Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak
1 - Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2 - Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang
tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3 - Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang
menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4 - Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan
cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak
5 - Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit..
6 - Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam
Jumaat
7 - Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal
berkaitan dengan anak.
8 - Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding
melihat diri kita sendiri.
9 - Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila
anak kita poo-poo! ;p
10 - Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah
kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak
11 - Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita,
walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12 - Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik
aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan.
13 - Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14 - Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu
apabila si anak menjangkau usia 6 bulan.
15 - Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah
yang besar, malah kita amat menyukainya.
16 - Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita –
senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan
dan sebagainya.
17 - Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak
mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami
situasi mereka.
situasi mereka.
18 - Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang
singkat!
19 - Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat
menenangkan anak kita yang sedang menangis.
20 - Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online
store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan
mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai
Mom & Baby Fair
21 - Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami
dan anak-anak dirumah pada hari minggu.
22 - Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting
kini tidak lagi selepas adanya anak.
23 - Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita
yang pada mulanya kita agak kaku
24 - Kita akan berkira-kira untuk menambah cahaya mata setelah anak kita
semakin meningkat usia walaupun di saat melahirkan pelbagai ayat terbit dari
mulut. Contoh : Sakitttttt! Tobat tak nak tambah lagi dah.. (Anak tu rezeki..
Kalau diberi lagi jangan ditolak.. Mungkin sebab terlalu sakit, maka
terbit kata-kata sedimikian.. jadi dimaafkan.. )
No comments:
Post a Comment