Mari kita
renungkan sejenak
Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang
sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah
ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?..
Orang yang
mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha
dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang
kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang
miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang
rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk
melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang
paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling
luas?..
Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit
lagi dihimpit?..
Orang yang
mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?..
Orang yang
mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
No comments:
Post a Comment