30 Keajaiban Selawat...
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat
100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah
selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas
akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali
setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali
sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali
setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh
orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang
berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan
dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari,
Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali
pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun
di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai
solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat
menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping
beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak
mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat
ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin
setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi
pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3
kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan
menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak
1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh
serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap
hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan
dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca
selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu
daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu
pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada
mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7
kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang
berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak
70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan
berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan
dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat
pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak
disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan
dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha
Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang
mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah
dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat
hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan
Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan
saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali
setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan
sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali
setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat
kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari
kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat
kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia
akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
No comments:
Post a Comment