Menurut kajian sains, kandungan gas ozon
pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat
penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan
sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan
anda. antara manfaatnya ialah :
1 - Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang
"water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan
kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi
menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga
dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit
pula menjadi lebih lembut dan halus.
2 - Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh
badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh
melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3 - Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat
reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan
hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4 - Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah
tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit
anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda
akan pulih.
5 - Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali
peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi,
inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat
kpd mandi pagi sebelum subuh.
6 - Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan
sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya
tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah
untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...
No comments:
Post a Comment