Cara Mandi Wajib Yang Betul
Mandi
wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika
dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk
melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan
hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti
dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke
seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong
Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji
Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai
bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak
umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,
mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi
wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi
wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau
ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi
wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan
oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi
rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun
mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat
mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat
itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan.
Bagi
perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat
hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat
mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat
itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah
membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.
Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan
air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai
rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,
menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,
najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis
dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara
rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang
zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang
jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya
tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2
dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi
sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai
kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke
badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang
kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang
rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika
rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang
itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna
selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada
rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah
yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang
begitu mudah.
Yang
menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah
kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke
rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi
dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.
Dalam
hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib
seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak
mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai
sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,
sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan
iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan
mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar
darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).
Mandi
wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air
telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,
mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi
ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu
malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu
adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
No comments:
Post a Comment