KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan
BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?
# Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri
sangat suka apabila dipeluk.
# Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal,
dan ada kalanya merimaskan.
# Sedangkan bagi
isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi
kesihatan jiwa.
# Pernah seorang
kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di
rumah dan jarang memeluknya.
# Bila suami
memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
# Walaupun ia
mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga
mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam
tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh
itu para suami...
1
- Peluklah isteri
2 - Belai lembut rambutnya
3 - Sentuh wajahnya
4 - Gosok lembut lengannya
5 - Kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6 - Gosok lembut punggungnya
7 - Sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
2 - Belai lembut rambutnya
3 - Sentuh wajahnya
4 - Gosok lembut lengannya
5 - Kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6 - Gosok lembut punggungnya
7 - Sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan
membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.
Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri
kurus?
Camna
tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah
Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan
kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:
Pelukan
suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk
isterinya lebih kerap.
Seorang
suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan
panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan
tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk
kesihatan tubuh.
Hormon
endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan
sakit dan mengurangkan keresahan.
Selain
itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah
Rasulullah s.a.w.
Hubungan
seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda
dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan
bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Jadi
pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun
kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau
tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.
Paling
tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu,
minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit
dalam hubungan rumah tangga.
Bagi
isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.
Credit
: Dr. Amirul Amin