10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima
Allah
Solat itu adalah tiang agama,
perumpamaan yang disamakan dengan tiang seri sesebuah rumah. Jika tiada tiang
seri maka tidaklah lengkap rumah itu dengan tidak memiliki bumbung.
Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga
menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W juga telah
bersabda bahawa terdapat 10 orang solatnya yang tidak diterima oleh Allah
S.W.T, antaranya :
# Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
# Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
# Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
# Orang lelaki yang melarikan diri.
# Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
# Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
# Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
# Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
# Orang-orang yang suka makan riba’.
# Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang
keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh daripada Allah.”
Hassan r.a berkata : “Jika
solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar
dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.
Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
No comments:
Post a Comment