Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3
ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai
ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis
daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada
kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur
hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas
kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya
Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah
ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah
surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair,
gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x
pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca
surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya
sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan
bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan
menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7)
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan
memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
No comments:
Post a Comment