Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana
bilangan rakaatnya ganjil. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Wahai
ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa)
dan suka sekali kepada ganjil.”
(Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan,
al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7,
9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat,
atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
Cara
Melaksanakannya:
1) Lafaz niatnya pada setiap dua
rakaat pertama:
“U-shol-lii
sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat
Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2) Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah
Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
3) Sesudah salam, terus berdiri untuk
mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
4) Lafaz niat pada satu rakaat
terakhir:
“U-shol-lii
sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat
Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
5) Selepas Al-Fatihah pada rakaat
terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a.,
ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat
Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1.
Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al
Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan
kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah
Sallallahu
Alaihi Wasallam mengerjakan
solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan:
‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul
Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
WIRID
DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR
1) Selesai mengerjakan Solat Witir
disunatkan mengucapkan:
Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang
ketiga hendaklah menaikkan suara.
“RasulullahSallallahu Alaihi
Wasallam setelah salam dari solat witir berkata:
Subhanallah Malikil Qudduus tiga
kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.”
(Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
2) Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:
3) Seterusnya boleh dibaca doa-doa
berikut:
Ini saya share dalam bentuk picture. Supaya senang sesape nak save... Ambillah, tak perlu minta izin. Biar Allah aje membalasnya... Kredit juga untuk http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/# atas perkongsian ini...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Assalamualaikum...
Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk simpanan dan peringatan diri sendiri. Dan bagi mereka yang merasakan perkongsian ini bermanafaat. Jauh sekali untuk berasa riak atau menunjuk-nunjuk. Hanya Allah tahu keikhlasan hati ini... Anda buat anda dapat... Tiada siapa dapat melarang atau menghalang seseorang. Kita sendiri yang tentukan mana yang terbaik untuk kita...
Saya sendiri dalam proses belajar... Semoga perkongsian ilmu ini kita akan sama-sama mendapat kebaikan darinya... Ameen... :)
No comments:
Post a Comment