipta.
Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana
itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik
mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin
pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.
Petua
Untuk Awet Muda Cara Islam
# Urutkan wajah
anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas
Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
# Gunakan
jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari
anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
# Lakukan
setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia
akan mempercepatkan proses kedutan.
# Sejurus
bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan
air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru
diteguk.
# Air liur
pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah
menggosok gigi.
# Baca ayat
35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan
dari kepala.
# Setelah
solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan
wajah kelihatan berseri dan awet muda.
# Setelah
itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa
memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih
berembun.
# Semasa
berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan
ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf
AS. Amalkan setiap pagi.
# Amalkan
memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya
kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat
berkat di dunia dan akhirat.
# Ketika
makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam
selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
# Amalkan
solat tahajud.
# Sentiasa
tenang dan bersikap positif.
# Mulakan
sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
# Maafkan
semua orang sebelum tidur.
Petua
Untuk Awet Muda Cara Islam
Petua 1 : Sejurus
bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah
kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3
kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus
bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam
mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air
Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan
memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan
Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa
berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke
muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk
melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan
jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh
bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah
kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan
ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan
pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan
bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan
kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh
badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan
mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum
ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air
telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa
ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9: Muka
kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk
mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di
letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung
dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum
air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali
mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses
kedutan.
No comments:
Post a Comment