Mandi
wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika
dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak
boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan
seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak
Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak
memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi
wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat
Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak
boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak
akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
1 - Niat.
2 - Menghilangkan najis di badan.
3 - Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air
sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ”
Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya
ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu
memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan
menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya
dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu
mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan
najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi,
jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke
seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau
sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib
dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu
bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu
wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan
ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang
yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi
wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi
untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna
pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan
meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.
Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal
ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai
rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian
yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz
Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar
air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air
mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak
semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin
beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika
tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Kesimpulan yang dapat saya
ringkaskan ialah:
1)
Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung
celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)
Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya
dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita
lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut. mashallah
3) Niat mesti semasa air
sampai ke anggota badan.
No comments:
Post a Comment