Salam ustaz...
saya nak tanya, setahu saya darah yg keluar lebih 14 hari itu dikira darah
penyakit dan wajib muslimah kena solatkan. Soalan saya, apaka ciri2 lain bagi
darah penyakit too, ciri fizikal contohnya warna. Dan apakah penyakit tersebut.
Adakah ia berbahaya... Terima kasih ustaz
Jawapannya
Menurut Syaikh
Muhammad Al-Shalih Al-Utsaimin dalam kitabnya Petunjuk Al-Qur’an dan Al-Sunnah
berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas yang mengatakan bahawa :
“Haid
dari sudut bahasa ialah: turun sesuatu secara mengalir. Dari sudut syara’, haid
ialah darah yang keluar dari wanita kerana fitrah kejadiannya tanpa sebarang
sebab. Ia keluar pada waktu-waktu yang diketahui. Ia adalah darah fitrah yang
keluar bukan kerana sakit, luka, keguguran atau kelahiran.”
Masa
keluarnya darah haid
Lama masa
keluar darah haid itu sekurang-kurangnya sehari semalam dan selanjut-lanjut
masanya selama lima belas hari siang dan malam, kebanyakannya iaitu masa yang
biasa keluar selama enam atau tujuh hari.
Perkara
yang dilarang Ketika Haid
Wanita yang
didatangi haid dilarang mengerjakan solat fardhu atau sunat, puasa fardhu atau
sunat, sujut tilawah atau sujud syukur, tidak boleh tawaf fardhu atau sunat,
tidak boleh membaca Al-Quran atau menyentuhnya, tidak boleh memasuki masjid,
dilarang menceraikan isteri ketika haid, tidak boleh disetubuhi oleh suaminya
dan dilarang bersuka-suka di antara pusat hingga lutut. (ringkasan dari kitab
Hidayatu Subiyan).
Warna
Darah Haid
Warna darah yang keluar dari faraj perempuan ialah : warna hitam, warna merah, warna kelabu, warna kuning tua (coklat).
Warna darah yang keluar dari faraj perempuan ialah : warna hitam, warna merah, warna kelabu, warna kuning tua (coklat).
Cara
memastikan Suci Dari Darah Haid
Hadis Nabi
Yang diriwayatkan oleh Aisyah :
“Apabila
haid kamu telah habis, maka mandilah dan tunaikanlah solat”.
Jelas di sini
bahawa wanita yang mendapati darahnya telah kering dari warna-warna darah haid,
maka dia boleh mandi hadas dan menunaikan solat seperti wanita lain yang suci.
Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Engkau
kedatangan haid selama enam hari atau tujuh hari adalah didalam pengetahuan
Allah Taala, kemudian engkau mandilah dan apabila telah engkau ketahui akan
diri engkau telah suci dan bersih maka hendaklah engkau sembahyang dan berpuasa
selama dua puluh empat atau dua puluh tiga hari dalam sebulan yang demikian
adalah memadai bagi engkau . begitulah hendaknya engkau perbuat ditiap-tiap
bulan sebagaimana suci mereka itu bagi masa haid dan masa sucinya.” (Riwayat Abu daud, Tarmizi)
Untuk
memastikan darahnya telah kering ataupun belum, maka wanita itu boleh
memasukkan cotton buds atau kapas dalam farajnya, jika di dapati adanya darah,
maka wanita tersebut tidak perlu mandi lagi dan ia masih dalam keadaan
berhadas.
Kaedah di atas
diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh
Saidatina Aisyah ra :
“Wanita-wanita
sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat
padanya kesan kuning dan keruh dari haid.” Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah
kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur
putih”(Riwayah Imam
al-Bukhari dan Imam Malik).
Maksud kapur putih
itu ialah cecair yang keluar dari faraj wanita berwarna putih seperti kapur
putih yang tiada terlibat dengan warna kuning, merah dan warna-warna haid, maka
wanita itu boleh mandi dan suci daripada haid.
Darah
Istihadhah
Menurut
Pendapat As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah Jilid 1 mengatakan bahawa :
“Istihadhah
adalah darah yang keluar secara berterusan dan keluar bukan pada waktunya.”
Di sini ada tiga perbahasan mengenai darah istihadhah iaitu :
Di sini ada tiga perbahasan mengenai darah istihadhah iaitu :
Pertama
: Istihadhah
adalah darah yang keluar lebih dari kebiasaan haidnya, maka itu dikira sebagai
darah istihadhah (penyakit). Wanita yang keluar darah melebihi kebiasaan
haidnya, maka diwajibkan mandi dan boleh melaksanakan segala amalan yang
terhalang ketika haid. Hadis dari Aisyah bahawa :
“Fatimah
binti Abi Hubaisyh ra telah mengadu kepada Nabi SAW : Sesungguhnya aku
kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat? Nabi
s.a.w. menjawab : Tidak, sesungguhnya itu adalah darah dari urat, bukan darah
haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari
datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari
kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari
tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat." (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sebagai wanita
muslim yang peka dengan masalah ini apabila datangnya darah haid, maka terlebih
baik dia menandakan pada kalendar atau membuat catitan tarikh datangnya haid
supaya dia tidak lupa dan tidak bercelaru dengan tarikh mula datangnya haid.
Tindakan ini penting untuk wanita menghitung jumlah hari haidnya dan secara
tidak langsung dia mudah mengetahui bahawa darahnya telah melebihi dari
kebiasaan haidnya. Dalilnya Ummu Salamah ra bahawa :
“Dia
meminta fatwa kepada Nabi SAW mengenai seorang perempuan yang selalu
mengeluarkan darah. Nabi SAW bersabda : Hendaklah perempuan itu mengenal pasti
terlebih dahulu bilangan malam dan siang selama haid serta kadar hari-harinya
pada setiap bulan. Setelah mengetahui waktu haid dan kadarnya itu, maka
hendaklah ia menghentikan solat pada waktu-waktu tersebut. Sesudah waktu haid
itu berakhir, dia dikehendaki menampalkan kemaluannya dengan sehelai kain, lalu
kerjakanlah solat.” (Diriwayatkan oleh Malik, As-Syafie,
Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Kedua
: Bagi
wanita yang keluar darah haid tidak teratur waktu kebiasaannya, maka wanita itu
perlu membezakan (tamyiz) warna darah yang keluar, baunya dan sifat
kekentalannya maka itu dikira haid. Jika darah yang keluar itu berbeza dari
sifat darah haid, maka itu dikira darah istihadhah. Hadis dari Saidatina Aisyah
ra yang menceritakan :
“Fatimah
binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda
kepadanya : Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali
(yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika
kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan
solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan
kerjakanlah solat.”(Riwayat
Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini
hasan soheh).
Ketiga
: Manakala
wanita yang tidak boleh membezakan antara sifat darah haidnya iaitu warna, bau,
kekentalannya, terlupa tarikh datangnya haid dan darah itu berterusan tidak
berhenti. Maka dia dikira sebanyak-banyak keluarnya haid iaitu 15 hari dan
malamnya. Darah yang keluar lebih dari 15 hari dan malamnya itu dikira sebagai
darah istihadhah. Ini menurut perbahasan yang terdapat dalam kitab Hidayatul
Subiyan dan Kitab Al-Mukhtasar Al-Mufid.
Ciri-ciri
Darah Istihadhah
Berbeda dengan
darah haid, darah istihadhah mempunyai ciri-ciri sebagai berikut : Warnanya
merah, tipis, baunya seperti darah biasa, berasal dari urat yang pecah/putus
dan ketika keluar langsung mengental.
Sebab
Berlakunya darah Istihadhah
Darah
istihadhah ialah darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim
perempuan yang dinamakan al-azal iaitu urat atau sejenis kulit yang berada
didalam faraj (hampir dengan rahim) perempuan dan disitulah tempat masuknya air
mani lelaki yang bakal menjadi anak dan dari situ juga keluarnya darah nifas.
Adakalanya
wanita yang mengalami istihadhah adalah wanita yang terganggu hormon anggota
badannya. Ada yang disebabkan strees kerja atau sebagainya dan ada juga yang
disebabkan pembedahan. Kalau wanita yang mengalamai istihadhah berpanjangan,
maka terlebih baik mendapatkan rawatan atau berjumpa pakar di hospital atau
klinik.
Penutup
Saya memohon maaf atas penjelasan yang celaru dan
tidak sampai kepada maksud perbahasan, Ini sahaja yang mampu saya sediakan dan
jika ada kesilapan dan teguran dari orang yang alim fiqh, maka saya alu-alukan
untuk memberikan teguran dan berkongsi ilmu yang baik ini untuk dimanfaatkan
semua.
No comments:
Post a Comment