5 Perkara Wanita Mahu Dari Lelaki...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

visit twitterbackgrounds.org for more
visit twitterbackgrounds.org for more
Wednesday, December 12, 2012
5 Perkara Wanita Mahu Dari Lelaki
Bukan harta yang melimpah ruah yang dikejar... Cukuplah seadanya... Harta banyak pun tak boleh dibawa ke kubur... Wanita solehah hanya impikan kebahagian dan kasih sayang seorang suami... Cukup pakai, perlindungan dan keluarga yang bahagia...
5 Perkara Wanita Mahu Dari Lelaki...
5 Perkara Wanita Mahu Dari Lelaki...
Untuk Suami... Hargailah Isterimu... :)
Ceria-ceria selalu... Sedikit perkongsian ilmu...
Konsep 7P Untuk Suami...
Untuk suamiku (Nik Mohd Asnan)... Moga aku menjadi isterimu yang pertama dan terakhir... Izinkan aku menjadi isteri yang solehah...
Isteri Adalah Jantung Rumahtangga...
Konsep 7P Untuk Suami...
10 Jenis Wanita Yang Tidak Digalakkan Menikahinya...
Untuk suamiku (Nik Mohd Asnan)... Moga aku menjadi isterimu yang pertama dan terakhir... Izinkan aku menjadi isteri yang solehah...
Isteri Adalah Jantung Rumahtangga...
17 Tanda-tanda Kematian Dalam Keadaan Baik
Assalamualaikum... Sedikit info sebagai panduan hidup kita...
Sumber:- http://www.facebook.com/SudahTahukahAnda.New
17 Tanda-tanda Kematian Dalam Keadaan Baik
Alamat mati dalam khusnul khathimah (Keadaan baik)
1 - Sempat mengucapkan dua kalimah syahadah.
17 Tanda-tanda Kematian Dalam Keadaan Baik
Alamat mati dalam khusnul khathimah (Keadaan baik)
1 - Sempat mengucapkan dua kalimah syahadah.
2 - Berpeluh di dahi.
Sabda Rasulullah: “Bahwa matinya seseorang
mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi”, Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidzi.
3 - Mati pada malam atau hari Jum'at.
Sabda Rasulullah “Tidak seorang muslim pun
yang mati pada hari atau malam Jum'at melainkan Allah akan menjaganya dari
fitnah kubur.”
4 - Mati di medan perang karena membela
agama Allah.
5 - Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
i) Akan diampuni dengan serta merta dosanya
serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada
urusan hutang).
ii) Diselamatkan dari siksa kubur.
iii) Aman dari ketakutan yang teramat besar
dan dahsyat.
iv) Diperhiasi dengan iman.
v) Dikawinkan dengan bidadari (semiskin-miskin
ialah 49 bidadari).
vi) Dapat memberi syafaat kepada 70 orang
keluarganya. Riwayat oleh Tirmizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
6 - Mati karena melahirkan anak.
7 - Mati karena taun,
Sabda Rasulullah, “taun itu satu kematian
syahid bagi setiap mukmin”. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya).
Riwayat oleh Muslim.
8 - Mati akibat sakit perut maka ia mati
syahid,
Sabda Rasulullah. Dan barang siapa mati
karena sakit perut, maka ia mati syahid”. Riwayat oleh Muslim.
9 - Mati tengelam dan tertimbus oleh
bangunan.
10 - Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
11 - Mati dalam nifas. Riwayat At-Tabrani.
12 - Mati karena sakit TB.
Sabda Rasulullullah, “orang yang mati karena
menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.” Riwayat Tabrani.
13 - Mati akibat luka perang di jalan Allah.
Sabda Rasulullah, “Barangsiapa yang luka
karena perang di jalan Allah itu mati, maka berarti ia syahid, atau kena pijak
oleh unta atau kudanya atau ia mati di tempat tidurnya (setelah berperang itu)
dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia
adalah mati syahid dan akan masuk syurga”. Riwayat Daud.
14 - Mati mempertahankan harta. Riwayat
Bukhari.
15 - Mati karena mempertahankan diri. Sabda
Rasulullah “Barangsiapa terbunuh karena mempertahankan darahnya (dirinya), maka
ianya mati syahid.” Riwayat Abu Daud.
16 - Mati dalam bersiap-siap untuk berperang
di jalan Allah.
17 - Mati ketika sedang beramal soleh
seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau
sedang berdakwah.
Berkata Abu Laith,
“Barangsiapa yang ingin selamat dari siksa
kubur, maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
1 - Menjaga sembahyang 5 waktu.
2 - Banyak bersedekah.
3 - Banyak membaca Al-Qur'an.
4 - Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
1 - Meninggalkan dusta.
2 - Meninggalkan sifat khianat.
3 - Meninggalkan sifat mengadu-domba.
4 -
Menjaga kencing.
Tuesday, December 11, 2012
10 Wanita Yang Dirindukan Syurga
Assalamualiakum... Semoga kita dalam lindungan Allah sentiasa...
1 - Wanita yang taat
menjalankan agama.
2 - Wanita yang berhias dengan amal soleh.
3 - Wanita yang bagus dalam mendidik anak perempuan.
4 - Wanita yang solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan menjaga kehormatannya.
5 - Wanita yang sabar menerima penyakit.
6 - Wanita yang tidak pernah menyakiti siapapun.
7 - Wanita yang selalu mencari keredhaan suami.
8 - Wanita yang taat kepada suami dalam hal kebaikan.
9 - Wanita yang menyayangi binatang.
10 - Wanita yang amar ma'ruf nahi munkar.
10 wanita yang
dirindukan syurga.
Riwayat
Imran bin Hushain ra :
Bahawa
Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit
adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Oleh
itu marilah wahai kaum wanita merebut peluang yang sedikit itu:
2 - Wanita yang berhias dengan amal soleh.
3 - Wanita yang bagus dalam mendidik anak perempuan.
4 - Wanita yang solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan menjaga kehormatannya.
5 - Wanita yang sabar menerima penyakit.
6 - Wanita yang tidak pernah menyakiti siapapun.
7 - Wanita yang selalu mencari keredhaan suami.
8 - Wanita yang taat kepada suami dalam hal kebaikan.
9 - Wanita yang menyayangi binatang.
10 - Wanita yang amar ma'ruf nahi munkar.
Sunday, December 9, 2012
10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah
Assalamualaikum semua...
Semoga kita mengambil berat dengan amalan solat kita seharian Dan di
jauhi dari sifat2 tersebut.. amin.
10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima
Allah
Solat itu adalah tiang agama,
perumpamaan yang disamakan dengan tiang seri sesebuah rumah. Jika tiada tiang
seri maka tidaklah lengkap rumah itu dengan tidak memiliki bumbung.
Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga
menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W juga telah
bersabda bahawa terdapat 10 orang solatnya yang tidak diterima oleh Allah
S.W.T, antaranya :
# Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
# Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
# Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.
# Orang lelaki yang melarikan diri.
# Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
# Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
# Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
# Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
# Orang-orang yang suka makan riba’.
# Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang
keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh daripada Allah.”
Hassan r.a berkata : “Jika
solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar
dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.
Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
Rahsia Solat 5 Waktu
Assalamualaikum...
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sumber
: Ustazrazi
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum
warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia
berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal
waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal
waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada
waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat
Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau
(isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut
dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada
warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi
sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di
waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke
warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar
tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis
pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang
sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna
merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke
warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem
kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya
bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini
dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu
solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan
tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang
dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur
kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita
memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini
amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang
amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya.
Wednesday, December 5, 2012
15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri & 15 Senjata Menghalang Syaitan
Assalamualaikum... Sekadar berkongsi dan ilmu untuk diri sendiri... 15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri & 15 Senjata Menghalang Syaitan... Moga sama-sama kita beroleh apa yang baik..
Subscribe to:
Posts (Atom)




















