Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum
warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia
berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal
waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal
waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada
waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat
Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau
(isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut
dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada
warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi
sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di
waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke
warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar
tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis
pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang
sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna
merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke
warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem
kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya
bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini
dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu
solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan
tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang
dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur
kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita
memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini
amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang
amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya.
No comments:
Post a Comment