Sumber:- http://1khalifah.wordpress.com/category/petua/
PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Masalah Berat yang Berlebihan?
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya:
MINUM AIR LIMAU NIPIS/KASTURI
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang
anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya:
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

AIR TEH CINA
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan
campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali
sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
AIR ASAM JAWA
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan
minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya:
Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

TURUNKAN BERAT BADAN
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan
serbuk Kayu Manis dan Madu
BADAN LANGSING SELEPAS
BERSALIN
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua
berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan
bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi & malam, setiap hari sewaktu dlm pantang.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi & malam, setiap hari sewaktu dlm pantang.
KURANGKAN BUNCIT
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba
petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di
perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan
sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
KEMPISKAN PERUT 1
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis
yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian
diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan
menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
Selamat mencuba
KEMPISKAN PERUT 2
Nak
kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur
sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut
anda akan lebih menarik.