Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
zwani.com myspace graphic comments
visit twitterbackgrounds.org for more

Thursday, December 27, 2012

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum semua... Ilmu rumahtangga untuk perkongsian...



50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1 - Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2 -  Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3 - Suami mithali menjadi kebangaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4 -  Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5 - Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

6 - Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7 - Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8 - Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9 -  Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayah Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10 -  Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11 - Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12 -  Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13 -  Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

14 - Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15 - Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16 - Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemampuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17 - Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18 - Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19 - Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dengan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20 - Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cmburu. Dia rasa dihargai.

21 - Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22 - Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23 - Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24 - Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25 - Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembanyang fardhu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26 - Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27 - Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28 - Pamer keperihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut di berikan kepada keluarga.

29 - Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30 - Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai suami cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31 - Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32 - Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33 - Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan meminta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34 - Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35 - Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 - Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37 - Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38 - Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39 - Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40 - Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41 - Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mail untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42 - Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, bertolak ansur, bermaaf-maafan fan banyak berdoa.

43 - Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang Sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44 - Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45 - Suami wajar belajar jadi pengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46 - Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47 - Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48 - Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49 - Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50 - Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembanyang taubat dan memaafkan semua orang....

Sama-sama kita amalkan untuk keharmonian keluarga kita...Amin... :)

Wednesday, December 26, 2012

MH TV : Di Sebalik Sesi Fotografi Bersama Irma Hasmie & Redza

Assalamualaikum semua...
Cuci mata sikit... Suka tengok gelagat merpati dua sejoli ni... Irma Hasmie dan suaminya Redza... Sama cantik sama padan...



Tumpang bahagia tengok suami isteri bahagia... moga berkekalan hingga akhir hayat... Amin...
Moga rumahtangga ku juga terus mekar harum dan bahagia selamanya (En.Nik Mohd Asnan)... Hanya ajal yang dapat memisahkan kita... Ingin tetap menjadi isterimu hingga di alam sana... Amin...

Monday, December 24, 2012

6 Pesanan Buat Isteri...

Assalamualaiku... Pesanan untuk para isteri sepertiku...



http://www.facebook.com/diarihati

1- Jaga solat pada awal waktu
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2 - Hidupkan Bacaan Hadis Nabi S.A.W di rumah dengan keluarga
Dianjurkan baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi S.A.W sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya dunia/akhirat.

3 - Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah "Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini"

4 - Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi S.A.W seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5 - Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir memohon keampunan kepada Allah SWT atas wanita tersebut.

6 - Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan masuk ke dalam hati kita dan mudah untuk mengamalkannya.

Al-Quran Penawar Segala Penyakit

Assalamualaikum... Sekadar perkongsian... Siapa buat, dia dapat... Tiada paksaan, sekadar untuk ingatan diri sendiri...

Sesibuk mana pun kita carilah dan curi sedikit waktu untuk membaca kalam Allah ini... sebagai bekalan disana nanti... Paling tidak pun sekali sehari perlu kita adakan waktu untuk membaca Quran ini...


Banyak kelebihan jika kita jadikan Quran ini sebagai teman... Al-Quran adalah penawar segala Penyakit yang kita hadapi..


Jom amalkan ayat kursi... tak lama pun... surahnya pendek tetapi kebaikannya besar...



Nasihat Kubur

Assalamualaikum dan Selamat petang...




Sumber:- http://www.loveloveislam.com/2012/04/nasihat-kubur.html

1) Aku adalah tempat yang paling gelap diantara yang gelap, maka terangilah aku dengan "TAHJUD".

2) Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan tali "SILATURAHIM".

3) Aku adalah tempat yang paling sepi, maka perbanyakkan aku dengan membaca "AL-QURAN".

4) Aku adalah tempat binatang yang menjijikkan, maka racunilah aku dengan "AMAL SEDEKAH".

5) Aku menyepit mu hingga hancur, bebaskan sempitan itu dengan "BERSOLAT".

6) Aku tempat merendam mu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan "BERPUASA".

7) Aku adalah tempat "Mungkar & Nangkir" bertanya, bersiaplah dengan perbanyakkan ucapan kalimah "LAILLAHAILLAH".

# Saat kamu membawa Al-Quran, syaitan biasa-biasa sahaja,
# Saat kamu membukanya, syaitan mula curiga,
# Saat kamu membacanya, syaitan mula gelisah,
# Saat kamu memahaminya, syaitan mula kekejangan,
# Saat kamu mengamalkan sehari-hari, syaitan mula lumpuh!!,
# Sentiasa membaca Al-Quran agar syaitan lumpuh dan jantungnya mati!!!

Ketika anda sedang menyebarkan Dakwah ini, SYAITAN mula berbisik!!
"Sudahh!! buang masa saja!! tiada siapa yang ingin membacanya!!"
(Subhanallah)

Sekecil mana amal ibadah kita hamba-hambaNya, Allah s.w.t menghargainya puluhan ribu kalinya...
InsyaAllah... Amin...


9 Tanda2 Taubat Telah Diterima Allah S.W.T

Assalamualaikum semua...




Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan: 

1 - Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )
2 - Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.
3 - Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.
4 - Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.
5 - Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.
6 - Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.
7 - Sentiasa memelihara lidah.
8 - Sentiasa bertafakkur.
9 - Sentiasa sedih dan sesal di atas perbuatan yang lalu.

Wednesday, December 19, 2012

Bila Roh Meninggalkan Tubuh

Assalamualaikum...



Sumber:- http://www.facebook.com/kata2hikmah.new

Bila Roh Meninggalkan Tubuh

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim

Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya. Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah rohnya menjerit-jerit, merintih dan merayu.

Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.

“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu karena Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirahat daripada seretan malaikat maut …!”

Oleh karena itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut.

Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.

Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh senantiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia.

Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pula terlalu sejuk.Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”

Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”

Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis kepada kemaluan, janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.

Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya berikanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.

Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup.

Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.

Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun meyeru:

“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku7 telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka .. Sesungguhnya Pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”

Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam:

# Jangan di sediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sadar menyediakan makan minum kepada para tamu yang datang melayat orang yang meninggal karena mereka sebenarnya tidak tahu (jahil)

# Asingkanlah tempat untuk di mandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau tempat khusus untuk menjaga keaiban pada mayat tadi.

# Dan yang paling harus diingat, Jangan membongkar keaiban orang yan sudah meninggal tadi selepas kita mandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!! Naudzubillah..!!

# Oleh sebab itu di tekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan sama-sama memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu. Untuk menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya.

# Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal karena mayat tersebut sesungguhnya berada dalam keaadan kesakitan samapai di kuburkan.

# Sebaik-baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninngal dunia.

# Penghantaran ke kuburan, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak –anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang-Lahat karena mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga, mengawal dan menentukan mayat sampai selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan...

Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan:

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

– Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu?
– Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu?
– Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu?
– Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu?

KETIKA MAYAT TERGELETAK AKAN DIMANDIKAN ..

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan …

– Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah?
– Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara? 
– Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa?
– Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara?

KETIKA MAYAT SIAP DIKAFANKAN ...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan

– Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha Allah ..
– Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah ..
– Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal ..
– Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya ..
– Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.’ ...

KETIKA JENAZAH DI USUNG ...

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

– Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan ...
– Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat ..
– Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.’ ...

KETIKA MAYAT SIAP DISHOLATKAN ...
Terdengar dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan..

– Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat ..
– Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik ..
– Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.’ ..

KETIKA MAYAT DIBARINGKAN DI LIANG LAHAD ...

Terdengar Suara Memekik Dari Langit,’Wahai Fulan Anak Si Fulan…

- Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini ...

Wahai Fulan Anak Si Fulan…

– Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis ..
– Dahulu Kau Bergembira, Kini Dalam Perutku Kau Berduka ...
– Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.’ ..

KETIKA SEMUA MANUSIA MENINGGALKANNYA SENDIRIAN ...

Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:

"Wahai hamba-Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur.

Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu karena para manusia, karena isteri dan karena anak.

Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya."

Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai Hamba-Ku …. .

# Kini Kau Tinggal Seorang Diri ...
# Tiada Teman Dan Tiada Kerabat ...
# Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap ...
# Mereka Pergi Meninggalkanmu. … Seorang Diri ...
# Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar PerintahKu ....
# Hari Ini, …. Akan Kutunjukan Kepadamu ...

# Kasih Sayang-Ku ...
# Yang Akan Takjub Seisi Alam ..
# Aku Akan Menyayangimu ...
# Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya’ ...

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , ‘Wahai Jiwa Yang Tenang

# Kembalilah Kepada Tuhanmu ..
# Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya ...
# Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku ..
# Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku’ ...

Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur.

Subhanallah ......

Pribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH : ..
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH ...
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR ...
Setiap NAPASNYA adalah TASBIH ...

Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA ...
Setiap PIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...

Setiap GERAK HATINYA adalah DOA ...
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...

Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah... AAMIIN..

Wallahu’alam bishshawab, .. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...

Salam Terkasih.. Dari Sahabat Untuk Sahabat...

Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci...

Monday, December 17, 2012

6 Perkara Allah Sembunyikan...

Assalamualiakum... Enam perkara yang Allah sembunyikan... Ujian tanda Allah ambil tahu dan sayang pada kita... Amalkanlah solat sunat 2 rakaat, banyak kebaikan yang Allah simpan untuk kita... Mengadulah padaNya...





Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124 000 sayap ). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :

" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud... " Tidak "

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud :
" Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersunguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah padaku seperti ibadat kamu. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya ' Muhammad '. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata :
" Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud :
" Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya atau seperempatnya?"

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud :
" Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa persepuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

# Allah S.W.T telah Menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah Menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah Menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah Menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah Menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat ( yang 5 waktu )
Allah S.W.T telah Menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Wahai rakan-rakan ku yang dikasihi sekalian, sebarkan ilmu ini, agar semua kawan-kawan kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam yang sebenar benarnya. Sesiapa yang mengajak kebaikan, pahala seseorang yang diajak kebaikan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. InsyaAllah... Allah always with us.

Sunday, December 16, 2012

Jawatan Kosong Sebagai Makmum...

Jom pakat isi jawatan ni... Jom tambah pahala...



Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan... Andai ini solat kita yang terakhir... Selamat beramal...


Rahsia khusyuk dalam solat...


Empat perkara diperlukan supaya solatnya sempurna :
1 - Hati yang hadir
2 - Akal yang konsentrasi
3 - Sendi-sendi yang tunduk
4 - Anggota-anggota tubuh yang khusyuk


Jagalah solat... Solat diawal waktu...

Solat Sunat Rawatib

Assalamualikum...
Solat "sunat" adalah untuk menampung kekurangan dalam solat fardu yang kita lakukan... Tak kira yang dilakukan selepas mengerjakan solat fardhu atau sebelum solat fardhu... Anda buat anda dapat... Untuk peringatan diri sendiri jugak...



Info Suami Isteri : Kaedah Jimak Cara Islam.

Assalamualaikum...



Kali ini ana nak kongsikan sedikit ilmu yang ada untuk renungan kita bersama-sama selepas membuat beberapa kajian melalui pembacaan iaitu tentang ilmu perhubungan suami isteri, yang mana bukan untuk bermaksud lucah atau porno ker tetapi lebih untuk pengetahuan agar kita tidak tersasar dari landasan islam. Cara atau kaedah untuk bersetubuh atau jima’ (jimak) perlu difahami terutamanya bagi orang Islam. Cara bersetubuh untuk orang Islam memang banyak yang selalu disebutkan hukum jimak dalam Islam atau bab jimak. Buku buku cara menyetubuhi isteri, cara melayan isteri, gerbang perkahwinan, malam pertama, seks cara Islam, cara melakukan hubungan seks, panduan bersetubuh, panduan jimak yang kebanyakan kaedah atau cara Islam memang banyak dijual di kedai kedai buku atau kedai kedai kitab. Jangan dekati zina oleh itu bernikahlah dahulu barulah dapat melakukan hubungan seks secara halal. 

Rasulullah bersabda: “Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai.

”Hadis riwayat Ibnu Mas’ud R.A.
Cara melakukan persetubuhan atau jimak yang dianjurkan dengan kaedah Islam :

SUNAT
1 - Suci daripada hadas kecil dan sunat terlebih dahulu berwuduk.
Mandi dan memakai wagi wangian sebelum jima’.
2 - Sunat lakukan persetubuhan atau hubungan seks ketika sihat dan jangan waktu lapar atau waktu terlalu kenyang.
3 - Lakukan gurau senda dahulu sebelum bersetubuh.
Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat atau pada harinya.Dan malam Isnin atau malam Khamis.
4 - Sunat membaca doa sebelum jimak :


(BISMILLAH, ALLAHUMMA JANNIBNAS SYAITHAANA WAJANNIBIS SYAITHAANA MAA RAZAQTANAA)

Ertinya: 
Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.

5 - Berselimut dan diatas satu hamparan disunatkan ketika bersetubuh.

HARAM 
1 - Haram melakukan hubungan seks ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
2 - Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).
3 - Haram jima’ dalam masjid.

MAKRUH 
1 - Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada akhir setiap bulan dan pertengahan bulan - tanggal 15.
2 - Makruh bersetubuh selepas solat Zohor hingga petang.
3 - Makruh jima’ di bawah matahari dan dibawah bulan mengambang.

Untuk mengulangi menyetubuhi isteri… hendaklah dibasuh dahulu zakar. 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits Riwayat Baihaqi)

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna 
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s" 

1 - Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 

2 - Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 

3 - Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 

4 - Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 

5 - Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta. 

6 - Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 

7 - Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 

8 - Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 

9 - Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 

10 - Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat. 

Cara berjimak yang dituntut.

1 - Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t. 

2 - Pada malam selasa. 
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 

3 - Pada malam Khamis. 
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim. 

4 - Sewaktu matahari di tengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 

5 - Pada malam Jumaat.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 

6 - Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 

7 - Malam Jummat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 

8 - Bacalah doa berlindung dari syaitan.
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya

Sekian sahaja secara ringkas cara untuk bersetubuh atau jimak secara Islam .Sekian terima kasih.

Rujukan :
# http://www.syokkahwin.com/malampertamakahwin.html
JANGAN TAK KLIK