DOA AKHIR TAHUN
Doa ini dibaca sebanyak 3
kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau
sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijjah
Dengan doa ini kita memohon
agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan
mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T atas perbuatan-perbuatan yang dilarang
oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan
yang diredhai oleh Allah S.W.T yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal
tersebut diterima oleh Allah S.W.T.
Sebaik-baiknya kita
memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian
kepada Allah SWT serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.W.T.
DOA AWAL TAHUN
Doa ini dibaca sebanyak 3
kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib
atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di
dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan
kepadaNya.
Sebaik-baiknya kita
memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian
kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
No comments:
Post a Comment