Dari segi
bahasa haid adalah bermakna As-Saylan yang bererti mengalir. Haid juga sesuai
dengan perkataan azayan yang bererti kotoran. Sebagaimana firman Allah SWT :
“Dan
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah:
"Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan
mudarat". (Al-Baqarah : 222)
Kata-kata yang
bermaksud dengan haid dan sering digunakan oleh masyarakat Arab ialah darasun,
qara’u, thamasyun, mahidhun dan banyak lagi. Menurut ahli fikah mengatakan bahawa
:
“Haid
adalah suatu darah yang keluar dari rahim perempuan melalui farajnya pada masa
tertentu dan dalam keadaan sihat jasmaninya.”
Menurut Abu
Mazaayal Husnaa dalam bukunya yang berjudul Wanita Dan Darah mengatakan bahawa
:
“Haid
adalah suatu tabiat semulajadi yang mesti dialami oleh semua wanita. Pada
umumnya perempuan itu mengalami haid sebulan sekali sehingga juga sering
disebut datang bulan.”
Menurut
Muhammad Isa Selamat MA dalam bukunya yang berjudul Mandi Hadas yang mengatakan
bahawa :
“darah
haid iaitu darah yang keluar dari rahim perempuan yang sihat, yang tidak ada
sesuatu sebab. Menurut biasanya perempuan didatangi haid itu, apabila ia
meningkat umur 9 tahun, biasanya waktu berumur 12 tahun. Lama haid
sekurang-kurangnya sehari semalam, menurut biasanya ialah tujuh hari tujuh
malam. Apabila lebih dari 15 hari. Maka itu bukanlah dari haid lagi tetapi
adalah darah istihadhah (darah penyakit).”
Rumusan yang
dapat diambil dari keterangan dan pendapat diatas, haid ialah darah kotor yang
keluar dari kemaluan perempuan (faraj) yang berumur sembilan tahun ke atas.
Darah haid keluar dalam keadaan sihat anggota badan perempuan secara tabiat dan
masa yang tertentu. Darah haid biasanya bewarna merah, tetapi jika dalam masa
haid keluar darah lain dari warna merah juga dikira sebagai haid.
Usia
Keluarnya Haid
Umur wanita
yang didatangi haid sekurang-kurangnya sembilan tahun ke atas. Maksudnya tidak
ada wanita yang didatangi haid bawah dari Sembilan tahun. Jika ada wanita yang
keluar darah dari farajnya bawah daripada umur sembilan tahun, maka ia tidak
dikira sebagai haid. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :
- Dari Aisyah
ra yang mengatakan bahawa : “Apabila kanak-kanak perempuan sudah berumur
Sembilan tahun bererti dia sudah termasuk wanita yang baliqh.”
- Wanita belum
bersedia untuk hamil dan belum sanggup untuk mendidik anak-anak mereka jika
kurang dari sembilan tahun.
Usia
Putus Haid
Batasan usia
wanita yang berhenti atau putus haid mempunyai dua pendapat. Di antaranya ialah
:
- Menurut
jumhur ulamak wanita yang putus haid itu mempunyai batasa iaitu umur wanita
tersebut 60 tahun. Wanita yang berumur 60 tahun masih keluar darah dari
kemaluannya lagi, maka itu tidak dinamakan sebagai darah haid dan darah itu
adalah darah istihadhah.
- Ada
sebahagian ulamak berpendapat bahawa tiada batasan haid bagi wanita. Darah haid
mungkin akan berterusan hingga akhir hayat mereka.
Kesimpulannya,
batasan haid bagi wanita adalah diantara umur 60 tahun, ini berdasarkan kepada
kajian yang telah dilakukan para ulamak yang terdahulu seperti Imam Syafie.
Lazimnya juga kebanyakkan wanita putus haid diantara umur tersebut.
Dasar
Islam Tentang Haid
Dasarnya
adanya hukum wanita yang didatangi haid ini diambil dari firman Allah SWT yang
berbunyi :
“Dan
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah:
"Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan
mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan
(jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan
janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian
apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang
diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan
diri.” (Al-Baqarah
: 222)
Sebab turunnya
ayat ini, banyak sahabat yang menanyakan tentang apa yang boleh mereka lakukan
terhadap isteri mereka ketika sedang haid. Pertanyaan ini adalah disebabkan
orang-orang Yahudi mengasingkan atau mengeluarkan isteri mereka yang sedang
haid dari rumah. Isteri mereka juga tidak dibenarkan makan dan tidur bersama
mereka. Dari hal ini Rasulullah SAW bersabda :
“Perlakukanlah
apa sahaja terhadap isteri-isteri kamu selain jimak.” (Riwayat Muslim)
Lagi Sabda
Rasulullah SAW :
“Haid
itu merupakan suatu ketetapan Allah terhadap perempuan keturunan anak Adam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Jelas di sini,
bahawa wanita yang didatangi haid, boleh melakukan apa sahaja. Seperti makan
bersama suaminya, tidur bersama, bekerja bersama dan sebagainya. Dibolehkan si
suami bermesra bersama isterinya yang sedang dalam keadaan haid dengan syarat
tidak menyentuh di antara pusat hingga lutut. Daripada Abdullah Bin Saad ra
berkata :
“Dia
telah bertanya Rasulullah SAW : Apakah yang dibenarkan aku lakukan terhadap
isteriku ketika ia dalam keadaan haid. Jawab Rasulullah SAW bagi kamu yang di
atas daripada kain sarung (antara pusat dan lutut).” (Riwayat Abu Daud)
Tempoh
Masa Wanita Mengeluarkan Haid
Ulamak Fikah
telah menetapkan lamanya wanita mengeluarkan darah haid ialah seperti berikut :
- Masa
keluarnya haid adalah selama 24 jam atau satu lahzoh (seketika), bermaksud
selama satu hari dan malamnya. Bagi wanita yang keluar darah tidak sampai 24
jam, maka ia tidak dikira sebagai darah haid dan ia dikira sebagai darah
istihadhah atau darah penyakit.
- Lazim atau
kebiasaan bagi wanita yang didatangi haid adalah sebanyak 6 atau 7 hari dan
malamnya.
- Masa paling panjang
bagi wanita yang didatangi darah haid adalah selama 15 hari dan malamnya.
Masa
Suci Daripada Haid
Sekurang-kurangnya
waktu suci ialah 15 hari beserta malamnya. Darah haid juga tidak ada had
tertentu bagi tempoh panjangnya. Ini kerana kadang-kadang seorang wanita tidak
didatangi haid dalam tempoh setahun atau dua tahun bahkan ada yang beberapa
tahun. Dari Ummu Salamah ra berkata :
“Dia
meminta fatwa kepada Rasulullah SAW mengenai seorang perempuan yang selalu
mengeluarkan darah. Nabi SAW bersabda : Hendaklah perempuan itu mengenalpasti
terlebih dahulu bilangan malam dan siang selama haid serta kadar hari-harinya
pada setiap bulan. Setelah mengetahui waktu haid dan kadarnya itu, maka
hendaklah dia menghentikan solat pada waktu-waktu tersebut. sesydah waktu haid
itu berakhir, dia dikehendaki menampal kemaluannya dengan sehelai kain, lalu
kerjakanlah solat.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud,
An-Nasai dan Ibnu Majah)
Namun jika
wanita tersebut tidak mampunyai kebiasaan yang tetap, dia dikehendaki memperhatikan
tanda-tanda darah yang membolehkannya mampu membezakan antara darah haid dengan
darah biasa.
Seorang wanita
dapat mengetahui dirinya suci ataupun tidak dari darah haid, maka ia boleh
memasukkan kapas di dalam farajnya. Jika cecair basah yang melekat dikapas
tersebut berwarna putih jernih dan tidak terdapat warna darah haid. Maka ia
sudah dianggap suci dan wanita tersebut boleh mandi hadas. Tetapi kalau dikapas
itu masih melekat warna darah yang cair walaupun sedikit sekalipun, maka ia
dianggap masih tidak suci lagi. Dari Aisyah ra berkata :
“Sekumpulan
kaum wanita mengirimkan dirjah kepada Aisyah yang berisikan kapas, yang di
dalamnya didapati sesuatu yang berwarna kuning. Melihat itu, Aisyah berkata :
Jangan kamu tergesa-gesa untuk mengerjakan solat hingga kamu melihat warna
kapas itu putih bersih.”
Warna kuning
atau warna keruh itu dikatakan sebagai darah haid apabila keluar pada hari-hari
di mana seseorang wanita itu biasanya haid. Tetapi jika keluar darah selain
dari waktu kebiasaan haid, maka ia tidak dianggap sebagai darah haid. Dari Ummu
Athiyah ra berkata :
“Kami
tidak menganggap warna kuning atau warna keruh itu sebagai darah haid setelah
bersuci.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari)
Sifat,
Bau Dan Warna Darah Haid
Sifat
Darah Haid
Wanita yang
didatangi haid kadang kalanya ia berasa agak panas atau hangat. Adakalanya juga
darah yang keluar itu tidak disedari oleh wanita. Contohnya seperti orang sakit
buasir sewaktu mengeluarkan air kencing tanpa disedari olehnya.
Bau
Darah Haid
Darah yang
keluar dari faraj wanita kadangkalanya ia berbau agak busuk, ada darah haid
yang berbau seperti darah biasa dan ada juga darah haid yang tidak berbau sama
sekali.
Warna
Darah Haid
Darah yang
keluar dari faraj wanita itu mempunyai lima jenis, di antaranya ialah darah
bewarna hitam, warna merah, warna kelabu, warna kuning tua, warna coklat dan
warna kuning keputihan. Peringkat keluarnya darah haid itu ialah seperti :
- Darah
bewarna hitam keluar dari faraj wanita yang berbau busuk dan keluarnya agak panas.
- Darah
bewarna merah yang keluar dari faraj wanita, ia berbau busuk dan keluarnya agak
panas.
- Darah
bewarna kelabu yang keluar dari faraj wanita, ia berbau dan keluarnya agak
panas.
- Darah kuning
tua atau coklat yang keluar dari faraj wanita, ia berbau dan terasa agak panas.
- Warna kuning
cair atau kuning keputihan, darah seperti ini keluar kebiasaannya tidak begitu
terasa dan tak berbau sangat. Darah seperti ini adalah darah dipenghujung haid.
Hikmah
Keluarnya Haid
- Melatih kaum
wanita agar terbiasa membersihkan kotoran dan berbagai najis. Sehingga nantinya
tidak merasa jijik membersih najis anak atau membersih najis suami yang uzur.
- Sebagai
tanda wanita tersebut sudah baligh. Dia perlu dibataskan pergaulannya bersama
lelaki yang ajnabi dan ia juga telah diletakkan ketetapan hukum dari Allah.
- Sebagai
tanda habisnya iddah bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya. Hal ini
bertujuan untuk memastikan rahim wanita tersebut bersih dari benih bekas
suaminya yang terdahulu.
- Suami dan
isteri akan dapat mengekalkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Hal ini
disebabkan haram bagi suami menyetubuhi isterinya selama ia didatangi haid.
Aturan
Menqadha Solat Selepas Haid
Haid
Pada Awal Waktu Solat
Wanita yang
didatangi darah haid pada masa waktu solat telah masuk dan wanita tersebut
belum melakukan solat waktu tersebut, maka ia wajib menggqadha solat yang telah
ditinggalkannya itu kerana haid. Daripada Abi Mas’ud ra berkata :
“Rasulullah
SAW bersabda : Sebaik-baik amal itu adalah mengerjakan solat pada awal
waktunya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Hakim)
Cara mengqadha
solat adalah setelah dipastikan tiada darah lagi yang keluar atau pasti
keluarnya cecair putih jernih yang tiada mengandungi sebarang warna darah. Maka
ia diwajibkan mandi dan terus mengqadhakan solat yang telah ditinggalkan ketika
waktu datangnya haid yang pertama dahulu.
Bercumbu
Dengan Isteri Haid
Seorang suami
boleh mencium atau meraba isterinya yang sedang haid kecuali faraj isterinya
sahaja. Suami boleh meraba atau mencium isterinya sama ada wajahnya, lehernya,
dadanya, pusatnya dan juga pahanya. Tetapi suami tidak boleh meraba atau
menyentuh kemaluan isterinya. Haram sama sekali bagi suami yang meliwat
isterinya dari jalan dubur kerana isterinya didatangi haid. Maimunah isteri
Rasulullah SAW berkata :
“Rasulullah
SAW mencumbui isteri-isterinya selain yang di bawah kain sarung, sewaktu mereka
dalam haid.”
Suami yang
ingin mencumbui tubuh isterinya yang sedang haid di antara pusat hingga
lututnya. Itu pun disyaratkan wanita itu memakai kain sarung. Hal ini adalah
bertujuan untuk mengelakkan suami menyetubuhi isterinya. Dari Ikrimah yang
mendengar sebahagian isteri-isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa :
“Adalah
Rasulullah jika mengigingkan sesuatu dari tubuh isterinya yang haid, baginda
menutup kemaluan isterinya dengan kain.”(Riwayat Abu Daud)
Makan
Ubat Supaya Datang Haid
Diharuskan
menggunakan ubat-ubatan yang mendatangkan haid dengan syarat bukan sebagai
helah untuk meninggalkan ibadah seperti tidak solat dan berbuka pada bulan
Ramadhan. Mendapat izin suami kerana sengaja mendatangkan haid akan
menggugurkan hak suami dari dua sudut, pertamanya ialah menghalangnya daripada
bersetubuh dengan isterinya. Keduanya menghalangnya untuk merujuk semula dalam
kes penceraian, iaitu isteri sengaja mendatangkan haid supaya tempoh iddah
berlalu dengan cepat sehingga seandainya suami ingin merujuk semula, dia tidak sempat
untuk berbuat demikian.
Menghalang
Atau Menunda Haid
Diharuskan
menggunakan ubat-ubatan yang menegah haid dengan dua syarat tidak berlaku
mudarat ke atas dirinya. Jika mengakibatkan mudarat maka ia diharamkan
berdasarkan firman Allah yang berbunyi :
“Dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan)
perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya.” (Al-Baqarah : 195)
Boleh bagi
wanita yang memakan ubat untuk menghalang keluarnya darah haid dengan tujuan
supaya ia dapat menghabiskan puasa Ramadhannya, boleh mengerjakan segala amalan
haji dan sebagainya. Tetapi, sekiranya darah masih keluar, maka ia tetap dikira
sebagai darah haid.
Membasuh
Kain Yang Terkena Darah Haid
Pakaian yang
terkena darah haid, hendaklah dikikis dahulu darah tersebut sebelum dicuci.
Setelah dikikis hendaklah dibasuh seperti membasuh najis biasa. Dari Asma Binti
Abu Bakar ra berkata :
No comments:
Post a Comment