Kali ini ana nak kongsikan sedikit ilmu yang ada untuk
renungan kita bersama-sama selepas membuat beberapa kajian melalui pembacaan
iaitu tentang ilmu perhubungan suami isteri, yang mana bukan untuk bermaksud
lucah atau porno ker tetapi lebih untuk pengetahuan agar kita tidak tersasar
dari landasan islam. Cara atau kaedah untuk bersetubuh atau jima’ (jimak) perlu
difahami terutamanya bagi orang Islam. Cara bersetubuh untuk orang Islam memang
banyak yang selalu disebutkan hukum jimak dalam Islam atau bab jimak. Buku buku
cara menyetubuhi isteri, cara melayan isteri, gerbang perkahwinan, malam
pertama, seks cara Islam, cara melakukan hubungan seks, panduan bersetubuh,
panduan jimak yang kebanyakan kaedah atau cara Islam memang banyak dijual di
kedai kedai buku atau kedai kedai kitab. Jangan dekati zina oleh itu
bernikahlah dahulu barulah dapat melakukan hubungan seks secara halal.
Rasulullah bersabda: “Wahai para pemuda, siapa saja di
antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah,
kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya
siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat
menjadi perisai.
”Hadis riwayat Ibnu Mas’ud R.A.
Cara melakukan persetubuhan atau jimak yang dianjurkan
dengan kaedah Islam :
SUNAT
1 - Suci daripada hadas kecil dan sunat terlebih dahulu
berwuduk.
Mandi dan memakai wagi wangian sebelum jima’.
Mandi dan memakai wagi wangian sebelum jima’.
2 - Sunat lakukan persetubuhan atau hubungan seks
ketika sihat dan jangan waktu lapar atau waktu terlalu kenyang.
3 - Lakukan gurau senda dahulu sebelum bersetubuh.
Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat atau pada harinya.Dan malam Isnin atau malam Khamis.
Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat atau pada harinya.Dan malam Isnin atau malam Khamis.
4 - Sunat membaca doa sebelum jimak :
(BISMILLAH,
ALLAHUMMA JANNIBNAS SYAITHAANA WAJANNIBIS SYAITHAANA MAA RAZAQTANAA)
Ertinya:
Dengan nama Allah. Ya
Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan
Engkau karuniakan kepada Kami.
5 - Berselimut dan diatas satu hamparan disunatkan
ketika bersetubuh.
HARAM
1 - Haram melakukan hubungan seks ketika isteri haid,
nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan
selepas mandi hadas besar.
2 - Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).
3 - Haram jima’ dalam masjid.
2 - Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).
3 - Haram jima’ dalam masjid.
MAKRUH
1 - Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada
akhir setiap bulan dan pertengahan bulan - tanggal 15.
2 - Makruh bersetubuh selepas solat Zohor hingga petang.
3 - Makruh jima’ di bawah matahari dan dibawah bulan mengambang.
2 - Makruh bersetubuh selepas solat Zohor hingga petang.
3 - Makruh jima’ di bawah matahari dan dibawah bulan mengambang.
Untuk mengulangi menyetubuhi isteri… hendaklah dibasuh
dahulu zakar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Apabila di
antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi
persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits
Riwayat Baihaqi)
Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat
Sempurna
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah
wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1 - Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua
yang bengis.
2 - Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3 - Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua
suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
yang buta hati dan bakhil tangan.
4 - Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan
rambutnya.
5 - Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari).
Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6 - Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara
perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong
dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada
banyak manusia.
7 - Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.
Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau
yang melewati batas.
8 - Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan
harta pada jalan yang tidak haq.
9 - Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia
akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10 - Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam
(sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli
sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1 - Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian
Allah s.w.t.
2 - Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3 - Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4 - Sewaktu matahari di tengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh
syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t
rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5 - Pada malam Jumaat.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
pemidato yang berwibawa dan petah.
6 - Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7 - Malam Jummat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi
seorang yang terkemuka.
8 - Bacalah doa berlindung dari syaitan.
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh
syaitan selama-lamanya
Sekian sahaja secara ringkas cara untuk bersetubuh atau
jimak secara Islam .Sekian terima kasih.
Rujukan :
# http://www.syokkahwin.com/malampertamakahwin.html
Assalamualaikum, mohon share ye...jazzkawlahukahiran
ReplyDeleteAssalamualaikum, mohon share ye...jazzkawlahukahiran
ReplyDelete