@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
visit twitterbackgrounds.org for more
visit twitterbackgrounds.org for more
Wednesday, May 23, 2012
Versi Penuh : Debat Isu Pemansuhan PTPTN - KJ vs Rafizi 22/5/2012
Motivasi Pagi - Prof Muhaya - Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri
Nasihat berguna untuk para isteri atau bakal isteri...
Semoga dapat dijadikan panduan dalam melayari rumah tangga... Insya Allah, setiap masalah ada penyelesaiannya...
Tuesday, May 22, 2012
Tauge Dikatakan Mampu Menyumbang Kepada KESUBURAN LELAKI DAN WANITA !
Sayur
taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama
nasi. Walaupun badannya kurus melidi tetapi ianya kaya dengan khasiat yang
mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Tak percaya jom kita baca apa
khasiat sayur taugeh.
1. Mampu
meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
2.
Mampu melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan leukimia.
- Mengikut kajian yang dijalankan taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkanbibit kanser, usur besar, pankreas dan leukimia.
- Mengikut kajian yang dijalankan taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkanbibit kanser, usur besar, pankreas dan leukimia.
3.
Mencegah kerapuhan tulang.
- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
4.
Terhindar daripada kanser payudara.
- Bagi wanita, pengambilan taugeh dapat membantu menghindarkan diri daripada kanser payudara, ganguan semasa menstruasi, simptom pra-menopaus dan juga gangguan akibat menopaus.
- Bagi wanita, pengambilan taugeh dapat membantu menghindarkan diri daripada kanser payudara, ganguan semasa menstruasi, simptom pra-menopaus dan juga gangguan akibat menopaus.
5.
Menghalang tubuh daripada sel perosak DNA.
- Taugeh kaya dengan antioksida yang kuat dan mampu menhalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA.
6. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).
- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.
- Taugeh kaya dengan antioksida yang kuat dan mampu menhalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA.
6. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).
- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.
7.
Membantu membuang kotoran dalam usus besar.
- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.
- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.
Senyumlah... Walau Hati Sarat Dengan Derita...
Senyumlah... tak berat atau rugipun kalau senyum... malah ia adalah "sedekah"... Senang-senang kita akan dapat pahala dengan hanya SENYUM....
Senyumlah, walau kita dalam keadaan sedih... Tak perlu semua orang tahu masalah kita... cukuplah hanya "ALLAH" tempat kita mengadu dan berdoa... Kerana bukan semua yang bergelar "manusia" itu akan faham dengan masalah dan persoalan hidup kita...Sebaliknya mungkin kita akan ditertawakan... Menambahkan lagi duka yang sedia ada... Hanya yang pernah mengalami kepahitan hidup yang akan memahami apa yang kita rasa...
Senyum... Senyum... Senyum... Senyum... Senyum... Senyum...
Senyumlah, walau kita dalam keadaan sedih... Tak perlu semua orang tahu masalah kita... cukuplah hanya "ALLAH" tempat kita mengadu dan berdoa... Kerana bukan semua yang bergelar "manusia" itu akan faham dengan masalah dan persoalan hidup kita...Sebaliknya mungkin kita akan ditertawakan... Menambahkan lagi duka yang sedia ada... Hanya yang pernah mengalami kepahitan hidup yang akan memahami apa yang kita rasa...
Monday, May 21, 2012
Ujian... Tanda Allah Rindu..
Ujian, tanda Allah menyayangi kita... oleh itu terimalah dengan redha... Sentiasa bersangka baik dengan Allah... Mungkin dia menyediakan yang terbaik untuk kita...Walau pun begitu teruskan berdoa agar apa yang kita inginkan akan tercapai... Aminn...
Tuesday, May 15, 2012
Aurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis Nabi SAW
By: Sesudah
Subuh
Aurat
Wanita dari Firman Allah dan Hadis Nabi SAW
1 - Bulu kening
- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening. HR Abu Daud Fi Fathil Bari.
2 -
Kaki (tumit kaki)
- "Dan janganlah
mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan
kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3 -
Wangian
- "Siapa sahaja
wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka
itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4 -
Dada
- "Hendaklah mereka
(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " QS
An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak
menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu.
5 -
Gigi
- "Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
". HR At-Thabrani.
- "Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah". HR Bukhari dan Muslim.
6 -
Muka dan leher
- "Dan tinggallah
kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
7 -
Muka dan Tangan
- "Asma Binte Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja." HR Muslim dan Bukhari.
8 -
Tangan
- "Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya". HR At Tabrani dan Baihaqi.
9 -
Mata
- "Dan katakanlah
kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya." QS An Nur : 31.
- Sabda Nabi SAW,
"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya
boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." HR
Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10 -
Mulut (suara)
- "Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.
- Sabda SAW,
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."
HR Ibn Majah.
11 -
Kemaluan
- "Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka. " QS An Nur : 31.
- "Apabila seorang
perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya." HR Al Bazzar.
- "Tiada seorang
perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia
telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." HR Tirmidzi, Abu Daud
dan Ibn Majah.
12 -
Pakaian
- "Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti." HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn
Majah.
- "Sesungguhnya
sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka
tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." HR Bukhari dan
Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.
- "Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu.
Allah maha pengampun lagi maha penyayang." QS Al Ahzab : 59.
13 -
Rambut
- "Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam
neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim.
Saturday, May 12, 2012
Tips untuk Isteri
Ustaz Mohd Kazim Elias
Tips untuk Isteri
Di dalam Islam, seorang
suami mempunyai tanggung jawab yang besar ke atas keluarganya. Suami adalah
ketua keluarga. Suami merupakan tunggak kekuatan sesuatu keluarga itu. Seorang
isteri wajib member...ikan kasih saying dan ketaatan kepada suaminya agar
kehidupan berkeluarga mendapat keberkatanNya.
Berikut
adalah tips untuk Isteri
1
- Berkongsi minat.
Tunjukkan
anda berminat dengan hobinya atau sekurang-kurangnya mendengar apabila suami
anda bercakap tentang sesuatu yang diminatinya. Kejutkan suami dengan membeli
buku-buku atau barang-barang yang berkenaan dengan minatnya itu. Confirm suami
akan lebih menyayangi anda!
2
- Tumpukan perhatian apabila suami bercakap.
Seorang
isteri yang baik akan sentiasa mendengar apa yang cuba disampaikan oleh suami.
Lihat ke dalam matanya dan tidak memintas ditengah percakapannya. Cara ini amat
disukai suami kerana dia akan berasa lebih dihormati (sebagai ketua keluarga).
3
- Hantar ucapan istimewa.
Teknologi
masakini memudahkan kita untuk berkomunikasi. Luahkan perasaan cinta atau
penghargaan anda kepada suami tercinta melalui text message atau kad ucapan.
Ucapan manja atau saying si isteri amat bermakna kepada suami. Cuba dan lihat
keputusannya!
4
- Sentuhan Isteri amat bermakna.
Selain
dari ibunya dan anak-anaknya, si isteri sahajalah yang berhak menyentuh
suaminya. Pegang tangan suami tidak kira di mana. Jika malu atau tak biasa,
gunakan masa ketika anda berdua seperti di dalam kereta atau panggung wayang.
Tip ini akan membuatkan suami berasa lebih dihormati dan menunjukkan si isteri
masih sayang dan masih memerlukan suami.
5
- Beri ruang untuk suami.
Tanggungjawab yang dipikul oleh suami amat besar
dalam memastikan keluarganya mendapat yang terbaik. Berikan ruang untuk suami
dalam menyempurnakan pekerjaannya yang menampung keluarga. Cuba elakkan dari
memberikan suami muka yang masam ketika dia pulang dari tempat kerja.Jika boleh
berilah senyuman kerana senyuman itu pengubat segala duka. Elakkan cemburu buta
dan pastikan makan minumnya terjaga
19 Tips Cinta Suami Isteri
19 Tips Cinta Suami Isteri
1 - Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali
sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2 - Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk
tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di
bibir.
3
- Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang
dilakukan.
4
- Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum
keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5
- Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia
tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6
- Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja
sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7
- Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga
hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8
- Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan
walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9
- Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil
membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10
- Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia
sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan
kasih sayang.
11
- Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman
selepasnya.
12
- Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli
untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13
- Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa
tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu
pasangan pasti menyukainya.
14
- Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar,
teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15
- Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16
- Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan
pasangan merasa jemu.
17
- Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk
menyelesaikannya.
18
- Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah
tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat
tersebut.
19
- Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya
hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa
ragu dan malu.
Kemesraan Rasulullah...
Sumber:-
KEMESRAAN…
Kemesraan adalah buah
cinta
Kemesraan adalah
keindahan dalam berumah tangga
Kemesraan adalah cara
mengekalkan keharmonian rumahtangga
Kemesraan adalah
pancaran akhlak dan jiwa seseorang
Orang yang paling baik
agamanya adalah yang terbaik akhlaknya
Dan orang yang terbaik
akhlaknya adalah yang terbaik kepada isterinya
Dan Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah yang terbaik akhlaknya
sehingga Allah
subhanahu wa ta’ala memujinya:
“Dan sesungguhnya
engkau (Muhammad) …sungguh mempunyai akhlak yang Agung (‘azhiim).” (QS.
Al-Qalam : 5)
Lalu bagaimanakah
beliau bermesraan berakhlak dengan isteri-isterinya ?
Dalam berbagai kesempatan, beliau selalu
menjelaskan dengan gamblang tingginya kedudukan kaum wanita di sisi
beliau. Mereka kaum hawa memiliki kedudukan yang agung dan derajat yang
tinggi. Bahkan menjadi standar sempurnya keimanan seorang hamba adalah
kebaikan akhlaknya kepada isterinya.
Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam
bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna IMANnya adalah yang
paling baik AKHLAKnya dan sebaik-baik kamu ialah
yang paling baik kepada ISTERInya" (HR Tirmidzi)
Walaupun beliau seorang
pemimpin Negara atau komandan dalam peperangan, tetapi beliau sangat
menghormati memuliakan wanita.
Bermain dan bercanda
dengan isteri
Aisyah radhiyallah ‘anha mengisahkan: Pada
suatu ketika aku ikut bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam
sebuah lawatan. Pada waktu itu aku masih seorang gadis yang ramping. Beliau
shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih
dahulu. Mereka pun berangkat mendahului kami. Kemudian beliau berkata kepadaku:
“Kemarilah! sekarang kita berlomba lari.” Aku pun meladeninya dan akhirnya aku
dapat mengungguli beliau. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam hanya diam saja
atas keunggulanku tadi. Hingga pada kesempatan lain, ketika aku sudah agak
gemuk, aku ikut bersama beliau dalam sebuah lawatan. Beliau shallallahu ‘alaihi
wasallam memerintahkan rombongan agar bergerak terlebih dahulu. Kemudian beliau
menantangku berlomba kembali. Dan akhirnya beliau dapat mengungguliku. Beliau
tertawa seraya berkata: “Inilah penebus kekalahan yang lalu!” (HR. Ahmad)
Membantu menaiki
kendaraan
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa ketika
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali dari peperangan Khaibar, beliau
menikahi Shafiyyah binti Huyaiy radhiyallahu ‘anha. Beliau shallallahu ‘alaihi
wasallam mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi
Shafiyyah radhiyallah ‘anha dari pandangan orang. Kemudian beliau duduk
bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, beliau persilakan Shafiyyah
radhiyallah ‘anha untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut beliau.
Tidur dalam satu
selimut bersama isteri walaupun sedang haid..
Dari Atha` bin Yasar: "Sesungguhnya
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan Aisyah radliyallahu ‘anha biasa
mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu
selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya,
`Mengapa engkau bangkit?' Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai
Rasulullah.'Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah
kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." (Hadis
Riwayat Sa`id bin Manshur).
Memberi wangi-wangian
pada aurat
Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai
dari auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda
meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.” (Hadis
Riwayat Ibnu Majah).
Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku
biasa mandi bersama Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menggunakan satu bejana.
Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dlm bejana tesebut)."
(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).
Disisir oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya
biasa menyikat rambut Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, ketika itu saya
sedang haid". (Hadis Riwayat Ahmad).
Meminta isteri
meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya
meminyaki badan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pd hari Raya 'Aidil
Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu
'Asakir).
Minum bergantian pada
tempat yang sama
Dari Aisyah r.a, dia berkata: "Saya
biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan
tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu
Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup
isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan
mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."
(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur).
Membelai isteri
"Adalah Rasulullah shalallahu ‘alaihi
wa sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua
(isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi
tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran
Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya." (Hadis Riwayat Ahmad).
Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahwa Nabi shalallahu
‘alaihi wa sallam biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian
Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat
Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a,
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang
berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad).
Berbaring di pangkuan
isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun
aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat
Abdurrazaq).
Memanggil dengan
panggilan mesra
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam
biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy
& Humaira (pipi merah delima).
Aisyah radhiyallah ‘anha menuturkan: “Pada
suatu hari Rasu-lullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya: “Wahai
‘Aisy (salah satu panggilan kesayangan kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ),
Malaikat Jibril ‘alaihissalam tadi menyampaikan salam buatmu.” (Muttafaq
‘alaih)
Menyejukkan kemarahan
isteri dengan mesra
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam biasa
memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy,
bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku,
hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yg
menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni).
Membersihkan titisan
darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku
pernah tidur bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam di atas satu tikar
ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menetes di atas tikar itu, Baginda
mencucinya pada bagian yang terkena tetesan darah dan baginda tidak berpindah
dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda
berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menetes lagi di atas tikar itu,
Baginda mencuci pada bagian yang terkena tetesan darah itu saja dan tidak
berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar
itu.." (Hadis Riwayat Nasai).
Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia
berkata, "Ketika Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menikah dgn Ummu Salamah,
Baginda bersabda kepadanya, ”Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah
kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi,
namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku
menduga hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan
kepadaku, aku akan memberikanya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum)
berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wa sallam dan hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda,
lalu Baginda memberikanya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak
kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada
Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)
Segera menemui isteri
apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi shalallahu
‘alaihi wa sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman
Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar &
bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaithan.......apabila
seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi
isterinya karena pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada
wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi).
Semoga kita bisa mengambil hikmah dan
meneladaninya
Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
“Sesungguhnya telah ada
pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang
yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak
menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)
Wassalam63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah
Email : mohd naim mohd zain
Tanpa sebuah persefahaman,
tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat
kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak
terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya
bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan
keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan
pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1 - Doa yang berterusan.
2 - Patuh ajaran agama.
3 - Murah dengan pujian.
4 - Murah dengan khidmat.
5 - Murah dengan belaian kasih sayang.
6 - Murah dengan sentuhan.
7 - Mencari kebaikan pasangan.
8 - Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9 - Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10 - Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11 - Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12 - Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13 - Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14 - Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15 - Tolak-ansur.
16 - Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17 - Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18 - Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19 - Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20 - Sanggup berkorban buat pasangan.
21 - Menghormati pasangan.
22 - Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23 - Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24 - Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25 - Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26 - Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27 - Meletakkan hak kepada pasangan.
28 - Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29 - Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30 - Mengawal marah. Buat perjanjian.
31 - Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32 - Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33 - Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34 - Memahami peranan ‘pasangan’.
35 - Hubungan perasaan sesama pasangan.
36 - Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37 - Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38 - Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39 - Tujuh kali puji dan satu teguran.
40 - Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41 - Banyakkan bergurau dan bermesra.
42 - Sentiasa berterus terang.
43 - Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44 - Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45 - Elakkan salah pasangan.
46 - Cari titik pertemuan.
47 - Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48 - Lebih banyak memberi daripada menerima.
49 - Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50 - Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51 - Seimbangkan hubungan dari segi:
# Mental, pendidikan dan ilmu
# Emosi
# Fizikal dan ekonomi
# Sosial
# Spiritual
52 - Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53 - Tidak terlalu mengongkong.
54 - Tidak bertindak bersendirian.
55 - Memberi peluang untuk berbeza:
# Pendapat atau pandangan4 - Murah dengan khidmat.
5 - Murah dengan belaian kasih sayang.
6 - Murah dengan sentuhan.
7 - Mencari kebaikan pasangan.
8 - Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9 - Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10 - Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11 - Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12 - Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13 - Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14 - Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15 - Tolak-ansur.
16 - Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17 - Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18 - Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19 - Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20 - Sanggup berkorban buat pasangan.
21 - Menghormati pasangan.
22 - Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23 - Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24 - Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25 - Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26 - Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27 - Meletakkan hak kepada pasangan.
28 - Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29 - Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30 - Mengawal marah. Buat perjanjian.
31 - Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32 - Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33 - Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34 - Memahami peranan ‘pasangan’.
35 - Hubungan perasaan sesama pasangan.
36 - Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37 - Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38 - Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39 - Tujuh kali puji dan satu teguran.
40 - Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41 - Banyakkan bergurau dan bermesra.
42 - Sentiasa berterus terang.
43 - Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44 - Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45 - Elakkan salah pasangan.
46 - Cari titik pertemuan.
47 - Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48 - Lebih banyak memberi daripada menerima.
49 - Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50 - Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51 - Seimbangkan hubungan dari segi:
# Mental, pendidikan dan ilmu
# Emosi
# Fizikal dan ekonomi
# Sosial
# Spiritual
52 - Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53 - Tidak terlalu mengongkong.
54 - Tidak bertindak bersendirian.
55 - Memberi peluang untuk berbeza:
# Hobi
# Kegemaran
# Makanan
# Cita rasa
# Warna pilihan dan pelbagai
56 - Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57 - Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58 - Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59 - Tidak meminta yang bukan-bukan.
60 - Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61 - Mencari kelainan dan perubahan positif.
62 - Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63 - Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Subscribe to:
Posts (Atom)