12 Golongan Bangkit Dari Kubur
Firman
Allah SWT dalam surah Al-Naba ayat 18: "Yaitu hari (yang pada waktu itu)
ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok. "Adalah
diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina
Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka
Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang
selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku
kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan
akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:
1 - Mereka
yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti
hati jiran tetangga.
2 - Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan
bagi orang yang suka melengah-lengahkan shalat lima waktu.
3 - Mereka yang perutnya besar seperti gunung
dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan
mengeluarkan zakat.
4 - Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
Inilah balasan mereka yang berdusta.
5 - Mereka yang berbau busuk seluruh
badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli
atas penipuan.
6 - Mereka yang dicincang-cincang pada
tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau
perbuatan jahat.
7 - Mereka yang keluar dengan tidak berlidah
dan ke luar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mau
menyaksikan kebenaran.
8 - Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik
yaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas. Ini adalah balasan mereka yang
berzina serta mati sebelum bertaubat.
9 - Mereka yang berwajah hitam, bermata biru
dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara
zalim.
10 - Mereka yang kulitnya penuh kudis dan
penyakit-penyakit lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani
melawan kedua ibu bapaknya.
11 - Mereka yang buta matanya dan hatinya,
giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan
pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke surga ialah :
12 - Mereka yang wajahnya bagaikan bulan
purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang
beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan shalat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat. "Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana
sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal
soleh.
No comments:
Post a Comment