*kredit
artikel: kapt.hafizfirdaus
Assalamualaikum...
Saya yakin
para pembaca sekalian yang terdiri daripada bakal-bakal pengantin ingin
mendirikan rumahtangga yang berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah. InsyaAllah,
saya akan mengupas secara bersiri sebuah ayat al-Qur’an yang amat penting
berkaitan alam rumahtangga. Amat penting sehingga saya akan mengupasnya secara
panjang lebar, amat penting sehi
ngga
saya berharap para bakal pengantin sekalian dapat menghafalnya agar dapat
dipraktikkan kelak. Bahkan hendaklah disarankan kepada rakan-rakan yang sudah
bernikah agar mereka juga mempelajari, menghafal dan mempraktikkan ayat ini.
# Ciri Khusus Lelaki
Ayat
al-Qur’an yang saya maksudkan ialah ayat 34 surah al-Nisa’. Ayat ini agak
panjang, maka untuk kolum edisi bulan ini saya hanya akan fokus kepada rangkap
pertama ayat tersebut yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan
pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi
nafkah) sebahagian dari harta mereka.
“Kaum
lelaki…” yang disebut di permulaan ayat ini bersifat umum, merangkumi semua
lelaki tanpa terhad kepada suami sahaja. Ia umum meliputi pemimpin ke atas
rakyatnya yang wanita, ayah ke atas anak-anak perempuannya, suami ke atas
isterinya dan lelaki ke atas mana-mana wanita yang lain. Memandangkan kolum ini
ditujukan kepada bakal-bakal suami, maka kita akan mengupas erti “Kaum lelaki…”
yang disebut dalam ayat di atas dalam konteks seorang suami.
Ayat
ini juga tidak bersifat pilihan, sebaliknya bersifat menetapkan satu kewajipan
ke atas para lelaki sebagai qawwamun ke atas kaum wanita. Kewajipan “pemimpin
dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” diterjemah dari
teks Arab al-Qur’an: Qawwamun. Qawwamun adalah jamak (plural) bagi qawwam yang
satu (singular). Qawwam berasal dari kata Qaim yang bererti bertanggungjawab,
mengambil berat, memenuhi keperluan, mengurusi, prihatin, memimpin, mengawal
dan membela. Seorang yang qawwam adalah orang yang memiliki sifat qaim secara
berterusan, iaitu dia secara berterusan mengambil berat, bertanggungjawab,
memenuhi keperluan, mengurusi, prihatin, memimpin, mengawal dan membela kaum
wanita.
Seorang
suami tidak disebut sebagai qawwam jika dia mengabaikan isterinya atau hanya
sekali-sekala memerhatikan hal-ehwal isterinya. Seorang suami yang tidak qawwam
bererti telah mengabaikan peranan yang Allah wajibkan ke atasnya. Justeru dia
berdosa kerana pengabaian ini, bahkan tidak lagi layak disebut sebagai lelaki.
Ini kerana tidaklah seseorang itu disebut “lelaki” melainkan dia qawwam ke atas
kaum wanita.
# Qawwam Bukan Boss
Jika
di satu ekstrim ada suami yang mengabaikan isterinya, di ekstrim yang lain ada
pula suami yang melayan isterinya bagai pekerja buruh atau amah (pembantu
rumah). Mereka memahami qawwam sebagai pemimpin sahaja, lalu mereka menjadi
pemimpin yang zalim lagi ala diktator.
Penting
untuk dibetulkan bahawa pemimpin termasuk dalam pengertian qawwam tetapi ia
bukanlah satu-satunya erti qawwam. Suami yang memimpin tetapi tidak berterusan
mengambil berat, bertanggungjawab, memenuhi keperluan, mengurusi, prihatin,
mengawal dan membela kaum wanita tidak disebut sebagai qawwam. Suami seperti
ini sekali lagi tidak layak disebut sebagai “lelaki” dan telah berbuat salah di
sisi Allah kerana telah menyalahguna peranan yang Allah tetapkan ke atasnya.
# Setiap Sesuatu Dicipta Sesuai
Dengan Peranannya
Jika
diperhatikan sudu, garpu dan pisau, setiap satu memiliki reka bentuk yang
khusus sesuai dengan kegunaan. Demikianlah juga dengan pelbagai peralatan lain
seperti cawan, gelas, pinggan, periuk, setiap satunya dicipta sesuai dengan
peranannya.
Manusia
tidak jauh bezanya. Allah mencipta lelaki dan wanita dengan ciri-ciri biologi
dan psikologi yang sesuai dengan peranan masing-masing di dunia ini. Oleh itu
apabila Allah menetapkan peranan qawwam ke atas kaum lelaki, Allah juga telah
mencipta lelaki agar sesuai dengan peranan tersebut. Inilah antara maksud di
sebalik firman Allah: “Oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki
(dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.”
Maka
dengan itu yakinlah wahai bakal-bakal suami dan para suami, apa jua tahap
pendidikan anda, apa jua kerjaya anda dan apa jua perbezaan anda dengan lelaki
yang lain, anda semua telah siap dicipta dan “diprogram” oleh Allah untuk
memegang peranan qawwam ke atas isteri anda. Jika ada yang merasakan dirinya
tidak mampu, tidak tahu atau kurang cemerlang dalam melaksanakan peranan ini,
itu ertinya anda belum memanfaatkan sepenuhnya ciri qawwam dalam diri anda.
Dalam erti kata lain, ada bakat qawwam yang masih tersembunyi dalam diri anda.
Ayuh keluarkannya! Ayuh tonjolkannya! Ayuh jadi lelaki yang sejati!
# Tidak Terhad Kepada Memberi
Nafkah
Rangkap
pertama ayat 34 surah al-Nisa’ diakhiri dengan firman Allah: “Dan juga kerana
orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta
mereka.” Di sini Allah menerangkan salah satu ciri qawwam seorang suami, iaitu
memberi nafkah kepada isterinya. Perlu digariskan bahawa memberi nafkah adalah
salah satu ciri qawwam seorang suami dan ia bukan satu-satu ciri qawwam
tersebut.
Sebelum
berpisah, ingin saya sentuh tentang salah faham sebahagian pejuang hak wanita
yang menyatakan kononnya rangkap pertama ayat 34 surah al-Nisa’ ini menindas
kaum wanita. Padahal jika difahami dengan baik, ayat ini sebenarnya memuliakan
kaum wanita dengan adanya kaum lelaki (suami) yang menjadi qawwam ke atas
mereka. Ringkasnya, kaum wanita dapat duduk bergoyang kaki sementara kaum lelaki
bekerja keras menjadi qawwam ke atas mereka.
Wallahualam...