Hidangan pertama...
Hidangan ke 2 selepas top up lagi ayam + air...
Baru masak top up ayam ke 2... hehehe...
Sumber:- Mak Mertua dan diri
sendiri
Bahan :
½ Kilo Kacang Tanah – Goreng
tanpa minyak dan ditumbuk (Jangan halus sangat, tak sedappp)
1 ½ Keping Gula Melaka/Nisan
1 Sudu Kecil Garam / Secukup
rasa
2 Batang Serai – Dititik
Santan – 1 biji kelapa/ 1
kotak kecik santan segera
Jintan Manis – Tak letak
sebab tak de stok
Jintan Putih - Tak letak
sebab tak de stok
Kerangka Ayam – Kita letak
ayam yang dipotong kecil2 ( Isi + tulang)
1 Senduk Cili Kisar (Kalau
suka pedas boleh tambah)
Minyak Untuk Menumis
Bahan Kisar :
8 Biji Bawang Merah
4 Ulas Bawang Putih
½ -1 Inci Halia
½ -1 Inci Lengkuas
1 Sudu besar Udang Kering –
Rendam sekejab
2 Batang Serai – Ambil yang
putih je...
Cara Menyediakannya :-
- Tumiskan serai dan bahan
Kisar hingga naik bau. Gunakan api sederhana sahaja.
- Masukkan cili kisar dan
tumis lagi hingga agak2 dah naik minyak.
- Masukkan Santan. Kacau2
kejab, masukkan ayam + garam + gula Melaka dan (jintan kalau nak)
- Kalau pekat, boleh tambah
kan sikit air.
- Biarkan ia mereneh dan
kacau sekali sekala untuk elak ia hangit bawahnya…
Nota : Lagi lama masak lagi sedap…
** Bos kat umah kata sedapppp!!! First time buat…
Biasa tolong kacau mak mertua masak je..hehehe
No comments:
Post a Comment