Sifat-Sifat Rasulullah SAW Yang Patut Kita Contohi
Sesiapa yang membaca dan meneliti sejarah
kehidupan nama-nama besar dan para pemimpin yang meraih kemenangan setelah
mengalami kekalahan, kita akan dapati pada diri mereka semua itu tidak terlepas
dari satu sifat yang tidak dimiliki oleh para Nabi iaitu sifat membalasan
dendam.
Di permulaan kenabian, Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam telah diusir dari Makkah dan ditahan semua harta benda dan
dianiya oleh penduduk Makkah dengan penganiyaan yang sangat pedih, akan tetapi
setelah Baginda meraih kemenangan, jiwanya yang agung dan akhlaknya yang mulia
tidak membenarkan para sahabat membalas dendam, bahkan Baginda memaafkan setiap
orang yang telah menzaliminya dan memaafkan mereka, walaupun Baginda mampu
untuk membalas dendam kepada mereka dengan balasan yang pedih.
Di antara sikap dan sifat Rasulullah SAW adalah:-
# Paling
penyabar
# Tidak
sombong
# Tawaduk
dan Tenang
# Tidak
terganggu dengan urusan dunia
# Paling
berani, paling adil dan paling menjaga diri.
# Sangat
pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
# Mengasihi
umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
# Suka
menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
# Tangan
Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
# Baginda
adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
# Makanannya
hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
# Menampal
sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
# Lebih
mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
# Tidak
pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
# Menerima
hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
# Baginda
akan membalas hadiah yang diterima.
# Baginda
tidak memakan harta sedekah.
# Makan
tanpa bersandar dan tanpa meja
# Baginda
akan berhenti makan sebelum kenyang
# Paling
beradab ketika makan dan menghadap hidangan
# Suka
berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
# Saputangannya
adalah kedua telapak kakinya.
# Bercincin
perak di jari manis kanan dan kiri
# Menyukai
kebersihan dan bau-bauan
# Menyukai
jubah bulu/syamlah
# Berkenderaan
kaldai dan unta
# Mengunjungi
orang susah dan sakit
# Memuliakan
orang-orang berakhlak
# Pembela
golongan lemah dan wanita
# Memuliakan
tetamu dan jiran tetangga
# Suka
menasihati dan member tunjuk ajar
# Berbuat
baik dengan golongan bangsawan
# Tidak
takut kepada raja kerana kerajaannya
# Duduk
dan makan bersama orang-orang miskin
# Tidak
berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
# Tidak
memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
# Bergurau/tersenyum
dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
# Memarahi
dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
# Tidak
pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
# Menghindari
memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
# Baginda
ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
# Paling
kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
# Berkinayah/berdiam
diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh
contohnya)
# Dan
banyak lagi…
No comments:
Post a Comment