10 Tip Gembirakan Suami
1 - Senyum
dengan gaya mengoda pada suami anda. Senyuman boleh memecah suasana tertekan
dan boleh beri perasaan senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman
isteri adalah pengubat duka seorang suami. Buat hatinya tertanya kenapa anda
senyum. Biasanya lelaki atau suami akan lebih memberi perhatian kepada anda
sekiranya anda senyum kerana hal ini menunjukkan ada sesuatu pada anda dan biasanya juga ia akan berusaha untuk
mengetahui rahsia disebalik senyuman itu. Senyuman rahsia gembirakan suami.
2 - Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang
lurus pada suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan
Allah S.W.T. Setiap usahanya yang baik atau perkerjaan si suami mungkin sukar
untuk si isteri membantu secara langsung yang mungkin terbatas disebabkan
kemampuan dan kudrat. Oleh itu anda sebagai isteri haruslah sentiasa
mendoakkanya beroleh kejayaan. Disebalik suami yang berjaya adalah isteri yang
baik berada di belakangnya.
3 - Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan
suami anda. Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan. Elakkan berbincang
mengenainya kecuali untuk perkara – perkara tertentu. Hal ini ditekankan
lebih-lebih lagi ketika situasi kewangan keluarga menghadapi masalah. Bila
suami anda berada dalam keadaan tertekan, berusahala untuk membincangkan
perkara lain yang boleh mengembirakan suami. Setelah keadaan reda, dan telah
mempunyai situasi yang sesuai, barulah berceritakan soal kewangan.
4 - Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika
anda berdua sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda
beri perhatian pada suami anda. Bila berbual, selingkan dengan senyuman dan
jenaka. Berkelakuan nakal juga boleh mewujudkan suasana manja yang pasti
mengembirakan anda berdua namun jangan berlebih kerana ia boleh merubah
perbualan menjadi bosan dan menjengkelkan. Berbuallah dengan sesuatu perkara
yang baru dan tarik minatnya supaya dapat gembirakan suami.
5 - Jangan terlalu kisahkan hal – hal yang kecil. Jangan
terlalu cepat merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang.
Bergelar isteri adalah merupakan tanggungjawab. Berusahalah untuk memikul
tanggunjawab itu dengan gembirakan suami anda. Jika anda beremosi dan selalu
sensitif dengan perkara yang remeh temeh. Berperangai seperti itu akan
membuatkan suami anda bosan dan rimas. Tarikan pada suami adalah seorang isteri
yang ‘independent’ atau berdikari. Si suami akan mudah berasa gembira sekiranya
isterinya tahu perkara yang patut dibuat dalam kebahagiaan rumah tangga.
Sebagai contoh, memasakkan lauk kegemaraan atau mengemas rumah sebelum si suami
pulang dari kerja sudah cukup membahagiakan dia.
6 - Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala
nasihatnya jika nasihat itu betul dan mengikut lunas. Kadang-kadang, ada
situasi arahan dari suami anda mungkin anda tidak setuju, namun sebelum membuat
keputusan membidas arahan itu, fikir terlebih dahulu baik buruk keputusan
arahan itu, jika kurang sesuai cuba senyum dan perkatakan cadangan anda untuk
disesuaikan dengan arahan itu. Bila anda senyum dan mula berbincang dengan
tolak ansur, “nasi yang keras akan lembut bila disiram dengan air”.
7 - Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila
perlu. Suami anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter. Perasaan
geram meluap-luap akan timbul bila anda kerap berleter. Hal ini adalah kerana
berleter bukanlah sesuatu perkara yang seronok didengar. Ubahlah sikap suka
berleter kepada bicara lembut dan penuh pengisian. Bercakap hanya kepada
perkara perlu dan ringkas akan membuatkan suami anda senang dan berasa gembira.
8 - Jika suami anda baru pulang dari kerja, anda berikan dia
ruang untuk berehat sebelum memulakan perbualan mengenai masalah rumah tangga.
Jika anda lihat dia berehat, bagi masa dia berehat juga sebelum anda merapati
dia. Tegur hanya ketika waktu perlu seperti makan atau solat.cara gembirakan
suami
9 - Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat. Itu adalah
merupakan nafkah zahir yang anda sebagai isteri perlu suapkan kepada suami.
Sentiasa menyokong usahanya dengan memberikan sepenuh komitmen untuk anda
tunjukkan kesungguhan anda. Tahukah anda, suami akan berasa ceria dan gembira
apabila anda menunjukkan minat terhadap kerjanya seperti bercakap banyak
tentang hal pekerjaanya itu, dan bertanyakaan soalan yang penuh dengan minat.
Lelaki mempunyai sifat ego terhadap kerjayanya dan perkara yang anda perlu
lakukan adalah ‘bodek’ suami anda untuk membuatkanya puas dan gembira.
No comments:
Post a Comment