CARA2
MENGATASI STRESS
Stress/tekanan/tension samaada mental, emosi atau
fizikal semuanya ada kesan kepada kesihatan dan kesuburan seseorang lelaki atau
perempuan. Banyak situasi dalam kehidupan kita, dirumah, dipejabat, dijalan
raya dan lain2 menimbulkan stress atau ketegangan. Tetapi tidak kesemua situasi
stress itu buruk; kadang2 kita memerlukan kepada situasi begini untuk
menggerakan kita berusaha, berfikir, mengatur rancaangan dan strategi dan
akhirnya menjana kejayaan. Hidup kita penuh cabaran dan cubaan yang munkin menghasilkan
situasi penuh stress.
Apa yang penting bagaimana kita menguruskan atau
menangkis stress.
Berkaitan dengan isyu kesuburan stress bolih mengganggu dengan beberapa cara.
1 - Ia boleh melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.
Berkaitan dengan isyu kesuburan stress bolih mengganggu dengan beberapa cara.
1 - Ia boleh melemahkan tenaga batin/syahwat lelaki atau perempuan dan ini menyebabkan mereka jadi mati pucuk bagi lelaki, vaginismus bagi perempuan, ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isterinya sedang subur.
2 - Stress
mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan benih lelaki.
3 - Mengganggu
hormon subur wanita, akibatnya tiada penetasan telor/ovulation.
4 - Saluran
fallopio bolih jadi kuncuk dan mencegah benih suami sampai ketelor isteri.
5 - Menggangu
imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embryo melekat dan membenam
kedinding rahim/implantation.
CARA2 MENGATASI STRESS
1 - Berzikir
mengingati Allah atau meditation
Berbagai jenis teknik relaxation bolih dicuba , tetapi
bagi orang islam membaca quran dan memahami makna serta berzikir mengingati
Allah setiap waktu lapang adalah sangat berkesan. Apabila memandu kereta atau
sedang dipandu, baca fatihah, ayat kursi, tiga Qul, lepas itu berzikir,
bertasbih, bertahmid terus menerus jangan berhenti, selingkan doa untuk dapat
zuriat.
2 - Deep
Breathing/ Pernafasan selama 5 minit.
Waktu berkerja, dalam apa2 kesibukkan, berhenti sekejap
duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan hembuskan keluar melalui
mulut juga perlahan2. Ulang beberapa kali sebelum mulakan semula perkerjaan
atau lain2 aktiviti. Amalkan selalu.
3 - Hubungi
kawan atau saudara melalui talipon dan berbual2 kosong sekejap tapi jangan
terlalu lama dan jangan bangkitkan hal2 yang bolih merungsingkan fikiran, Cari
cerita2 yang ringan menggembirakan. Tapi jangan terlalu banyak luahkan perihal
peribadi.
4 - Baring
terlentang atas lantai, sedut dan hembus keluar nafas perlahan2. Bayangkan anda
buat mental scan untuk merasi kesan stress, mulai dari hujung jari kaki dan
terus naik kedalam kepala. Berhenti seketika ditempat yang anda rasai
menekan/stress dan sedut dan hembus keluar nafas 1-2 minit.
5 - Basahkan
tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit.
Gunakan alat pengurut letrik dan kenakan pada belakang leher bahu dan
sekitarannya.
6 - Lihat
tayangan video komedi atau baca majalah kartoon atau komediti untuk menggelitik
hati kita untuk ketawa dan senyum. 'laughter is the best medicine'.
7 - Berjalan,
jogging atau berlari di taman2/park atau ditepi hutan atau liring bukit. Pokok2,
daun2 hijau dan bunga2 yang indah berwana warni dang haryum baunya jadi penawar
hati yang tertekan.
No comments:
Post a Comment