Ustaz Mohd Kazim Elias
Tips untuk Isteri
Di dalam Islam, seorang
suami mempunyai tanggung jawab yang besar ke atas keluarganya. Suami adalah
ketua keluarga. Suami merupakan tunggak kekuatan sesuatu keluarga itu. Seorang
isteri wajib member...ikan kasih saying dan ketaatan kepada suaminya agar
kehidupan berkeluarga mendapat keberkatanNya.
Berikut
adalah tips untuk Isteri
1
- Berkongsi minat.
Tunjukkan
anda berminat dengan hobinya atau sekurang-kurangnya mendengar apabila suami
anda bercakap tentang sesuatu yang diminatinya. Kejutkan suami dengan membeli
buku-buku atau barang-barang yang berkenaan dengan minatnya itu. Confirm suami
akan lebih menyayangi anda!
2
- Tumpukan perhatian apabila suami bercakap.
Seorang
isteri yang baik akan sentiasa mendengar apa yang cuba disampaikan oleh suami.
Lihat ke dalam matanya dan tidak memintas ditengah percakapannya. Cara ini amat
disukai suami kerana dia akan berasa lebih dihormati (sebagai ketua keluarga).
3
- Hantar ucapan istimewa.
Teknologi
masakini memudahkan kita untuk berkomunikasi. Luahkan perasaan cinta atau
penghargaan anda kepada suami tercinta melalui text message atau kad ucapan.
Ucapan manja atau saying si isteri amat bermakna kepada suami. Cuba dan lihat
keputusannya!
4
- Sentuhan Isteri amat bermakna.
Selain
dari ibunya dan anak-anaknya, si isteri sahajalah yang berhak menyentuh
suaminya. Pegang tangan suami tidak kira di mana. Jika malu atau tak biasa,
gunakan masa ketika anda berdua seperti di dalam kereta atau panggung wayang.
Tip ini akan membuatkan suami berasa lebih dihormati dan menunjukkan si isteri
masih sayang dan masih memerlukan suami.
5
- Beri ruang untuk suami.
Tanggungjawab yang dipikul oleh suami amat besar
dalam memastikan keluarganya mendapat yang terbaik. Berikan ruang untuk suami
dalam menyempurnakan pekerjaannya yang menampung keluarga. Cuba elakkan dari
memberikan suami muka yang masam ketika dia pulang dari tempat kerja.Jika boleh
berilah senyuman kerana senyuman itu pengubat segala duka. Elakkan cemburu buta
dan pastikan makan minumnya terjaga
No comments:
Post a Comment