Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu
terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum
bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua
bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman
lelaki adalah :
1 - Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama
mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan
terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang
layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan
wanita sebegini.
2 - Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut
dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan
dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan
dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan
wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu
semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3 - Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan
atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai
pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak
sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4 - Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai
menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan.
Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri.
Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan,
kerana ia akan membuat mereka bangga.
5 - Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali
juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan
adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang
kejayaan suami.
6 - Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan
melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan
diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7 - Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak
cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah
menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka
mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah
perkara kecil.
8 - Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki
biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang
mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu
bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak
menghiburkan atau memberi kekuatan.
9 - Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk
dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk
Mata Memandang seperti di bawa ini:
# Bersopan satun
# Senantiasa memaniskan wajah
# Senantiasa memberikan
senyuman ikhlas
# Menutup aurat
# Ramah dan mesra
# Tidak terlalu cemburu
# Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi
idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai
rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri
kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa
yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri
sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa
kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr
Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling
memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan
menikmati alam keindahan bermimpi.
No comments:
Post a Comment