# Berfikiran Secara Terbuka
Harus juga
diingat bahawa dalam membuat apa sahaja keputusan dalam rumah tangga, anda
mestilah berfikiran secara terbuka. Bukan memihak sebelah pihak sahaja. Jika
rumah tangga dilanda krisis, cuba cari jalan penyelesaian terbaik. Ketahuilah
bahawa sebagai manusia, kita telah dibekalkan dengan hati yang benar-benar
suci. Cuma, kesucian hati itu telah ditutup oleh banyak benda negatif sehingga
kita langsung tidak sedar kewujudannya. Jadi,
berusahalah untuk mencari dan menggunakannya dalam mendapatkan keredaan Allah
SWT dalam setiap yang kita kerjakan.
Setiap keputusan yang dibuat juga mestilah memikirkan tentang
kesan dan akibatnya pada masa akan datang dan bukan sekadar untuk tempoh yang
singkat. Diakui, dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian, masing-masing
mengeluarkan pendapat yang pastinya memihak kepada diri sendiri. Bagi
memastikan pendapat itu lahir dari hati yang suci, jernihkanlah fikiran anda.
Belajarlah melihat sesuatu itu dengan lebih dalam dan bukan dari luarannya sahaja.
Apa pun, sebelum semua yang dinyatakan di atas boleh
dilaksanakan dengan sempurna, anda perlu sedar diri. Kenal siap diri anda.
Ramai tidak sedar betapa kecilnya kita di dunia. Akibatnya, tanpa segan silu
sering membangga diri membanding-bandingkan diri dengan orang lain yang
sebenarnya sama sahaja seperti anda.
Sejak dilahirkan anda telah ditiupkan roh yang sungguh murni.
Penuh dengan sifat-sifat mulia seperti sukakan kedamaian, kecantikan,
ketenangan dan banyak lagi. Lantaran itu, sanggupkah anda menidakkannya? Walau
apa pun ajaran agama anda, tidak pernah diajar melakukan perkara yang buruk.
Jadi, tepuk dada, tanya selera. Jika hati inginkan hanya yang baik, mengapa
anda sanggup bertindak sebaliknya. Begitulah juga halnya jika anda inginkan yang
baik daripada isteri, lakukanlah yang terbaik untuknya. Kalau anda senang
bersamanya, pasti dia senang bersama anda.
Ketahuilah bahawa ketenangan dalam rumah tangga tidak akan
dirasai jika anda tidak berusaha ke arahnya. Oleh itu, berusahalah. Sekiranya wujud
sebarang masalah, berbincanglah. Suami dan isteri perlu bekerjasama dan saling
berbincang tentang segala hal yang berkaitan dengan urusan rumah tangga.
Rata-rata, bila ditanya tentang apa yang diinginkan daripada
suami atau isteri, maka ramai tanpa waswas memilih kejujuran pada tangga
teratas. Nyata, kejujuran adalah nilai utama dalam kehidupan. Akan tetapi
kejujuran semata-mata tidak menjamin keharmonian rumah tangga. Perlu ada 6 lagi
sifat mulia yang harus digarap dan diadun bersama agar rumah tangga idaman
menjadi kenyataan. Sifat-sifat lain itu ialah bertanggung jawab, berwawasan,
berdisiplin, bekerjasama, adil dan prihatin.
# 7 Sifat Mulia Dalam Rumahtangga
1 – Jujur
Sama ada anda suami atau isteri, jujur terhadap pasangan
sangat penting. Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan.
Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, anda
pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.
2 - Bertanggung jawab
Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggung jawab masing-masing
setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang
diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. Dalam sesebuah
institusi keluarga, suamilah yang bertanggung jawabnya memastikan seluruh ahli
keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah. Bagi
isteri dan anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar
dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.
3 - Berwawasan
Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.

4 - Disiplin
Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. Melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5 - Bekerjasama
Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.
Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.
6 - Adil
Tidak kira suami ataupun isteri, anda mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlulah memahami tentang konsep adil itu sendiri melaksanakannya.

7 - Prihatin
Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam
keluarga anda. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari.
Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera. Hal ini penting bagi mengelakkan
ahli keluarga anda tersasar jauh dari landasan sepatutnya yang telah ditetapkan
oleh anda.
# Kewajipan Suami
* Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah
menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing,
mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
* Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk
keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan
didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh
itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang
berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
* Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah
menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.
# Kewajipan
Isteri
* Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan
tidak boleh membelakangkan suaminya.
* Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik
suami ketika keluar rumah.
* Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di
hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.
# 11
Amalan Mulia Dalam Keluarga
1 - Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang
mendatang.
2 - Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
3 - Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
4 - Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
5 - Saling sayang-menyayangi.
6 - Boleh bertolak ansur.
7 - Bertanggungjawab dan amanah.
8 - Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
9 - Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
10 - Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
11 - Sentiasa senyum.

No comments:
Post a Comment